Monday, October 1, 2018

Dilarang berpolitik dalam masjid.... tapi Anwar boleh?

Dulu bukan main diheboh diperkatakan supaya jangan berpolitik di masjid. Sampaikan guru-guru agama yang berkuliah pun diberi amaran keras agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik, meskipun politik itu tidak boleh dipisahkan daripada agama khususnya Islam.

Pada satu masa, ada tok guru yang mengajar dicerca dan diusir keluar kononnya katanya berceramah PAS.

Namun gambar ini jelas menunjukkan calon PH dari PKR yang bertanding di PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, terang-terang berkempen di dalam masjid.


Kita tidak mahu sesuatu peraturan itu hanya dikenakan hanya kepada satu pihak yang menetang kita sahaja, namun untuk puak kita lalu kita halalkan.

Ini peraturan zaman barbarian namanya.

Rakyat terutamanya pengundi kena tengok juga oportunis yang boleh bersongkok masuk masjid dan berserban sikh untuk masuk kuil demi untuk meraih sokongan.

No comments:

Post a Comment