KUANTAN, 8 Julai: AJK Dewan Pemuda PAS Pahang, Fadzli Ramly, 33, berikrar akan lawan habis-habisan di mahkamah ekoran penangkapannya di Rompin minggu lalu kerana memakai baju kuning Bersih.
Beliau semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan kerana mempamerkan logo pertubuhan haram.
“Saya rasa pendakwaan dan penangkapan saya hanyalah satu tindakan terdesak kerajaan, berniat jahat, zalim, tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan.
“Dakwaan hanya memakai lambang satu usaha mereformasikan sistem pilihan raya pada baju jelas menampakkan sikap pengecut kerajaan. Perhimpunan belum berlangsung, sedangkan perhimpunan patriot yang jelas sebuah pertubuhan tidak berdaftar memakai baju merah bertulisan ‘patriot’ dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
“Jadi ini jelas satu tindakan terdesak Umno yang takut melihat kebangkitan rakyat dan gerun berhadapan dengan realiti demokrasi,” katanya bersemangat ketika ditemui di luar mahkamah.
Semalam beliau bersama AJK PAS Dun Tioman, Abdul Manaf Hassan, 41, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 masing-masing dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula di mahkamah 20 Julai ini.
Sabtu lalu Fadzli yang juga seorang peguam bersama Abdul Manaf, telah ditahan polis kerana memakai baju Bersih selepas berceramah di Markaz PAS Kampung Mentara, Rompin kira-kira jam 11 malam.
Mereka dibebaskan kira-kira pukul 3 pagi dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
“Sebenarnya saya telah berhujah panjang lebar depan polis bahawa penangkapan seorang peguam adalah satu sikap bermain api dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang.
“Kalau peguam dilayan sebegini teruk, apa jaminan rakyat biasa boleh dilayan baik oleh peguatkuasa kerajaan?,” soalnya.
Tambahnya, rakyat bukannya mahu dilayan seperti warga kelas pertama tetapi cukuplah adil dalam pentadbiran dan tindakan.
Fadzli merupakan peguam pertama yang ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih.
Gambar-gambar dipetik daripada posting terbaru facebook Fadzli
~ Harakahdaily
Polis ini memang barua. Mereka saja lambat-lambatkan. Saya dapat mesej dari Fadzli jam 12.30 tengah hari dimana saya diberitahu dia akan dicharge jam 2 tengah hari. Mengapa sampai petang belum charge lagi. Mana dia profesionelisma polis?
ReplyDeleteya allah!!ditahan kerana memakai baju kuning?tak masok akal,itu baru lambang tuntutan kalau tuntutan yang dibuat bagaimana agaknya kebiadaban pihak berkuasa.memang benarlah pdrm,spr,sprm dan yang seangkatan denganya menjadi barua bn/umno/apco.
ReplyDelete