1. LTTE adalah sebuah organisasi bersenjata yg teratur, hasil dari pendapatan sebanyak kira-kira USD 200 juta setahun - dari sumbangan expatriat Tamil di luar negara, peras-ugut, penjualan senjata dan percukaian yg dikenakan keatas penduduk dikawasan yg mereka kuasai.
2. Pada kemuncak kekuatan LTTE ini, pada tahun 2000, mereka menguasai kawasan seluas 15,000 km persegi di utara dan timur Sri Lanka (76 % dari kawasan tersebut). Keganasan yang dilakukan oleh LTTE adalah melakukan sabotaj berprofail tinggi seperti menyerang pangkalan tentera, lapangan terbang antarabangsa, pembunuhan ahli-ahli politik di Sri Lanka dan India. Dua tokoh utama yg mereka bunuh adalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991, dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadesa pada 2009.
3. LTTE juga adalah perintis kepada penggunaan wanita sebagai pengebom bunuh diri. Kebiasaannya pengeboman seperti ini mengakibatkan jumlah kematian yg tinggi seperti di Central Bank pada tahun 1996 dimana 90 orang menjadi korban. LTTE bukanlah yg pertama menggunakan kaedah ini, tetapi merekalah yg pertama mengadaptasi sebagai taktik tersusun peperangan mereka. Menurut satu wawancara oleh Lynn Neary dalam program radio Talk of the Nation, 21 May 2009 - Prof. Robert Pape, Pengarah Chicago Project on Suicide Terrorism, pada tahun 1983, kader-kader LTTE telah mendapat latihan dari kem Hezbollah. Dari dari jumlah 273 serangan bom yg dilakukan oleh LTTE dari tahun 1987 hingga 2009, 46 serangan telah dibuat oleh pengebom bunuh diri wanita, dan dalam tempoh yang sama, jumlah tersebut telah mengatasi rekod serangan Hamas - 137 serangan bom.
4. LTTE mencetuskan perang saudara di Sri Lanka apabila melakukan serangan ke atas pasukan ronda Four Four Bravo di luar pekan Thirunelvedi pada 23 Julai 1983, membunuh seorang pegawai dan 12 anggota. Kejadian ini membangkitkan kemarahan kaum Sinhala, dan mereka melakukan rusuhan selama tujuh hari yang dikenali sebagai “Black July”. Rusuhan yg tercetus di Colombo ini merebak ke bandar-bandar lain dengan menjadikan orang Tamil sebagai sasaran. Dalam tempoh masa tersebut, 8,000 buah rumah dan 5,000 kedai musnah serta 3,000 orang terbunuh. Selepas kejadian ini, ramai penduduk Tamil Sri Lanka menyelamatkan diri menjadi pelarian ke India, dan belia-belia Tamil pula mula menyertai LTTE.
5. Pada bulan May 1985, dalam insiden Anuradhapura Massacre, LTTE telah menembak 146 orang awam di kuil Jaya Sri Maha Bodhi dan melakukan kekacauan di bandar itu. Setahun sebelumnya, pada 30 November 1984, 50 anggota LTTE telah menyerang ladang Kent & Dollar, membunuh 62 lelaki, wanita dan kanak – kanak Sinhala yang sedang tidur dengan menggunakan kapak, grened dan raifal.
6. Indian Peace Keeping Force (IPKF) 1989 – 1990. Kerana meningkatnya keganasan dan rusuhan yang dimulakan oleh parti berhaluan kiri Janatha Vimukhti Peramuna (Barisan Pembebasan Rakyat) dan Sri Lanka Freedom Party, Presiden Sri Lanka, Jayewardene telah meminta India membantu untuk mengawal keamanan dan bersedia mengeluarkan tentera Sri Lanka dari Kawasan penduduk Tamil.
Indian Peace Keeping Force (IPKF) telah menghantar 4 divisyen tentera dengan kekuatan seramai 80,000 anggota. Banyak pertempuran belaku antara IPKF dan LTTE sepanjang tempoh Tentera India berada di Sri Lanka. Dalam tempoh sepanjang IPKF berkhidmat di Sri Lanka, mereka mengalami 1,517 kematian. Majoriti mereka disemadikan di Sri Lanka, dan tidak banyak diperkatakan tentang mereka oleh rakyat dan kerajaan India. “They died fighting someone’s else war, only to be remembered by their families” menurut coretan seorang wartawan. IPKF pula mula berundur secara berperingkat dan kapal terakhir meninggalkan Sri Lanka pada 23 Mac 1990, membawa pasukan Parachute Regiment yang terakhir.
