Gopi menerima cenderahati daripada rombongan PAS Pahang |
Keputusan bekas pemain sayap pasukan bolasepak Pahang R.Gopinathan, 30, memeluk agama Islam
setelah melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam semalam, mengejutkan
banyak pihak.
Serentak dengan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli
Abdul Jabar serta timbalannya Andansura Rabu segera berkunjung menziarahi bintang
bolasepak itu yang kini dikenali Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra di rumah neneknya
di Rancangan Rumah Murah (RRM) Tanah Putih, Kuantan hari ini.
Turut serta Pengerusi Assabiqun negeri Ismail Mohamad,
Pengerusi Lajnah Hubungan Antara Kaum Wan Mahadir Wan Mahmud dan anggota Pusat
Khidmat Dun Beserah.
Dalam pertemuan singkat itu Ustaz Rosli sempat menasihatkan
Gopi yang kini bermain dengan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu agar mendalami
agama Islam.
Gopi yang dalam percutian sekarang kelihatan begitu tenang
dan bersemangat.
Gopi merupakan anak jati Pahang dan neneknya berasal
dari Maran.
Beliau yang belum berkahwin, menyarung jersi Pahang
pada 2010 - 2015 dan membantu skuad Tok
Gajah menjulang Piala Malaysia sekali dua kali pada 2013 dan 2014.
No comments:
Post a Comment