Friday, July 15, 2011

Najib dimalukan dengan kuning Bersih di London

Entahkan secara kebetulan, entahkan untuk memperli, Ratu Elizebeth tiba-tiba tergerak hati untuk mengenakan baju berwarna kuning ketika menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ‘pengikut setianya melawat ke sana sini’ iaitu Rosmah Mansor.

Kuning ialah warna yang amat menjadi kegerunan kerajaan pimpinan Najib dan rakan-rakannya pada masa ini. Di Malaysia, siapa yang berbaju kuning bersih akan diberkas polis!

Ini disebabkan warna kuning menjadi lambang tuntutan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, yang sehingga ke hari ini menyebabkan media dayus perdana ternakan Umno serta para menterinya masih merepek dan meracau-racau.

Penuntut keadilan pilihan raya Bersih bukan sahaja berhimpun di Kuala Lumpur, bahkan di serata dunia.

Itulah takdir Tuhan, ketika polis, kerajaan dan media Umno berjempas pulas menghentam Bersih, Najib pula dimalukan di London ketika lawatannya bertemu Queen Elizebeth dan PM Britain.

Namun tidak kelihatan pula Hishamuddin mengarahkan FRU dan water canon memancutkan air kimia ke arah Bersih!

Akhbar The New York Times melaporkan:

Malaysian Prime Minister Defends Muzzling of Protests

By MATTHEW SALTMARSH AND LIZ GOOCH
Published: July 14, 2011

LONDON — If the Malaysian government allowed street demonstrations of the kind seen in Kuala Lumpur last weekend, the country would face protracted instability, Prime Minister Najib Razak said Wednesday.

Mr. Najib spoke after thousands of advocates of electoral change defied a government ban and held a large street protest Saturday, during which the police fired tear gas and water cannons and arrested nearly 1,700 demonstrators.

“Public order is very important in Malaysia because if we allow for street demonstrations, there’s no end to it, there will be another group that wants to demonstrate,” Mr. Najib told a small group of international reporters Wednesday in London, where he was to meet the British prime minister and attend an investment conference.


Berita lanjut boleh dilayari di:
http://www.nytimes.com/2011/07/15/world/asia/15iht-malaysia15.html?_r=1


2 comments:

  1. Hairan ye...
    Polis di negeri kafir tahu dan memahami hak-hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokrasi!

    Berbanding dengan polis dalam sebuah negara yang mengaku sebagai 'negara Islam contoh' hanya tahu menghentam rakyat yang berhimpun secara aman.

    Sekarang ini, pakai baju kuning pun kena tangkap. warna kuning dah ditakuti kerajaan seperti pelesit polong yang takutka ayat kursi!

    ReplyDelete
  2. jangan kaitkan warna kuning dgn raja kita....?

    ReplyDelete