Thursday, October 17, 2019

Bajet 2020 dari kaca mata NGO

Oleh AZDY MOHD ARSHAD

Belanjawan kali ini menjurus kepada belanjawan DAP, untuk bangsa DAP, bukan belanjawan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Peruntukan besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dan Sekolah Persendirian Cina adalah sangat tidak wajar.

Ianya tidak adil dan saksama serta membuktikan bahawa menteri-menteri Melayu PH gagal membawa suara orang Melayu dan mempertahankan hak orang Melayu.

Begitu juga dengan peruntukkan RM100 juta skim mikro kredit khas untuk kaum Cina. Ianya belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Lihatlah bagaimana DAP memperuntukkan RM85juta untuk majukan kampung kampung baru yang didiami semua kaum mereka yang jumlahnya hampir 400 buah, sedangkan kampung Melayu tradisional yang hampir 2000 buah kampung, ada yang tersangat daif dan miskin tiada peruntukan.

Kalah tauke-tauke besar dimonopoli kaum Cina dibantu kerajaan, perniagaan kecil dan sederhana kaum Cina pun diberikan pelbagai bantuan, apa akan jadi pada nasib peniaga Melayu?

Peruntukan belanjawan ini adalah sangat melampau dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ternyata agenda DAP dalam membela nasib kaum Cina dan menindas orang Melayu begitu jelas diperlihatkan di dalam Bajet 2020.

Jangan sesekali kita tertipu dengan angka RM1.3 billion peruntukan untuk agama Islam atau kenaikan RM100 elaun guru KAFA atau peruntukan RM10 juta untuk Mujahid belanja bagi membuat program “Rahmat Lil Alamin”.

Kesemua ini akan dimomokkan oleh Lim Guan Eng kononnya Islam dan Melayu turut dibela namun relitinya ini semua hanyalah sandiwara dan “carmouflage” semata-mata.

Peruntukan RM138 juta untuk pembangunan belia negara adalah satu lagi perkara gila apabila ianya bakal disalurkan kepada Kelab Pemuda Belia (YPC) iaitu kelab setahun jagung ciptaan YB Menteri Belia & Sukan yang dianggotai oleh Pemuda ARMADA PPBM.

YPC langsung tidak mempunyai “track record” dalam menguruskan belia, malah kepimpinan, keahlian dan aktiviti YPC juga tidak siapa yang tahu.

Sewajarnya kerajaan menyalurkan kepada badan rasmi belia dan orang muda ialah Majlis Belia Malaysia yang dianggitai lebih dari 40 badan-badan gabungan belia dengan ribuan cawangan seluruh Malaysia sebagaimana yang sudah termaktub dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Sekali lagi Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan kerajaan PH hari ini menggunakan kuasa mereka bagi mengkayakan bangsa Cina dan kroni-kroni mereka.

Mereka lebih mengutamakan agenda politik daripada agenda memperkasa ekonomi negara, membela nasib rakyat dan memastikan kestabilan dan keharmonian negara terus diperlihara.

Penulis adalah
Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment