Tuesday, October 23, 2018

Hujan lebat, air pasang besar Disember ini dijangka sebabkan banjir

Negeri Pahang sekali lagi terdedah dengan banjir penghujung tahun ini dengan fenomena air pasang besar berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Pahang.

Fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 24 hingga 26 Disember depan dikhuatiri mengakibatkan bencana banjir teruk di tiga daerah pesisir pantai di negeri Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.


Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, yang memetik laporan pihak Jabatan Meteorologi di mana turut meramakan hujan lebat di seluruh negeri Pahang bermula pertengahan Disember depan.

"Hujan lebat (musim tengkujuh) dijangka berlaku sehingga awal Januari. Paling membimbangkan ialah bacaan taburan hujan dalam tempoh setahun akan turun dalam tempoh singkat selama beberapa hari ketika air pasang besar itu berlaku," ujar Muhammad Safian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan semalam.

Petikan Kosmo ONLINE

No comments:

Post a Comment