Thursday, July 18, 2019

“Komunis dalam kerajaan” bergema di parlimen

Semalam, persidangan dewan parlimen terus mencatatkan rekod apabila berlaku kekecohan melibatkan pihak kerajaan dan pembangkang, berkaitan kenyataan mengelirukan dewan.

Peristiwa tercetus apabila ketua pembangkang Datuk Ismail Sabri Yaakob bangun mengusulkan untuk merujuk Ahli Parlimen Bagan yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


Ini berikutan tindakan mengelirukan dalam kenyataan 'merompak' oleh Guan Eng kepada kerajaan lama sedangkan laporan daripada PAC parlimen bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion dalam GST.

Namun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md. Yusof tidak membenarkan usul tersebut dan dilihat bersikap berat sebelah sehingga menimbulkan kekecohan. 

Pihak pembangkang sempat mencadangkan supaya Bagan menarik balik perkataan merompak itu, namun beliau tetap enggan dan speaker tetap menolak sehingga pertikaman lidah berlarutan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sempat bangun dan berkata...”kes rasuah dalam mahkamah pun boleh tarik balik...takkan perkataan ni tak boleh tarik balik”.

Seterusnya Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar bangun dan berkata...”saya pun boleh kata DAP komunis. Bagaimana ada komunis dalam kerajaan?”

Jerit menjerit terus berlaku sehinggalah dewan dihentikan.

No comments:

Post a Comment