Tuesday, October 2, 2018

PAS Maran bantu PRK PD

PAS Maran mengesahkan turun padang bagi membantu jentera PRK di Port Dickson bermula 8 hingga 13 Oktober ini.

Ahli Jawatankuasanya yang juga Adun Luit, Sofian Abd Jalil berkata, seramai enam ahli PAS mewakili Pas Maran akan bertugas di sana sepanjang tempoh kempen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.


“PAS Maran akan bekerjasama sehabis baik bagi memastikan kelancaran PRK Port Dickson sekali gus memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.

“PAS Maran sudah bersiap sedia dengan jentera kempen. Gerak kerja seperti mana kita menghadapi PRK lain sebelum ini, akan dijalankan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan lain Sofian dan Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak berserta rombongan sempat berkunjung ke Majlis Daerah Maran untuk bertemu Setiausaha, Wan Norizan Wan Badaruzzaman yang baru bertugas bermula 1 Ogos lalu.

Lawatan tersebut dalam rangka kerja menjalinkan ukhuwah dan kerjasama wakil rakyat dengan pegawai Pihak Berkuasa Tempatan.

Pertemuan berlangsung selama dua jam itu berjalan lancar membincangkan isu-isu pembangunan di dalam daerah Maran.   

   ~ Sinar Harian  

No comments:

Post a Comment