Wednesday, July 24, 2019

Kecoh ceramah Wan Ji tidak seperti laporan media pro-PH

Kekecohan di ceramah pendakwah kontroversi Wan Ji di masjid Ar Rahman Parit Melana, Melaka baru-baru ini sebenarnya berbeza daripa laporan media pro-PH.

Media menggambarkan seolah-olah kekecohan dan provokasi kononnya dicetuskan penyong-penokong PAS dan Umno, sedangkan sebaliknya ia dibantah oleh ahli kariah dan penduduk tempatan sendiri.  


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Alor Gajah  Ahmad Norazril Abd Aziz, dalam postingnya memberitahu, ceramah oleh bekas penasihat DAP itu telah dibantah sejak empat hari ceramah tersebut diadakan.

Katanya, pada 15 Julai satu hebahan di media sosial  atas nama dan kapasiti YB Sofi Wahab menjemput ceramah Wan Ji Wan Husin anjuran  Japerun Durian Tunggal di Masjid Ar Rahman Parit Melana.

Pada keesokan harinya, satu bantahan secara bertulis dan lisan disampaikan oleh NGO Ummah kepada pihak AJK masjid dan pihak masjid juga merasakan ceramah ini tidak sesuai diadakan di dalam masjid kerana kredibiliti Wan Ji yang menghina Raja Raja dan telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah.

Berikutan itu pada 17 Julai laporan polis keatas penganjur program untuk membatalkan atau menukar penceramah lain dan hampir 50 laporan polis dibuat rata-rata di kalangan anak kariah (penduduk Kampung), NGO dan parti politik. 

“Kemudian pada 18 haribulan, bantahan dari pegawai syarak dan AJK Masjid kepada Pihak Japerun mencadangkan utk menukar penceramah jika mahu program ini diteruskan. Ini juga telah dibuat melalui saluran yang betul.

“Malangnya pihak Japerun mendapatkan surat kebenaran bagi pihak Wan ji untuk meneruskan progran ceramah ini walaupun mendapat tentangan dari penduduk setempat dan anak-anak kariah sekitar kawasan masjid,” tulisnya.

Namun katanya, pada hari kejadian pihak Japerun menerusi YB Sofi Wahab angkuh dan bongkak membuat satu kenyataan di Facebook menyatakan progran ceramah ini akan tetap diteruskan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Inilah cerminan YB yang cuba bersandiwara dan cuba mendapat Publisiti Murahan

Tambahnya, pihak YB Sofi langsung tidak memberi ruang unuk berunding secara aman dan mwngunakan kuasa ( Boleh lihat di Video apabila beliau memanggil pihak berkuasa) menekan pihak berkuasa utk mengambil tindakan keatas mereka yang membuat bantahan

“Jadi disini boleh dilihat YB Sofi memang sebenarnya tahu dapat bantahan besar besaran oleh penduduk kampung, Kenapa tidak mengambil langkah awal untuk membatalkan ceramah?

“Sedangkan ceramah agama Syamsul Debat di Masjid Tun Khalil di Asahan tak dibenarkan oleh Ketua Menteri Melaka, maka dibatalkan terus. ceramah Agama Syamsul Debat di Gadek nak buat kat Balai Raya siap ADUN DAP report polis kenapa tak buat kat masjid. diteruskan tetapi Pengerusi MPKK dipecat.

“Bila Wan Ji datang dan tidak mendapat sokongan dr Ahli Kariah dan berbincang terlebih dahulu dgn Pengurusan Masjid.Surat Kebenaran Tauliah Khas dikeluarkan oleh Timb Mufti dan Ceramah diteruskan dgn Polis sebagai benteng....

“Jadi agama dan diskusi ilmu kena berpaksikan parti yang bersekongkol dengan pemerintah? Inikah Keadilan bawah PH? Atau memang ingin membuat publisiti murahan?”,  soalnya.



No comments:

Post a Comment