7. Tempoh tahun 1990 hingga 1995 dikenali sebagai Fasa Perang Eelam 2. Pergolakkan kali ini dimulakan oleh LTTE setelah mereka membunuh hampir 600 anggota polis Sinhala dan Muslim apabila mereka diarahkan oleh Premadasa untuk menyerah kepada LTTE pada 11 Jun 1990 setelah LTTE memberikan jaminan mereka tidak akan di apa-apakan. Keseluruhannya seramai 899 anggota polis telah ditawan tetapi 125 berjaya melarikan diri. Baki tahanan dibawa ke hutan-hutan di Vinayagapuram dan Trincomalee dan dibunuh oleh LTTE. Dianggarkan 600 hingga 774 anggota polis telah ditembak mati pada hari tersebut. Sehari sebelumnya, LTTE telah mengusir 28,000 orang Muslim dari Jaffna. Sebelum insiden tersebut, tentera-tentera Sri Lanka masih berada di kem-kem mereka lagi, tiada tindakan diambil ke atas sebarang aktiviti LTTE kerana khuatir akan melanggar gencatan senjata. Walaupun pihak tentera telah mengumpul maklumat bahawa LTTE sedang membuat persediaan untuk berperang dengan membina kubu-kubu konkrit (bunker) dan lain-lain persediaan, namun Kementerian Pertahanan masih tidak membuat apa-apa keputusan berhubung laporan yang diterima.
8. LTTE melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di Palliyagodella sebuah perkampungan yang bersempadan dengan wilayah utara. Menurut kenyataan kerajaan Sri Lanka kira-kira 150 gerila LTTE menyerang dan membunuh hampir 170 orang Sinhala dan Muslim. Sebelum insiden ini, telah berlaku ketegangan antara penduduk kampung dengan LTTE. Mereka telah meminta perlindungan dari pasukan keselamatan kerana LTTE telah memeras ugut orang-orang kampung. Pihak kerajaan telah membekalkan mereka dengan senapang patah, tetapi ini tidaklah mencukupi untuk mereka berhadapan dengan gerila LTTE yang lengkap bersenjata. LTTE telah melontar grened ke dalam masjid membunuh kira-kira 40 orang, dan terus mengganas dengan membunuh wanita serta kanak – kanak. Mereka berundur apabila anggota tentera tiba dengan helikopter.
9. Pada 21 May 1991, pengebom bunuh diri LTTE, seorang wanita bernama Thenmozhi Rajaratnam (Dhanu) telah membunuh Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi (dan 14 orang lagi) semasa beliau berkempen di Chennai, Tamil Nadu. Sebelum itu, pada bulan Ogos 1990, Rajiv Gandhi telah membuat kenyataan bahawa beliau akan menghantar kembali pasukan tentera India (IPKF) ke Sri Lanka jika beliau terpilih lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini membangkitkan kemarahan LTTE. Walaupun LTTE tidak pernah mengaku melakukan pembunuhan tersebut, adalah dipercayai ianya dilakukan atas dua perkara. Pertama – membalas dendam atas pembunuhan yang dilakukan oleh tentera India (IPKF) sepanjang mereka berada 3 tahun di Sri Lanka, dan kedua – LTTE khuatir Rajiv Gandhi akan mengotakan janjinya untuk menghantar kembali tentera India jika beliau memenangi pilihanraya.
10. Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa juga menemui nasib yang sama setelah terbunuh bersama 17 mangsa lain pada jam 12.45 petang semasa menghadiri perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei 1993. Mangsa yang cedera pula adalah 38 orang, termasuk 7 parah. Polis menemui kepala pengebom tersebut yang telah putus, dengan kapsul cyanide didalam mulutnya, teknik yang biasa diguna pakai oleh pemberontak LTTE.
