Thursday, May 6, 2010

Ratah pengkid selera baru tukar seks

Percayakah anda, bahawa selera baru seks lelaki 50-an masa kini bertukar daripada perempuan pelacur kepada pengkid (perempuan yang cenderung menyerupai lelaki)?

Menurut sebuah akhbar tabloid, kecenderungan baru ini dapat diperhatikan di lokasi tertentu antaranya bertumpu di Chow Kit, Kuala Lumpur kerana mendapat ‘pasaran’ baik di sana.

Lelaki yang mahu ‘meratah’ pengkid ini biasanya sanggup memberi bayaran mahal dan menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’ apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah sedia menanti di hotel murah berhampiran.

‘Emas’ membawa maksud kemaluan.

Seorang pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, berasal dari Pahang mengakui pernah ditawarkan seorang bapa ayam untuk ‘dihidangkan’ kepada seorang pelanggan.

Menurut Man, lelaki veteran lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan pelacur yang kerap bertukar pelanggan.

Susuk tubuh pengkid yang agak keras dan kenyal juga dirasakan dapat memberi kepuasan luar biasa apabila bersama, katanya.

“Saya pernah bertanyakan salah seorang penagih seks warga emas kenapa mereka lebih memilih golongan pengkid, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.

Man mengakui pernah ditawarkan harga lumayan untuk sekali layanan kepada lelaki veteran, tetapi menolak kerana tidak terbuka nafsu kepada golongan lelaki.

No comments:

Post a Comment