Dengan kenyataan terbaru Datuk Saifudin Abdullah, ia
seolah-olah menjadi suntikan semangat kepada team Azmin yang sedang berhadapan
dengan team Rafizi dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR yang terus
mencuri perhatian ramai ketika ini.
Saifudin meskipun belum lama menyertai PKR, namun
dikatakan mempunyai sedikit sebanyak pengaruh yang boleh menguasai pemikiran
pengundi-pengundi dalam PKR dalam persaingan sengit ini.
Menteri luar itu dalam kenyataannya berkata, pengaruh
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memainkan peranan yang sangat penting dalam
kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14, menurut Datuk Saifuddin
Abdullah.
Beliau yang juga calon anggota Majlis Pimpinan Pusat
(MPP) PKR berkata, ini kerana nama Azminlah yang dijual sepanjang kempen untuk
memenangi sokongan rakyat.
"Antara fitnah yang dilontarkan BN ialah kita tak
mampu memerintah. Bila kita tonjolkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk
Seri Anwar Ibrahim pula (mereka) kata itu cerita lama. Saifuddin mendakwa nama
Mahathir dan Anwar ketika itu belum cukup untuk meyakinkan rakyat.
"Maka antara strategi kita untuk beritahu rakyat
kita mampu memerintah Putrajaya adalah kerana kita mampu mentadbir Pulau Pinang
dan Selangor dengan amat baik.
"Ke mana-mana kita bawa akhbar Selangorkini dan
nama yang kita jual untuk beritahu rakyat yang kita mampu memerintah dengan
baik adalah nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali," kata Saifuddin seperti
yang dipetik dari portal Malaysiakini.
PKR kini sedang menjalankan pemilihan parti yang mana
antara yang menjadi perhatian adalah perebutan kerusi timbalan presiden antara
Azmin dan Rafizi Ramli.
PKR Kelantan akan menjalankan pemilihan esok,
melibatkan 14 cabang.
Setakat ini baru dua negeri yang telah menjalani
pemilihan iaitu Pulau Pinang dan Johor. Azmin mendahului di kedua-dua negeri
itu tetapi dengan perbezaan undi yang kecil.
No comments:
Post a Comment