Setelah beberapa lama berdiam diri, isteri Presiden
Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersuara dalam satu rakaman agar
rakyat Malaysia dan penyokong Umno khasnya bangkit memberi sokongan padu kepada
bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sedang menghadapi siasatan SPRM pada
ketika ini.
Menamakannya sebagai ‘Warkah buat rakyat Malaysia serta
penyokong Umno’, Datin Seri Hamidah
Khamis berkata, beliau pada hari ini terpanggil untuk memberikan sedikit
pandangan untuk sama-sama memikirkan dalam mencari jalan serta berusaha dalam
mencari jalan tanpa mencalar-balarkan sebuah perpaduan yang mana akhirnya yang
menanti di hadapan adalah sebuah kebinasaan yang cukup perit dan getir.
“Demi masa depan anak-anak cucu, agama, bangsa dan
negara juga tanpa kita fikirkan kaum-kaum lain. Ayuh kita bangkit demi Malaysia
tanah air kita yang tercinta.
“Kepada semua yang memahami erti sebuah perjuangan,
duduk dan muhasabahlah diri. Sejujurnya, kesedihan yang terlalu mendalam dan rasa
terkilan yang tiada penghujungnya.
“Setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negara
dari BN ke PH sepatutnya kerajaan hari ini teruskan sahaja pembangunan yang
sedia ada. Tentu pastinya kurang lebih itu pasti terjadi. Tapi kan elok diatasi
bersama dalam suasana yang baik tanpa menuding jari mencari kesilapan. Semua
sudah menerima hakikat bahawa takdir Allah yang mengatur semua ini terjadi.
Tetapi tidaklah sampai menuding jadi sesama sendiri,” ujarnya.
Kepada Pakatan Harapan (PH) pula Hamidah berkata amanah
dan tanggungjawab ini Allah telah berikan kepada maka urus dan tadbirlah negara
ini dengan baik.
“Tapi malangnya tanpa kita semua sedari dan tahu
rupanya masih ada rasa unsur dendam yang membakar serta sedang membara di hati
sanubari. Akibatnya rakyat dibohongi, dikhianati. Akhirnya kita Melayu memusuhi
Melayu, kita Melayu meruntuhi Melayu, bercakaran sesama Melayu bangsa dan agama
hancur.
“Kita semua maklum, pemimpin yang dahulu adalah
pemimpin yang datangnya dalam keluarga yang dah 61 tahun yang berjenamakan Umno.
“Sebenarnya ada apa yang tak kena? Dendam apa yang
masih membara? Allahuakbar! Mari kita fikir bersama, berlapang dada. Ada apa yang
tersurat dan tersirat. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Tapi kita jangan
berteka-teki. Ibarat kata pepatah sudah terang lagi bersuluh. Masih adakah lagi
api dalam sekam, musuh dalam selimut dan duri dalam daging?
“Sedarilah bangsaku, jangan kita khianati martabat
Melayu, bangsa ibunda nenek moyang kita. Ayuh bersama Presiden Umno. Beliau sanggup
berkorban demi bangsa dan negara. Beliau difitnah serta dimalukan serta mahu
Umno dilenyapkan dalam sejarah. Kepada pejuang-pejuang parti keramat Umno, janganlah
kita menjadi alat kepada manusia yang bernafsu besar. Berilah kesempatan kepada
presiden kita. Yakinlah. Bersama-samalah kita memberi sokongan yang padu kepada
presidenpada petang ini, malam ini dan pagi Jumaat nanti.”
No comments:
Post a Comment