Wednesday, March 19, 2025

RUMAH RAKIT KUALA SEMANTAN DULU DAN KINI

Rumah rakit di Kuala Semantan, iaitu di tebing Sungai Pahang pinggir bandar Temerloh adalah pemandangan biasa sejak hujung 1950an ke pertengahan 1980an.

Petempatan itu menjadi penting kerana ketika itu sungai merupakan perhubungan utama di mana jalan raya untuk ke bandar ini masih belum sempurna.

Sayangnya bentuk dan penbuatan rumah2 rakit itu tidak seragam dan dilihat mencacatkan pemandangan, dari kaca mata perbandaran.

Oleh kerana itu ketika pembinaan bandar baru Lurah Semantan, rakit2 tersebut ditinggal dan dikosongkan.

Sehinggalah tahun 2000 ke atas rumah rakit Kuala Semantan wujud semula.

Dan kini rumah2 rakit bentuk baru wujud semula bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Kali ini lebih kepada bentuk home stay dan house boat. Khusus untuk menggamit pelancong, selaras dengan pembangunan bandar Temerloh masa kini.

Kini rumah rakit sudah menjadi pelaburan yang menguntungkan.


No comments:

Post a Comment