Thursday, July 21, 2011

Takpe, pakai baju “kotor” tak kena tangkap

Mangsa tangkapan polis kerana memakai baju kuning “Bersih” Peguam Mohd Fadzli Ramly dan Abdul Manaf Md Hassan tampil dengan memakai baju t-berwarna kuning dengan logo “Kotor 13.0” di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam.

Kedua-duanya didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.


Kedua-dua dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hon Kai Ping dan Hisham Ramzan.

Perbicaraan kes ini semalam mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir.

1 comment:

  1. Adui..yai...mahkamah...mahkamah..
    Mahkamah pun nak kena BERSIH juga selepas BERSIH SPR.Mana taknya?Yang baju merah terlepas begitu saja!Banyak dah hal Mahkamah ni yang tak kena kita dengar.Dulu mahkamah menghukum tuan punya tanah kerana orang lain menuduhnya mencuri dikebun sendiri.Kali ni pasal baju pulak!Yang baju merah pun haram juga,tak pula dikesahkan sangat!
    Apa pun aku tetap simpan baju KUNING BERSIH aku...kalau ada lagi perhimpunan,aku tempah seluar kuning pulak!
    Yang penting lepas PU 13 nanti Kerajaan PAS akan sediakan kereta resmi para hakim dengan kereta berwarna kuning..tapi harap harap jangan bekalkan hakim dengan kereta resmi 'Vokswagen kuning'...hehehehee

    ReplyDelete