Friday, October 18, 2019

Pahang diramal banjir Disember ini

Gambar hiasan 
Kelantan, Terengganu dan utara Semenanjung dijangka dilanda banjir bulan depan, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber dari Putrajaya menyebut, Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor diramalkan mengalami banjir pada Disember manakala Johor, Pahang dan barat Sarawak pada Januari 2020 serta barat Sarawak Februari 2020.


Perkara itu dimaklumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NADMA berhubung mesyuarat itu, Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) akan bertiup bermula hujung Oktober ini hingga Mac depan dengan tahap banjir dijangka hampir sama dengan keadaan yang berlaku pada 2016 dan 2017.

Sehubungan itu, agensi di semua peringkat daerah, negeri dan persekutuan diarahkan memastikan persediaan sumber manusia, aset, pusat pemindahan sementara, depoh, pangkalan hadapan dan bekalan sokongan sentiasa berada pada tahap optimum agar tindak balas sepanjang musim itu berjalan lancar.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan turut memutuskan supaya cuti pegawai dan anggota yang terbabit dalam pengurusan bencana dibekukan mulai November ini hingga Februari 2020.

Ia membabitkan pegawai agensi pengurusan bencana, pegawai pejabat daerah dan negeri, anggota polis, tentera, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

No comments:

Post a Comment