Friday, May 14, 2010

Nizar yakin pilihan raya semula di Perak

JERANTUT: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) dan pilihan raya di negeri Perak berdasarkan perkembangan semasa dan respons Raja Muda Perak sendiri.

Jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, ini disebabkan terlalu banyak perkara yang mengaibkan negeri Perak dalam tempoh setahun lalu berikutan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak dijatuhkan.

“Sejak Kerajaan PR Perak dijatuhkan BN pada 5 Februari tahun lalu dengan cara ugut, culik dan rasuah seks kepada exco, kerajaan negeri itu tidak pernah stabil.

“Umpamanya Sidang Dun baru-baru ini mencipta rekod apabila 150 orang polis berada di dewan. Speaker pula dikawal oleh enam bodyguard tetapi takut meninggalkan kerusi untuk mengiringi Tuanku Raja Muda bertitah, sehingga diwakilkan kepada timbalannya yang kurang upaya itu.”

“Peraturan mesyuarat tak pakai langsung, pembesar suara dimatikan dan soalan kami tidak berjawap. Polis penuh, media tak boleh masuk. Titah Tuanku tidak dibahaskan dan jadilah Dun perak seperti persidangan si bisu dan si pekak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mesyuarat spenggal hanya berlangsung selama lima jam sahaja,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih dua ribu orang dalam ceramah di Kompleks Imam As-Syafie (Kias), Temin dekat sini 8 Mei lalu.

Turut berceramah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar,

Hadir sama Adun Tras Choong Siew Onn dan Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Pusat N. Balasubramaniam.

Tegas Nizar lagi, beliau dapat melihat air mula Raja Dr Nazrin Shah berubah menggambarkan baginda murka atau tidak berpuas hati.

“Namun begitu kami mendapat respons positif daripada Raja Muda bagi memohon mengadap. Wakil rakyat Pakatan akan mengadap Tuanku bagi menerangkan keadaan dan perkembangan di dewan dalam tempoh setahun setengah ini. Kami yakin baginda tidak suka negeri Peral terus diaibkan.”

“Demi mengelakkan keaiban dan kekecohan berterusan, kami yakin akan berlaku pembubaran Dun dan pilihan raya negeri sebelum pecil pilihan raya umum (PRU)... jadi bersedialah, tegasnya”.

Dalam pada itu Nizar kesal dengan sikap perdana menteri dan timbalannya yang pandai meminta MCA menyelesaikan krisis parti itu dengan pemilihan semula tetapi untuk kemelut di negeri Perak tidak pula menggunakan formula yang sama iaitu pilihan raya semula.

Sebelum itu, Nizar turut menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Jerantut yang diadakan di Hotel Jerantut Hill Resort bersama kira-kira 500 tetamu.




No comments:

Post a Comment