Oleh: HAZMI DIBOK
Selepas slot subuh bicara murobbi yang disampaikan oleh
Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok atau lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng, saya
selaku urusetia mengajaknya untuk sarapan pagi bersama Dato' Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Pak
Daeng memaklumkan dia terlebih dahulu telah menerima jemputan seorang kawan
yang ajak bersarapan di rumahnya. Tapi dia beritahu saya yang dia akan datang
semula sebab dia nak jumpa juga dengan Tuan Guru Presiden.
Semasa Tuan Guru bergerak dari bilik rehat menuju ke meja
kuliah untuk memulakan slot Talaqi Tafsir, Pak Daeng sampai. Saya maklumkan
pada Tuan Guru yang Pak Daeng nak jumpa dan ketika itu saya berada betul-betul
di hadapan mereka berdua. Pak Daeng dengan suara bergetar memanggil "Tok
Guru"... Tuan Guru juga menyambutnya dengan penuh kemesraan. Mereka
bersalaman dan Pak Daeng membongkok mencium tangan Tuan Guru. Tuan Guru
membongkokkan badannya merendahkan diri. Mereka saling berpelukan erat. Pelukan
yang sangat mesra penuh mahabbah dan ukhuwwah. Seperti yang disebut sebelum
ini, tubuh Pak Daeng seperti bergetar. Dia memegang kepala Tuan Guru dan
mengucup dahinya. Antara yang terkeluar dari mulut Pak Daeng masa itu.. saya
nak jumpa Tok Guru semoga ada barokah... Tuan Guru pula bertanyakan khabar
beliau.. Hati saya sangat tersentuh dan terasa sebak menyaksikan pertemuan itu.
Alangkah tawadhuknya seorang Pak Daeng. Beliau memiliki
kelulusan PhD. Mantan pensyarah UKM. Pernah menjadi ahli Majlis Syura Ulamak'
PAS, Naib Presiden PAS dalam tempoh masa yang lama. Pernah menjadi ahli
parlimen. Juga pernah memimpin PAS negeri Johor sebagai Pesuruhjaya. Tidak
sedikit jasa dan sumbang baktinya pada PAS. Luas ilmu dan banyak pengalamannya.
Terlibat dengan PAS sejak tahun 50an, menjadi ahli PAS di awal tahun 60an..
Istiqamah hingga kini. Tokoh yang sangat tawadhu'.
Ustaz Hazmi Dibok ialah
Ketua Pemuda PAS Pahang
Pengerusi Akademi Tarbiyah (Aktar) DPPM
No comments:
Post a Comment