Friday, May 7, 2010

Doa untuk Alharas Abdullah

Oleh SUHAIMI SAAD

Jam 2.30 petang 3 Mei lalu saya menerima mesej dari Ust Zaki, Alharas ditimpa kemalangan teruk dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Lalu saya terus menghubungi sahabat sahabat yang lain untuk mengetahui segala-galanya.

Sebahagian sahabat rupa-rupanya telah berada di wad kecemasan melaporkan keadaan Haras yang kritikal. Kaki dan tangannya patah. Sebelah matanya kemungkinan rosak. Ada sedikit kecederaan pada kepala akibat hentakan yang kuat.

Saya mengenali secara rapat Haras setelah berpindah ke Balok Permai. Beliaulah yang bertungkus lumus mencari rumah sewa untuk saya. Sepanjang perkenalan saya dapati beliau seorang yang baik, tutur katanya lemah lembut, Pada ketika Avanza saya bermasalah untuk saya menghadiri mesyuarat di temerloh, beliaulah yang menawarkan kereta Myvinya kepada saya.

Atas sikap suka menolong dan prihatin pada masalah masyarakat setempat beliau dipilih oleh anak kariah sebagai Pengerusi Surau Balok Permai. Surau itu hidup dan imarah dengan majlis ilmu.

Beliau sangat istiqamah dengan unit amal dan berjawatan Setiausaha Unit Amal Kawasan Inderamahkota. Beliau akan sentiasa bertungkus lumus menampal poster apabila ada ceramah di kawasan ini.

Saya berkesempatan melawat beliau, hati saya sayu melihat beliau. Dalam keadaan separa sedar mulutnya tak lepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Segala ayat yang beliau hafal keluar dari mulutnya.

Haras bekerja dis ebuah kilang di Gebeng tetapi berstatus kontrak. Isterinya pula tidak bekerja dan mempunyai 3 anak. Mengenangkan nasib menimpanya, di beberapa tempat kuliah saya saya telah lancarkan derma untuk beliau.

Jika saudara-saudara nak membantu beliau, masukkan ke Akaun Unit Amal Indera Mahkota Bank Islam 06019010080651





No comments:

Post a Comment