Selain kedua ketua negara diatas, 9 menteri, 26 ahli parlimen, 22 ahli politik, 12 pegawai kanan tentera turut menjadi mangsa pembunuhan sepanjang tempoh perang saudara ini.
11. Pada 11 November 1993, gerila LTTE melancarkan Operasi Frog (Pertempuran Poonaryn) dengan menyerang serentak kem-kem tentera dan pangkalan tentera laut berdekatan. Serangan mengejut ala komando oleh LTTE Berjaya menembusi kem di Pooneryn dan pangkalan tentera laut Nagathevanthurai, memusnahkan beberapa bot, dan merampas beberapa lagi. Beberapa mortar dan dua buah kereta kebal T-55 juga telah berjaya ditawan oleh LTTE. Seramai 241 tentera Sri Lanka terbunuh, dan kira-kira 200 lagi ditawan / hilang dan dipercayai telah dibunuh oleh LTTE. Pihak LTTE mengalami 200 kemalangan jiwa. Bantuan tiba di kem Pooneryn empat hari kemudian.
12. Selepas 1993 tiada lagi pertempuran besar-besaran berlaku. Kedua-dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata pada awal 1995, namun kedamaian hanya dikecapi selama 100 hari apabila LTTE sekali lagi mencabuli gencatan senjata dengan menyerang dan menenggelamkan bot tentera laut SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru pada 19 April 1995 menandakan bermulanya fasa Perang Eelam 3 (1995 hingga 2000).
13. Perang saudara ini telah memasuki fasa ke – 3 setelah berlanjutan selama 12 tahun. Fasa ini turut dikenali sebagai Perang Eelaam 3 yang berlarutan selama 5 tahun lagi. Kedua-dua belah pihak iaitu LTTE dan tentera Sri Lanka saling melakukan ofensif. LTTE sendiri telah melancarkan satu siri serangan “Oyatha Alaikal Natavatikkal” (Unceasing Wave) dengan serangan pertama pada tahun 1996 (berjaya menawan Mullaitivu), diikuti pada tahun 1998 (berjaya menawan Kilinochchi), 1999 (berjaya menawan Vanni) dan yang ke empat pada tahun 2000 dalam usaha menawan kembali Jaffna. Pada penghujung fasa ketiga ini, LTTE Berjaya menguasai 30% kawasan di Sri Lanka.
14. Gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak bertelagah hanya bertahan selama 100 hari. LTTE sekali lagi mencabuli perjanjian gencatan senjata dengan serangan yang dilakukan oleh penyelam komando dari unit Sea Tigers yang menenggelamkan 2 buat bot bersenjata Tentera Laut Sri Lanka, SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru di pelabuhan Trincomalee. Pada hari yang sama juga iaitu 19 April 1995, pemimpin LTTE Velupillai Prabhakaran mengutus surat kepada Presiden Kumaratunga bahawa gencatan senjata telah ditamatkan. Beberapa jam selepas itu, 2 buah bot bersenjata (gunboat jenis Shanghai II) dari No. 3 Skuadron Bot Meriam Laju karam akibat letupan bom oleh LTTE itu. Penyelam tentera laut menemui 11 mayat anggota tentera laut Sri Lanka dan 4 mayat penyelam LTTE (termasuk 2 wanita).
15. Operasi Riviresa I (Op Sunrays) dilancarkan enam bulan selepas serangan LTTE di pangkalan tentera laut Trincomalee. Objektif operasi ini adalah untuk menawan Jaffna dari LTTE. Perancangan untuk operasi ini telah dilakar semenjak Jun 1993 (2 tahun sebelumnya), tetapi ketika itu, Presiden Sri Lanka agak kurang yakin dengan keupayaan tentera Sri Lanka untuk menawan kubu kuat LTTE, iaitu Jaffna. Maj Gen Rohan Daluwatte terlibat dalam perancangan dan persiapan operasi di bantu oleh Maj Gen Gamunu Kulatunge, Col. Lucky Rajasinghe dan Col. Mohan Rockwood.
