TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang melalui anak-anak syarikatnya digesa menghentikan pembukaan tanah hutan di negeri ini dengan alasan kemajuan pertanian sebaliknya membuka skim Ladang Rakyat sebagaimana yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan.
Melalui kaedah tersebut rakyat dapat memiliki tanah yang diusahakan oleh syarikat dilantik kerajaan negeri dengan pelbagai jenis tanaman komersil di samping beroleh keuntungan berbentuk dividen dan bonus selaku pemegang saham dalam skim tersebut.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Mohd Fadzli Ramli, berkata di negeri ini tanah diteroka, balak dikeluarkan dan ladang dibuka sedangkan keuntungan tidak tahu kemana dan akhirnya anak-anak syarikat kerajaan yang mengusahakannya diisytiharkan rugi dan terpaksa gulung tikar.
“Sekarang ini hangat diperkatakan kerajaan melalui beberapa anak syarikat Kerajaan Pahang yang bertindak membuka ladang-ladang tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah melibatkan ribuan hektar dan semakin bertambah keluasannya dari masa ke semasa”.
“Sebagai contoh, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) mempunyai ladang kelapa sawit dan getah di seluruh Pahang berjumlah hampir 54 ribu ekar. Begitu juga penerokaan tanah hampir 30 ribu ekar tanah di Rompin oleh YP Plantation Holdings Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak syarikat subsidiari Kerajaan Pahang iaitu Yayasan Pahang bagi tujuan tanaman kelapa sawit”.
“Malahan saya difahamkan sebanyak 15 ribu ekar lagi akan dibuka di daerah yang sama. Itu belum dikira jumlah pembukaan tanah-tanah baru oleh syarikat swasta di mana kerajaan Pahang mempunyai kepentingannya seperti di Pekan, Bera, Rompin dan Kuantan mencecah hampir 15 ribu hektar sehingga tahun 2004 sahaja untuk pelbagai tujuan seperti perladangan kelapa sawit dan lain-lain tanaman komersil”.
“Malangnya, pembukaan puluhan ribu hektar tanah itu hanya menguntungkan beberapa kerat pemimpin dan tauke sedangkan rakyat tidak mendapat manfaat apa-apa,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Pentas Pemuda di Darul Amin, Sungai Gau, di sini baru-baru ini.
Turut berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan dan Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad.
Jelas Fadzli lagi, sekali pandang seolah-olah kerajaan Pahang membangunkan ribuan hektar tanah yang diteroka oleh kebanyakannya anak syarikat kerajaan negeri untuk tujuan kemajuan. Namun sebaliknya rakyat terhimpit dengan masalah ketiadaan tanah sehingga terpaksa menumpang dan meneroka tanah haram.
Katanya lagi, rakyat yang memohon tanah bertahun-tahun lamanya sehingga ada di kalangan pemohon yang meninggal dunia, tetapi permohonan mereka masih tidak diluluskan. Begitu juga dengan golongan belia yang sudah pastinya tidak memiliki tanah selain daripada membeli ataupun memperolehinya secara pusaka.
“Perusahaan ladang komoditi secara sewenang-wenangnya ini telah mengakibatkan tiada manfaat dinikmati oleh penduduk setempat di mana kawasan ladang tersebut dibuka kecuali beberapa pekerja asing yang dibawa masuk bekerja di situ. Ketiadaan kilang memproses produk berasaskan sawit mengakibatkan rakyat setempat hanya mampu jadi penonton”.
“Saya percaya bahawa kerajaan negeri akan berhujah bahawa pembukaan ladang adalah bersifat jangka masa panjang dan keuntungannya akan diagihkan secara saksama kepada rakyat. Sekali pandang, kita boleh bersetuju. Tetapi apabila dinilai keseluruhan pendapatan jika dicongak dari ladang seluas ratusan ribu hektar di seluruh negeri yang diteroka oleh kerajaan negeri, Pahang sepatutnya memiliki pendapatan tertinggi”.
“Namun realitinya satu demi satu anak syarikat kerajaan Pahang mengalami kerugian seperti yang menimpa Mentiga Corporation. Begitu juga saban tahun dan terkini, pendapatan kerajaan Pahang berada di tahap defisit Kemana perginya pendapatan hasil dari pembukaan ladang yang luas itu?”, soal Fadzli.
Sehubungan itu beliau mencadangkan kerajaan Pahang mengambil contoh kerajaan Kelantan di mana tanah yang dibuka diagihkan kepada rakyat negeri Pahang ini dan diusahakan melalui syarikat berwibawa bagi membangunkan komoditi perladangan.
Menurut Fadzli, beliau difahamkan bahawa terdapat beberapa buah syarikat berkepentingan kerajaan yang mendapat kontrak pembukaan ladang kelapa sawit telah bertukar tangan kepada pegangan syarikat bukan bumiputera.
sapa kata ladang rakyat di kelantan menguntungkan?
ReplyDeletesiapa kata ladang bawah Yayasan Pahang merugikan? kami dapat rasa keuntungan tersebut melalui bonus. keuntungan yang diterima juga adalh utk pembiayaan sekolah seperti biasiswa dan pinjaman yayasan. selidik dahulu sebelum berkata..terkilan baca blog yang membawa isu yang tidak benar semata2 untuk kepentingan politik.
ReplyDeleteaku tau la yayasan pahang&kroninya auta je lebih...yg ko nampak tu sikit je,yg ko tak nampak aku nampak sebab aku pernah jadi penyelia ladang anak syarikat yayasan(ypph)...dari ceo sampai am penipu besar...yg hebat sekali gm&manager la...jgn pakai mata kasar pakai la mata iman...ko dpt makan sikit dah sanjung sampai melambung...ada akai pakai...keh3
ReplyDelete