Wednesday, October 9, 2019

“Barua” ke “maruah”?



Satu video yang tular kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang baru mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sambil berkata: “Lepas kongres .... (Kongres Maruah Melayu)... ni dia semangat lain macam”, sambil ketawa.


Netizen berbahas hangat, samaada Presiden PKR itu menyebut maruah atau barua....

Inilah yang belum putus-putus ditafsirkan.  Dalam video tersebut Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu yang hadir, kelihatan turut menyampuk “kongres Melayu bermaruah”.

Difahamkan sebelum itu Mahathir ada bergurau termasuk menggengam tangan (penumbuk).

Kongres Maruah Melayu berlangsung di Shah Alam Ahad lalu dengan Mahathir hadir dan berucap. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut serta. Mat Sabu juga hadir mewakili partinya. Azmin turut hadir, tetapi Anwar tidak. Dengan alasannya, beliau tidak dijemput ke program yang dianjurkan oleh NGO dan cedekiawan Melayu itu.

Dalam pada itu, di lama Malaysiakini, Anwar menafikan sebutan “barua” tetapi bertegas menyebutnya “maruah” merujuk kepada kongres Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment