Friday, October 5, 2018

Anak Bob Lokman meninggal dunia

Anak bekas selebriti Bob Lokman (Mohd Hakim Lokman), Mohamad Adam kembali ke rahmatullah awal tengah malam  Jumaat

Sahabat Bob Lokman Dr Riduan Mohd Nor dalam postingnya kira-kira jam awal 3 dinihari tadi, menulis, Allahyarham meninggal kira-kira jam 12 tengah malam.

“Telah kembali kerahmatullah anakanda abang Bob Lokman, Mohamad Adam jam 12,00 malam lebih, dia rebah di beranda rumah. Jam 2.00 pagi kami berhimpun di rumah abang Bob , euforia kesedihan kami kongsikan, mendoakan Adam dan menemani Abg Bob..


“Adam anak yang sangat baik, menjaga abang Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tak berpisah dengan ayahnya. Aku terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan pada ayahya di hospital.

“Mereka berdua terlalu rapat. Adam mengikuti merata tempat pgram dakwah Abg Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, menyambangi seluruh negara.

“Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor (ketumbuhan dalam otak). Esok (hari ini) solat jenazah Adam di masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat. Saya mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman-teman untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti pada keluarga.

“Moga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman.”

Kami di Selamatkan Pahang turut mendoakan kesejahteraan anak muda yang taat kepada orang tuanya itu. Semoga diambil nyawa bertemu Allah pada malam Jumaat menjadi petanda dikurniakan kebaikan dan kebajikan di sisi Nya. Kepada Abang Bob, semoga terus kuat dan bersabar menerima kehilangan permata tersayang ini.

No comments:

Post a Comment