Wednesday, July 17, 2019

Kes video seks: PKR diramal berdepan gelombang besar

PKR diramal bakal bergolak dan menghadapi gelombang besar berikutan kes video seks luar tabii yang didakwa melibatkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disebarkan sejak bulan lalu.

Tidak dapat dirahsiakan lagi, senario ini menyerlahkan kewujudan dua kem utama dalam PKR dan tidak mustahil parti memiliki paling banyak kerusi dalam PH itu berada di ambang retak menanti belah.


Terbaharu, Anwar memberi memberi pandangan kepada media bahawa orang nombor duanya itu perlu meletakkan jawatan. 

Memeranjatkan umum, Azmin pula bingkas meningkah supaya Anwar mencermin dirinya sendiri!

Sebelum itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin muncul dengan gesaan supaya pemimpin terpalit dengan pelbagai tuduhan bercuti sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Gesaan tersebut dibalas oleh Azmin yang menghentam Shamsul Iskandar supaya jangan menjadi munafik. Diikuti orang dari kem Azmin iaitu dua Naib Presiden PKR iaitu Tian Chua dan Zuraida Kamarudin.

Tian Chua menyifatkan gesaan Shamsul Iskandar sebagai mengelirukan, manakala Zuraida percaya perkara tersebut adalah tanda kepada sikap gelabah dan panik.

Abdullah Sani yang dikatakan pro-Anwar dalam kes ini, turut meminta Azmin bercuti.

Alhasilnya, dua kem kini berantakan.

Sementara itu, ada netizen yang mengambil kesempatan mengaitkan kes lihat Anwar dahulu, di mana Anwar yang sepatutnya bertindak meletakkan jawatan jika benar beliau terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu. 

Azmin adalah bekas pembantu kanan Anwar 20 tahun yang lalu. Anwar diperkirakan menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas dua tahun, menurut percaturan PH sebelum pilihan raya. Namun sejak menjadi kerajaan, Azmin dilihat lebih memihak kepada Mahathir.

Justeru itu, pelbagai andaian mulai bermain apa lagi jangka masa yang diberikan kepada tinggal setahun lagi.

Ini belum dikira lagi sokongan daripada parti Bersatu sendiri yang diketuai Mahathir, yang mahu beliau menghabiskan khidmatnya sepenggal.

Tampaknya, permainan ini bukan sahaja menggoyahkan PKR tetapi juga menggegarkan PH sendiri secara tidak langsung.

No comments:

Post a Comment