Bukan PAS sahaja malahan gerakan Islam seluruh dunia berhadapan dengan mehnah kebencian musuhnya. Memilih melawan arus dasar yang bertentangan dengan Islam, meskipun terpaksa melawan dan merempuh tembok kuasa yang pastinya tebal dengan seribu kepayahan.
Pasti ini memelikkan manusia yang tidak memahaminya kerana mengikut arus itu lebih selamat dan berbaloi untuk dunia, paling tidak pun akan aman dari menjadi mangsa birokrasi. Namun PAS tidak memilih itu, PAS tetap memilih Islam sebagai dasarnya meskipun bersangatan laju arus yg menentangnya.
PAS tetap memilih Islam sebagai agenda utama perjuangannya, ini adalah paksi perjuangan PAS, PAS bukan seperti gasing tanpa paksi, yang pastinya liar melata, tanpa haluan, tidak berpusat matlamat perjuangannya, semuanya boleh demi membolehkan kemenangan, walaupun terpaksa melarahkan maruah dan prinsip, itu bukan PAS.
PAS tidak akan memajak gadaikan Emas Islamnya, Putrajaya tanpa tertegaknya hukum Islam bukan cagaran berharga untuk ditukarkan dengan prinsip Islami perjuangan PAS. Sebagaimana tawaran sebagai raja diMekah tanpa Islam, ditolak oleh Rasulullah saw, begitu juga PAS menolak Putrajaya tanpa Islam.
Kalau ingin bersama PAS, mesti turut sabar dengan prinsip perjuangannya, sekadar nak tukar ganti biawak hidup dengan buaya pemangsa, ini sia-sia, puluhan tahun PAS berjuang untuk gantikan sistem ciptaan manusia dengan ciptaan Allah swt, PAS tetap akan terus perjuangkannya sehingga satu masa nanti Allah swt berikan kemenangan.
Jangan pelik kalau PAS tidak bersama dengan BN, tidak juga bersama dalam PH, jangan terlebih pelik jika PAS tidak bersama sesiapa pun jika semua parti tidak bersedia untuk terima PAS sebagai parti yang perjuangkan Islam. PAS tetap akan menunggu masa menangnya, mungkin bukan sekarang, tapi PAS yakin dengan janji Allah bahawa Islam pasti menang.
URAJ
TANJUNG LUMPUR
No comments:
Post a Comment