Oleh ROSLI ABDUL JABAR
Main bola sambil2 nak turun mandi, main pun pakai kain basahan mandi je, tempat tertutup bukan ada muslimat, macam2 perkara lucu, sebiji bola sampai lebih 40 orang main. Yang paling lucu pastinya kain terlarah dan bola masuk dalam kain, menggelupur kesenakan, ha3.
Pernah kepala saya terantuk kat kayu alang pondok, kejar bola bergolek bawah pondok, sampai sekarang kepala saya berparut, kena jahit, balutan luka masih ada, esok main lagi, bukan pandai pun main tapi seronok dan gembira bersama dengan kawan2. kata kawan saya 'bola boleh beli kat mana2, tapi keseronokan takde jual kat kedai'.
Pernah seorang Ustaz kami menegur, 'main bola tu pakailah seluar , janganlah pakai kain nanti ...............', katanya melawak, ha3, memang lucu, pecah kelas dengan ketawa kami, sebab apa yang dia sebut tu memang dah terjadi pun pada kami, dia pun ketawa juga. Yang pasti kami bahagia walaupun Pondok kami belajar serba serbi kekurangan, masak sendiri, mandi telaga, Pondok yang kecil, usang, berdinding buluh dan beratapkan zink.
Waktu majlis muhadharah seorang guru kami menyebut "bahagia itu bukan kerana apa yang ada disekeliling kamu tapi apa yang ada dihati kamu, hati boleh menjadikan sekeliling kamu itu luas walaupun kamu berada ditempat yang sempit begitulah juga disebaliknya dengan syarat didalam hati kita ada Allah swt'.
'Selagimana kamu berada diatas jalan kebenaran, selagi itu kamu akan beroleh kebahagiaan, kamu akan dipelihara Allah swt, antara pemeliharaan Allah swt terhadap kamu ialah ia menjadikan hati kamu sentiasa berbahagia dengan kehidupan dunia meskipun kamu dihimpit dengan pelbagai ujian yang dilihat manusia lain sebagai kesusahan' katanya.
Saya membongkar buku catatan lama dan mencatat ayat yang dibacakan kepada kami dari Surah Yunus ayat 62-64 :
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآَخِرَةِ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (64)
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} diakhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
Pesannya lagi, 'bila balik nanti, semua kegembiraan kamu diPondok ni hanya menjadi kenangan sahaja, namun kebahagiaan itu tidak akan hilang dari hati kamu selagi kamu sentiasa patuh dan taat kepada Allah swt, orang yang melanggar perintah Allah swt pasti hatinya resah, walaupun nampak seperti gembira namun hakikatnya hatinya sentiasa resah dengan kehidupan dunia", katanya.
"ISLAM MEMIMPIN"
Catatan
URAJ
URAJ
No comments:
Post a Comment