Monday, July 22, 2019

Ustaz Rosli hadir solat jenazah tiga beranak rentung

Ustaz Rosli (berbaju Melayu ungu, kanan) 
bersama Mufti Pahang 
di sebelahnya
Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar hadir menunaikan solat jenazah tiga beranak yang rentung dalam kebakaran ngeri di perkampungan Sungai Isap 2 kira-kira jam 7.30 pagi pada Ahad.

Solat jenazah diadakan di Masjid Al-Falah, Sungai Isap diimamkan Mufti Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 

Kawasan tersebut termasuk di dalam Dun Tanjung Lumpur.


“Sayu rasanya....”, tulis beliau dalam status facebooknya.

Mangsa yang terkorban dikenali Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, serta dua anaknya Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhammad Adam Daniel, 7.

Tiga lagi yang berada di rumah itu ketika kejadian parah dan seorang cedera ringan, manakala seorang kanak-kanak berusia enam tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Tiga yang parah iaitu suami serta adik Sharifah Azlina, Hairol Khalid, 38, dan Syed Azman, 25 manakala seorang lagi, isteri Syed Azman, Norazilah Abdullah, 23.

Adik Norazilah, Nor Syawalina Abdullah, 19, pula mengalami kecederaan ringan manakala anak Syed Azman, Muhammad Alif Asyraf, tidak mengalami sebarang kecederaan..

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, siasatan awal mendapati tiga mangsa berada di dua bilik belakang rumah mereka dan dipercayai sedang tidur.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.47 pagi dan mengarahkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota ke lokasi kejadian.

Anggota bomba membawa tiga mangsa dalam kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2, dekat Kuantan, pagi tadi.

Jenazah dikebumikan di Chini.

No comments:

Post a Comment