Monday, July 8, 2019

''Kenyataan menghina': Chef Wan dikecam

Kenyataan pertama IKON FELDA yang baru ditabal ditabalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan semalam, Datuk Redzuan Ismail atau Ch ef Wan, terus menerima kecaman terutama oleh netizen.

Menurut akhbar, selebriti dari Felda Sungai Koyan, Raub itu dianggap menghina warga Felda.



"Peneroka-peneroka FELDA adalah pemalas serta suka berkahwin dua atau tiga."

"Selepas berkahwin, peneroka "akan membiak seperti kucing"..

"Ramai peneroka sebenarnya adalah ulat bangkai (maggots) yang hanya tahu ambil duit kerajaan."

"Peneroka adalah golongan manusia yang tak reti bersyukur yang dilahirkan untuk jadi sampah dan sampai bila-bila pun mereka adalah sampah."

Ucapan keras itu mengejutkan para peneroka yang sudahlah ketika dirundung malang dengan pendapatan paling rendah dalam sejarah, berbanding kos hidup ketika ini.

Chef Wan dinobatkan dengan anugerah Ikon sempena hari peneroka 2019 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed, di Felda Selanchar 3.

Sebelum itu peneroka Felda dikatakan kecewa dengan idea PM dengan penyatuan tanah-tanah peneroka untuk dijadikan estet.

Sedangkan mereka berharap PM mengumumkan insentif atau ikhtiar baharu bagj meningkatkan pendapatan peneroka.

Rujuk:
https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/07/502537/showbiz-many-felda-settlers-lazy-breed-cats-chef-wan

No comments:

Post a Comment