Foto daripada akhbar Sinar |
Bertindak daripada aduan orang ramai, akhirnya tapak pelupusan sampah haram seluas 0.5
hektar dikesan di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan sini semalam selepas penduduk
terhidu bau busuk dan ternampak asap dari kawasan terbabit sejak seminggu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura
Rabu berkata, pembukaan tapak pelupusan haram itu menjadi ancaman kepada penduduk
sekitar terutamanya di sekitar Balok dan Balok Perdana sekali gus menyebabkan
kualiti udara tercemar di kawasan perumahan itu.
Menurut, beberapa hari lalu, penduduk membuat aduan dan
mereka mendakwa terhidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitar dan
menjejaskan kesihatan anak-anak.
"Penduduk juga memberitahu masalah sama masih
berulang malah semakin kuat bau sehingga mengundang ketidakselesaan dalam
kalangan penduduk di kawasan itu.
"Jadi, saya menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Pahang untuk menjalankan pemeriksaan dan mendapati terdapat satu kawasan baru
dijadikan tempat pelupusan sampah dan pembakaran di kawasan itu sedang
berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Andansura berkata, hasil lawatan dan pemeriksaan itu
mendapati banyak sisa perindustrian seperti bahan kimia dan terdapat sisa
domestik dibuang di kawasan terbabit.
Menurutnya, pembakaran sisa buang itu menyebabkan
kawasan itu mengeluarkan bau kurang menyenangkan dan boleh menjejaskan tahap
kesihatan.
"Jadi saya menghubungi Jabatan Bomba dan
Penyelamat Gebeng bagi memadam sisa yang terbakar itu dan pihak bomba
meletakkan tali sawat supaya kawasan terbabit tidak diceroboh serta tiada
pembakaran terbuka dilakukan.
"Saya juga dimaklumkan, pihak JAS juga menubuhkan
pasukannya untuk memantau kawasan terbabit," katanya.
Dalam pada itu, Andansura berharap, pihak industri dan
kilang-kilang perlu menilai semula kontraktor mereka yang mengendalikan
pengurusan sampah.
Menurutnya, penilaian itu penting bagi memastikan
kontraktor lantikan mereka membuang sampah di kawasan yang dibenarkan.
"Saya sebolehnya tidak mahu perkara ini berulang
dan perlu ambil iktibar terhadap kes yang berlaku di Pasir Gudang, Johor
Baharu," katanya.
Sumber: Sinar Harian Pahang
No comments:
Post a Comment