Saturday, July 2, 2011

Bolehkah jaga undang-undang dengan melanggar undang-undang?

Tindakan polis yang mengugut mahu ‘menahan sebelum perhimpunan’ dan menahan mereka melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu perbuatan melanggar undang-undang negara ini sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badarudin berkata, jika ini dilaksanakan ia jelas bercanggah dengan undang-undang kerana penahanan dilakukan sebelum sebarang kesalahan dilakukan.

Akhbar Sinar Harian hari ini di bawah tajuk ‘Tahan sebelum perhimpunan’ melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak menolak kemungkinan menahan penganjur perhimpunan haram Sabtu depan termasuk menahan mereka di bawah polis akan mengambil apa jua bentuk tindakan undang-undang bagi memastikan perhimpunan tanpa permit itu tidak diteruskan.

“Jika belum berhimpun, iaitu belum melakukan kesalahan sebagaimana menurut kaca mata polis rakyat sudah ditangkap, tidakkah ini melanggar undang-undang?

“Bagi saya polis boleh bertindak begitu tetapi terlebih dulu mestilah mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agung untuk diisytihar negara ini di bawah perintah darurat. Baru boleh tangkap sebelum rakyat melakukan kesalahan,” hujahnya.

Mengenai ugutan mengenakan ISA, Syed Ali berpendapat negara ini sudah mahu berundur ke belakang kepada tahun 1960 iaitu sewaktu perisytiharan darurat.

Sedangkan perhimpunan aman hanya mahu menuntut reformasi dalam pilihan raya yang mana pintu perundingan tidak dibuka.

“Saya fikir mengenai perkara sebesar ini, rakyat dan raja-raja Melayu juga sepatutnya dibawa berunding. Sudah tentu tidak sewajarnya hanya dibiarkan antara Umno, kerajaan dan polis sahaja yang membuat keputusan sebesar ini!”


1 comment:

  1. Teruskan saja demonstrasi BERSIH.Ajar sikit kerajaan maha zalim BN ni.Bukan setakat SPR yang perlu dibersihkan,tapi segala galanya!
    Mereka sendiri yang melaungkan Perpaduan.Tapi mereka sendiri yang menghancurkan.Cakap bagai nak rak pasal Demokrasi.Tapi macam taik kerbau!Cakap saja pasal Rukun Negara,tapi apa jadi dengan Keluhuran Perlembagaan dan Kaudalatan Undang undang?Kerajaan sendiri yang cari pasal....Kalau disini kita kaitkan dengan bukti,mau lebih dahsyat huru hara dari Afghanistan!!!
    Sebagai contoh diMahkamah Temerloh,kes anak peneroka yang dituduh mencuri hak aruah ayahnya oleh felda Technoplant,budak tu dihukum hanya kerana diwakili oleh peguam dari Parti Keadilan.Dimana etika kehakiman?Aku berani cakap kerana ini bukti kukuh!Polis sebagai penjaga keamanan sepatutnya berlaku adil terhadap masyarakat walau apa jua fahaman politik mereka.Begitu juga Mejistret dan DPP.Tak takut ke dengan Hari Pembalasan?Tak tahukan yang golongan ini yang paling hampir dengan pintu Neraka?Hakim yang tidak adil!Apakah Polis bertindak kerana tidak dirasuah?Kes itu dirayu diMahkamah Tinggi.Mari kita sama sama lihat..Peneroka dan anak anak peneroka sepatutnya memenuhi ruang mahkamah pada tarikh itu nanti.Tanya saudara Nizam bila tarikh rayuan diMahkamah?Disinilah kelebihan ahli PR.Cakap ada fakta!

    ReplyDelete