Berikut disiarkan kenyataan penuh Dewan Pemuda PAS
Perak
10 Julai 2019M | 7 Zulkaedah 1440H
PEMUDA PAS GESA EXCO DAP PERAK DIGANTUNG JAWATAN SEHINGGA
KES DAKWAAN ROGOL SELESAI
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN) memandang
serius dakwaan bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan
perbuatan jenayah merogol seorang pembantu rumah berwarganegara Indonesia di
rumahnya di Meru.
2.Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis
dan pihak berkuasa telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
DPPN Perak konsisten berpendirian ‘seseorang itu tidak bersalah selagimana
tidak dibuktikan ia bersalah.’ Institusi penguatkuasaan, Polis DiRaja Malaysia
(PDRM), Jabatan Peguam dan Mahkamah hendaklah bertindak tegas dalam memastikan
tiada campur tangan pihak berkepentingan.
3. Pendirian ini kami nyatakan sesuai dengan prinsip
Islam. Sekaligus DPPN Perak berharap Siasatan yang berlaku benar-benar adil dan
semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berwajib melakukan tugasan.
4.PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berprinsip dan
berintegriti memanfaatkan ruang demokrasi sebagai wasilah membangun Negara,
sentiasa ISTIQAMAH dengan prinsip ini. Bermula Kes berpofil tinggi Datuk Seri
Anwar Ibrahim sehingga kepada Kes Datuk Seri Najib, dan kini, Kes dakwaan
jenayah merogol oleh Exco Dap Perak. PAS tidak pernah meletakkan kebencian
melebihi keadilan.
5.Namun begitu, DPPN Perak berpendirian sekalipun masih
dalam siasatan, Integriti dan moral khususnya sebagai pemimpin Negeri hendaklah
dijaga dan dipelihara. DPPN Perak mengesa agar segala urusan kerja melibatkan
Exco Dap tersebut digantung serta merta sehinggalah kes dakwaan tersebut
selesai.
‘Wa’tasimu’
"Demi Islam”
"Islam Memimpin Perpaduan”
MOHD HAFEZ BIN SABRI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
No comments:
Post a Comment