Operasi ini melihatkan seramai 20,000 tentera telah diatur gerak dengan 3 formasi (51, 52 & 53 Divisyen). Divisyen ke – 51 dan 52 mengambil masa selama 2 bulan untuk mara sejauh 30 kilometer, kemudian dibantu oleh Divisyen ke – 53 yang terdiri dari 534 Briged Bebas, 531 Briged Mobil Udara, 533 Briged Armor dan 532 Briged Infantri). LTTE telah melakukan persiapan awal dengan menanam periuk api di semua jalan masuk ke Jaffna dan membina lebih pertahanan dengan bantuan dari gerila LTTE yang datang dari timur Sri Lanka. Pada 29 Nov 1995, 53 Division dibawah pimpinan Brig Janaka Perera melancarkan serangan ke atas kubu-kubu LTTE di Jaffna. Dengan kekuatan 3 briged (531, 532 & 534) melancarkan serangan secara serentak dan mengepung Jaffna, LTTE gagal mengatur pertahanan mereka dengan berkesan. Pada 2 Disember 1995, selepas pertempuran sengit selama 50 hari, Divisyen ke -53 berjaya memasuki bandar Jaffna tanpa tentangan (LTTE telah berundur dengan menggunakan bot-bot malam sebelumnya).
16. Pertempuran Mullaitivu (18 Julai 1996). LTTE melancarkan Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves) ke atas pengkalan tentera Sri Lanka di Mullaitivu di timur laut Sri Lanka. Pertempuran mengorbankan 1,400 tentera Sri Lanka dan 330 gerila pemberontak LTTE. Kira-kira 2,000 gerila LTTE melakukan serangan pada jam 1.30 am dari arah utara dan selatan, manakala Sea Tigers pula menyerang dari arah timur. Selepas 8 jam bertempur, LTTE Berjaya menembusi pertahanan kem, dan sejam berikutnya mereka Berjaya menawan tapak artileri, amra dan memusnahkan menara komunikasi. Buat seketika, anggota Rejimen Infantri Vijayabahu berjuang bermati-matian dan dapat bertahan hingga ke senja. LTTE berkumpul semula dan menyambung serangan ke atas saki baki tentera yang bertahan. Malangnya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba. Menjelang subuh hanya tinggal 207 anggota tentera yang bertahan. Semasa ditawan, seorang pegawai muda telah melontar sebutir grened ke arah sekumpulan pemimpin LTTE, membunuh 6 orang termasuk seorang pemimpin kanan LTTE. Marah dengan tindakan tersebut, LTTE telah membakar hdup-hidup semua tawanan yang ada. Dalam pertempuran ini LTTE telah berjaya merampas 2 x meriam 122mm, 2 x 120mm mortar, 15 x 81mm mortar, 41 x 60mm mortar, 5 x GPMG dan ribuan peluru meriam serta mortar bernilai USD 20 juta. Pada tahun 1998, perisikan tentera telah melaporkan Capt. Suresh Raj, pegawai artileri etnik Tamil telah membocorkan maklumat lengkap kedudukan artileri dan lakaran kem kepada pihak LTTE. Hanya 13 tahun kemudian bandar Mullaitivu dapat ditawan kembali oleh tentera Sri Lanka.
17. Selepas beberapa pertempuran besar dan juga beberapa siri rundingan, kerajaan dan LTTE menandatangani gencatan senjata pada 22 Februari 2002. Pada 21 Julai 2006, LTTE telah menutup pintu air empangan Mavil Aru, sekaligus memotong bekalan air ke 15,000 perkampungan yang berada dibawah kawasan kawalan kerajaan. Setelah rundingan gagal membuahkan sebarang hasil, tentera udara telah melancarkan serangan ke posisi-posisi LTTE berhampiran empangan tersebut. Hanya pada 8 Ogos 2006 pintu air tersebut berjaya dibuka kembali. Serangan ini menandakan bermulanya Fasa 4 dan ini adalah fasa terakhir perang yang membawa kepada kemenangan kepada kerajaan Sri Lanka dan terbunuhnya pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran. Ketika fasa ini berlangsung, Sri Lanka telah menggembling tenaga 200,000 anggota tentera berhadapan dengan 18,000 anggota LTTE. Pada penghujung perang 6,261 anggota tentera terkorban, manakala kematian bagi pihak LTTE dianggarkan 15,000 orang. Hari-hari terakhir pertempuran sengit di timurlaut Sri Lanka menyaksikan 300,000 penduduk Tamil terperangkap dalam pertempuran antara kedua-dua pihak.
