Thursday, May 13, 2010

Lebih setengah bilion Politeknik Muadzam terus gagal disiapkan



ROMPIN: Setelah 10 tahun berlalu, projek Politeknik Muadzam Shah (PMS)
terus menjadi projek ”menanti buah yang tak gugur” dan amat menyakitkan bagi rakyat sebelah sini.

Dimulakan sekitar tahun 2000 di pinggir Bandar Muadzam Shah, iaitu terletak lebih kurang satu kilometer dari persimpangan Muadzam Shah meghala ke Kuantan, kini sudah masuk kontraktor ketiga, namun keadaannya masih belum siap.

Projek yang jika siap dan beroperasi nanti boleh menempatkan 4,000 ke 5,000 penuntut itu, pada mulanya telah dianugerahkan kepada kontraktor pertama Konsortium Kontraktor Melayu Pahang (KKMP) bernilai RM219,000.000.00 dan sepatutnya siap pada 12.12.2003.

Kemudian pada ketika kemajuan projek 41.15 %, KKMP telah gagal disiapkan dan digantikan oleh KAUSAR CORPORATION SDN. BHD KAUSAR CORPORATION SDN. BHD dengan tambahan harga kontrak bernilai RM193, 088,888.00.Ini bermakna harga projek keseluruhan setelah tamat tempoh bagi kontrak yang kedua menjadi RM412,088,888.00.

Kontak telah tamat pada 28.04.2008 dengan kemajuan hanya 61% dan kontraktor pub cabut kerana tak tahan.

Kini masuk kontraktor ketiga yang mula masuk tapak pada 24 februari 2009. iaitu MMN Bina Sdn Bhd dengan tambahan nilai sebanyak RM140,800,000 lagi. Ini bermakna sudah RM552 juta sudah dihabiskan.

Tempoh siap pada asalnya ialah 23 Februari 2010. Kemudian dilanjutkan lagi sehingga 15 Jun 2010. Namun kemajuannya sehingga kini baru 90%.

Di mana silapnya? Inilah akibatnya bila dibiarkan kronisme dan balik-balik rakyatlah yang terpaksa menanggung biawak hidup!




7 comments:

  1. Bro, kita citer x guna,
    tanya anwar, dia boleh jawab ini hal.

    ReplyDelete
  2. tak mampu bayar sub con kata .... semua sub con mati main con MMN BINA boss perut besar telan duit orang! Jawab di Dunia dan Akhirat!

    ReplyDelete
  3. RAMAI MATI DENGAN MMN BINA.... MAIN CON PALING TERUK ..... HISAP DARAH ORANG !

    ReplyDelete
  4. waaaaa. akhir nya poli ni siap jugak. saya lah penuntut poli muadzam shah PMS :D

    ReplyDelete
  5. Allhamdulillah. . . akhirnya POLI muadzam Shah ini siap jugak. . . .

    ReplyDelete
  6. Mmg terpaksa disiapkan, tu kawasan Dato JJ. Dia nak jadi MB ganti Dato Nan nanti, tentulah dia kena usaha sampai siap

    ReplyDelete
  7. Tuan...disini saya jelaskan bahwa daripada kont. 1 hingga kont. yang menyiapkan dengan tidak jayanya, hanya nama syarikat sahaja yang bertukar, pengendali atau driver lori taik adalah merupakan individu yang sama. saya ada terlibat audit bagi projek tersebut...malas nk crita letih....pikir2 sndrilah....siapa jd mangsa?....student=tidak sebab semuanya boleh grad....masa penyiapan projek = tidak sebab memberi pluang untuk orang cari makan(pekerja)....duit=tidak sebab semakin banyak duit kerajaan dikeluarkan ianya sebagai current untuk menghidupkan generator bagi menjana ekonomi..he..he

    ReplyDelete