Thursday, July 18, 2019

Tok Gajah naib juara Liga Super

Foto BERNAMA 
Akhirnya pasukan bolasepak Tok Gajah berjaya berjaya membenam pasukan corot Felda United 3-1 di stadium Darul Makmur malam tadi sekali gus menyamai rekod tahun lalu, iaitu tempat kedua dalam Liga Super, di belakang JDT.

Semua gol Pahang dijaringkan oleh awang import iaitu Lazarus Kaimbi pada minit ke-14,  Herold Goulon (minit 72) dan Nwakaeme pada minit ke 88.


Meskipun sudah terlepas Piala FA sebagaimana pencapaian tahun lalu setelah tunduk mengejut di tangan Perak dalam aksi separuh akhir, sekurang-kurangnya menjadi perangsang untuk mengharungi saingan Piala Malaysia bagi menamatkan aksi tahun ini.

Apa yang menjadi punca prestasi Pahang tidak menentu tahun ini ialah disebabkan mutu persembahan pemain mereka seperti “yo-yo”.

Kemunculan semula pemain sensasi ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme pada musim ini yang diharap boleh membantu Pahang menggenggam dua ke tiga piala, hanya bertahan sekitar empat ke lima perlawanan awal akibat sering dibelenggu kecederaan.

Dalam pada itu, Bernama memetik ketua jurulatih Tok Gajah yang mengakui pasukan bimbingannya kadang-kadang bermain dengan baik dan ada masanya seperti hilang punca...sistem permainan itu tidak kekal dan kelam kabut.

"Kita kena betulkan banyak lagi khasnya di bahagian pertahanan yang kurang memberi sokongan kepada bahagian tengah apabila diserang oleh Felda United," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

No comments:

Post a Comment