18. Dalam ofensif besar-besaran yang dilakukan oleh tentera kerajaan dari 5 arah dan secara serentak, kekuatan LTTE telah terpecah dan tidak berupaya menghalang kemaraan ketumbukan tentera Sri Lanka. Setelah satu demi satu kubu-kubu LTTE jatuh ke tangan tentera kerajaan, pemimpin-peminpin LTTE cuba menyelamatkan diri. Setelah berundur ke Mullaitivu bersama beberapa pemimpin, Charles Anthony (anak Prabhakaran) cuba memecahkan pertahanan pasukan tentera pada jam 3 am, 18 Mei 2009 tetapi menemui kegagalan. Dia mati bersama-sama 100 gerila LTTE. Pasukan tentera menemui wang tunai berjumlah 12 juta rupee berasama mayatnya. Pada waktu tengaharinya, terdapat khabar angin bahawa Prabhakaran terbunuh dalam serangan roket, tetapi ternyata tidak benar. Sekumpulan kader LTTE terdiri dari 30 pengawal peribadi Prabhakaran yang paling setia cuba melarikan diri mengikut hutan paya di Nandikadal. Salah seorang pengawal peribadinya dikatakan membawa petrol bertujuan membakar mayat Prabhakaran jika beliau membunuh diri.
Pasukan tentera pimpinan Col. G.V. Ravipriya telah melakukan pemberishan dikawasa tersebut pada jam 3.30 pm sehingga 6.30. Setelah berehat, mereka menyambung semula keesokkan paginya bermula jam 7.30 am. Pada ketika inilah mereka bertempur dengan pasukan Prabhakaran selama dua jam (19 Mei 2009). Kesemua anggota LTTE telah berjaya dibunuh, dan semasa pemeriksaan, Sarjan Muthu Banda dari Task Force 8 melaporkan kepada Col. Ravipriya bahawa beliau menemui mayat mirip Prabhakaran yang terapung di hutan paya tersebut. Col. Ravipriya membuat pengecaman dan pasti bahawa itu adalah mayat Prabhakaran. Sekeping dog tag dengan nombor 001, dua pucuk pistol, rifal T-56 dengan pejera teleskopik, telefon satelit dan bekas ubatan mengandungi ubat kencing manis turut ditemui.
19. Pada jam 12.15 pm Panglima Tentera Sri Lanka, Gen. Sarath Fonseka mengumumkan kematian Prabhakaran secara rasmi melalui siaran tv. Identitinya telah dikenalpasti oleh Karuna Amman, antara orang kepercayaan Prabhakaran, dan melalui ujian DNA ke atas anaknya Charles Anthony yang terbunuh lebih awal.
Ada yang mengatakan Prabhakaran telah ditembak oleh orangnya sendiri, atau telah membunuh diri sebagaimana dikatakan oleh Karuna Amman. Bagainmanapun telah dinafikan oleh pihak tentera kerana ia berkemungkinan dari kecederaan akibat serpihan peluru disebabkan tiada “exit wound” yang jelas. Prabhakaran mati ketika berusia 54 tahun.
20. Pengajaran – berdasarkan kronologi yang telah disusun ini kita oleh membuat kesimpulan mudah:
a) tidak seperti gerila-gerila komunis PKM yang bersembunyi didalam hutan dan dalam kumpulan kecil, LTTE mempunyai keanggotaan yang besar dan menguasai kawasan utara dan timur Sri Lanka.
b) berkeupayaan melakukan perang konvensional dan serangan berbentuk “human wave”
c) juga memiliki pasukan udara dan laut, juga pasukan komando berani mati yang berjaya melakukan operasi penuh kejutan seperti menenggelamkan kapal tentera laut dan juga lapangan terbang
d) sering melanggar gencatan senjata dan perjanjian damai
e) melakukan pembunuhan beramai-ramai
f) mempunyai risikan yang baik
g) mempunyai dana yang besar
h) india juga didapati tidak menyokong perjuangan LTTE
i) menggunakan pengebom bunuh diri sebagai satu cara serangan tersusun, bukan oleh inisiatif individu sendiri
# Copy paste dari tulisan Batumalai Parameswara.
No comments:
Post a Comment