Monday, July 8, 2019

Peneroka beredar ketika Tun M berucap rasmi Hari Peneroka

Riuh dan hinggar-binggar diperkatakan umum hingga kini apabila berlaku peristiwa memalukan di majlis perasmian sambutan hari peneroka Felda 2019 di Felda Selancar 3, Rompin semalam di mana warga Felda bertali arus keluar, seolah-olah memboikot ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berucap manakala Menteri Hal Ehwal Felda Azmin Ali diboo.


Namun detik-detik memalukan itu tidak disiarkan dalam mana-mana media cetak.

Info lain pula mengatakan, pejuang warga Felda sebelum ini, Mazlan Aliman, telah  berjaya membuatkan kehadiran dirinya tidak disedari oleh pihak-pihak yang ingin bersemuka dengan beliau bagi menuntut janji-janji yang dihamburkannya sebelum dan selepas PRU yang lalu.

Seorang penulis maya, Tok Zul dari Felda Soeharto, antara lain peneroka-peneroka bertindak demikian lantara menzahirkan protes terhadap ucapan PM. Peneroka hadir untuk mengharapkan sesuatu pengumuman yang baik dan bersifata harapan, namun kali ini diumumkan pula bahawa kerajaan mahu ‘mengambil’ tanah peneroka untuk dijadikan estet.

Sangka bila Tun datang dan berucap di majlis Hari Peneroka, beliau akan mengumumkan idea baru tapi apa yang berlaku ialah dia lebih kepada mahu mewujudkan sebuah sistem estet yang mana warga Felda perlu bekerja mengikut sebagaimana pekerja ladang.

Seorang generasi kedua Felda pula mendakwa, dahulu Tun Mlah yang pernah mewujudkan sistem saham didalam tetapi gagal dan kini kaedah yang mahu beliau bawa adalah dengan cara tanah mereka dipajak kepada satu pihak dan peneroka perlu berkerja dengan pihak tersebut.

Ini bukan penyelesaian masalah yang wujud sejak kerajaan PH memerintah Malaysia.Apa yang harus dia dan Kementerian yang menguruskan Felda lakukan adalah melibatkan agensi tersebut dalam setiap perjanjian jual-beli minyak sawit dan juga menggalakkan pelaburan untuk industri hiliran berkaitan minyak sawit.

Baginya, beliau melihat Mahathir hanya memihak kepada konglomerat bangsa Cina dan sanggup mewujudkan semula sistem orang tengah yang menindas bangsa Melayu!

No comments:

Post a Comment