Monday, July 1, 2019

Kes Salamiah: Ini tulisan anaknya

Solidariti Untuk Ibu

Tiga orang anak ibu membesar dan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Mentakab, malahan boleh bercakap cina dengan baik sehingga sekarang. Ibu sepuluh tahun menjadi pendidik di Sekolah Menengah Cina, jasa dan keringat ditabur tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama.

Apabila ibu bersuara dan memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan, terus didakwa sebagai seorang rasis, seorang yang anti kaum lain, terus dibuat laporan polis.

Kalau bercakap soal rasis:

Siapa yang menentang cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

Siapa yang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Siapa pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’?

Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, siapa telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

Dalam isu umrah di Makkah, siapa yang mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

Dalam isu aurat, siapa yang menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

Dalam isu murtad, siapa mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

Siapa yang kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi?

Belum lagi dikira isu kouta Matrikulasi, UITM, MARA, UEC dan pelbagai lagi.

Mungkin rasis ini dinilai kalau ia menyentuh puak dan kaum kita sahaja, kalau kita menyentuh sensitive kaum lain itu adalah cadangan dan idea.

Selamat membina Malaysia Baru, ayuh kita membina Malaysia Sejahtera. Moga dipermudahkan segala urusan ibu dunia akhirat.


No comments:

Post a Comment