Tuesday, October 30, 2018

Lagi Sayed Saddiq dikecam dalam isu ketuanan Melayu

Selepas dipertikai dan dibantah pelbagai pihak, Menteri Belia dan Sukan Sayed Saddiq Syed Abdul Rahman terus dikecam termasuk Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Cendekiawan Melayu itu secara terang-terangan menasihatkan Ketua Pemuda Bersatu itu agar lebih baik tidak mengutarakan pandangan (diam) jika beliau sendiri tidak begitu memahami apa yang yang dicakapkan.


Dr Firdaus berkata, ketika bercakap tentang isu ketuanan Melayu, Sayed Saddiq bercakap tentang latar belakang sejarah dan cara dia bercakap seperti tidak mengetahui sejarah sepenuhnya.

Ini menggambarkan beliau mungkin tidak faham sejarah apa lagi menghayatinya. Maka adalah lebih baik agar dia tidak bercakap tentang perkara itu daripada tersalah cakap. Ada pepatah mengatakan ‘berfikirlah sebelum bercakap, jangan segala yang terfikir dicakapkan. Maksudnya, pastikan apa yang kita cakapkan itu, kita tahu maksudnya serta tahu kesannya, kata Dr Firdaus.

Sayed Saddiq sebelum ini menerima kutukan ramai termasuk daripada netizen berikutan penegasannya bahawa zaman ketuanan Melayu telah berakhir selain Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan dan perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan Bersatu.

Umum melihat, menteri muda yang baru dilantik Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU ke-14 lalu itu, seakan-akan telah terbuai oleh Dap dan perkara itu membahayakan partinya sendiri.

Kemungkinan partinya sendiri yang memiliki kerusi paling minoriti dalam gabungan berkenaan menyebabkan terpaksa ‘mengambil hati’ Dap selaku pemegang kerusi yang besar.

Dr Firdaus berkata, walaupun dia seorang pendebat yang bagus, tapi dalam hal ini, beliau dilihat tidak mencernakan beliau faham sejarah  dan tidak menghayati apa yang dia cakap, Lebih buruk, dia seakan-sakan sudah masuk perangkap DAP.

Justeru nasihat Dr Firdaus supaya jika Sayed Saddiq ada pandangan yang berbeza dengan orang lain, lebih baik dia tak usah cakap, pendam dan fikirkan dahulu.


No comments:

Post a Comment