Friday, May 21, 2010

Antara sesat Arqam dan sesat Umno

Akhbar arus perdana sehari dua ini banyak memainkan isu pengikut Asaari Muhammad atau Abuya percaya kononnya bekas pemimpin pergerakan Al-Arqam yang diharamkan itu tidak meninggal dunia dan akan kembali dalam masa terdekat.

Antara lain, akhbar memetik kenyataan Penasihat Ekonomi dan Korporat Global Ikhwan, Dr Aziz Hashim, bahawa Abuya cuma ghaib dan akan kembali dalam masa terdekat.

Anak Asaari sendiri, Fakhrur Razi, berucap dalam satu konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’, Isnin lalu, dilaporkan berkata bapanya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup untuk memimpin umat Islam.

Beliau berkata, kegembiraan ditunjukkan pengikut Asaari pada konsert itu membuktikan mereka yakin bekas pemimpin Al-Arqam itu tidak meninggal dunia.

Kini polemik demi polemik dimainkan, namun tidak ramai yangs edar bahawa pada satu peringkat, kesesatan kumpulan Arqam itu memang sengaja dibiarkan oleh Kerajaan Umno/BN demi sebagai modal untuk menentang PAS.

Sebenarnya cerita keganjilan fahaman kumpulan tersebut sudah lama cuma sengaja dibiarkan, sehinggalah kumpulan tersebut mendakwa akan mengambil pemerintahan negara melalui jalan ghaib menggantikan Dr Mahathir.

Hujah mereka ialah Perdana Menteri Malaysia berdasarkan teori RAHMAN. Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Hussein Onn, Dr Mahathir... dan “A” selepas “M” itu ialah “Asaari”.

Inilah dakwaan mereka dengan bangga. Dan selepas Kerajaan Umno/BN melihat Arqam mula berpolitik, barulah mereka bertindak.

Kenapa penulis katakan kumpulan ajaran sesat sengaja dibiarkan untuk menghentam PAS? Kerana senang dalam propaganda dan gerak saraf Umno mereka menuduh Pas sesat. Propaganda dan gerak saraf tersebut biasa laku, terutama kepada orang Melayu yang tidak bermaklumat, pekat Umno dan memang jenis bangang.

Tanyalah orang-orang PAS di kampung-kampung, propaganda inilah yang terpaksa mereka hadapi apabila PAS disamakan sesat dan menyeleweng kerana mahu membawa politik Islam.

Ajaran dan doktrin Umno ialah politik suku agama suku. Siapa boleh menafikan demikian?

Sebenarnya banyak kumpulan sesat lain yang sememangnya tidak mampu ditangani, atau sengaja dibiarkan oleh Kerajaan Umno/BN, umpamanya ajaran Ayah Pin. Sampai hari ini tidak terdengar pengasas kumpulan Kerajaan Langit itu tertangkap.

Kemudian senanglah Umno berkempen dengan mendakyahkan kesesatan PAS.

Ketika Taliban dan Al-Qaeda diperangi Amerika Syarikat dalam kempen ‘memerangi keganasan’ anjuran Presiden Bush, saban hari mereka memaparkan muka Osama bersama dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Ustaz Hadi di kaca televisyen. Ini dengan hasrat untuk mengimejkan PAS sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

Siapa yang boleh menafikan ini semua?

Justeru saya melihat, tidak perlu terikut dengan rentak Umno yang sengaja memainkan isu kumpulan sesat, kerana sasaran mereka ada kumpulan lain yang akan mereka psikokan kepada umum sebagai sama dengan sesat.

Dengan lain-lain perkataan, mereka sengaja mempropagandakan isu tersebut kepentingan politik mereka.

Kita faham, yang sesat tetap sesat, kita tidak membela kesesatan. Malah, setiap hari pendakwah kita di pentas ceramah, di surau, di masjid, dalam kuliah-kuliah dan di medan penulisan menguar-uarkan kesesatan Umno! Adakah mereka sedar dan berubah?

Mana lebih memudaratkan, Arqam sesat yang tidak berkuasa dengan Umno yang sedang berkuasa?

Penulis rasakan, pelajar Pasti enam tahun pun tahun jawapannya.

Jadi apa kesesatan Umno? Di mana mereka sesat lagi menyesatkan?

Maaf, kita boleh berdebat dan membincangkannya pada wacana lain, kerana hari sudah lewat malam!




5 comments:

  1. sudah mencecah dinihari.saya tidak akan mampu memicingkan mata jika tidak menurunkan komen saya akan tulisan tuan ini.saya tidak punya perkataan atau kata-kata lain melainkan bersetuju dengan tuan-umno yang menyeleweng jauh lebih bahaya dari al arqam yang kerdil itu.tahukah tuan bahawa allahyarham ustaz asaari/al arqam berkerjasama dgn umno mengdiskredits revolusi iran bagi maksud untuk memperlekehkan pas ketika itu?di kesempatan lain kita bicarakan kerana takut bimbang ayam jantan nak berkokok tanda hari nak siang.

    ReplyDelete
  2. Sokong! Nanti marah JKKP kan... tapi siapa Maha Besar?

    ReplyDelete
  3. Oh ye saudara Nizam...
    Betul tu... Al Arqam pada satu ketika road-show ke seluruh negara membantai membantai Iran dan Syiah... mereka diizin dan seolah-olah ditaja.

    Di Malaysia tergetnya tentulah PAS!

    ReplyDelete
  4. ada lagi ke kg sempadan dekat lancang?
    dr aziz kata abuya ghaib dan akan kembali nanti.
    razi kata pergi buat sementara nanti kembali.
    umno kata bagi lesen judi supaya boleh berjudi cara halal,kalau tak bagi lesen judi jadi haram polis tangkap, kalau halal polis boleh tumpang sama.Dr adek kata tak ada ayat qur,an sebut pasal judi haram dulu Tun hanif pun kata gitu.
    Ulama umno kata kena patuh pada kerajaan walaupun dalam perkara mungkar.

    ReplyDelete
  5. hahaha....

    hara huru dah Umni ni....
    kan mi....?

    ReplyDelete