Friday, July 5, 2019

Mujahid dah tiada modal?

Gambar hiasan 
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di akhbar pada Khamis, yang menegur pemimpin PAS menggunakan hadis berkaitan isu perisytiharan harta dengan mengaitkannya sebagai ‘perbuatan jejaskan imej islam’, bolehlah dianggap sebagai ‘dah kehabisan modal’.

Apa? Memanglah hadis itu salah satu panduan kita. Takkan nak guna akal semata-mata dalam segala pertimbangan. Biasanya ulamak bercakap ada sandarannya.


Apa yang tidak disebut, ialah bahawa usul berkaitan perisytiharan harta itu tergesa-gesa dan tiada notis peraturan mesyuarat. Lebih teruk lagi usul ini tiada aktanya. Sepatutnya sediakan aktanya dulu, barulah dilihat seriusnya.

Jadilah kabinet dan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) ini seperti ‘main pondok-pondok’.

Jika nak diikutkan menjejaskan imej Islam, perbuatan Mujahid sendiri yang menormalisasikan etnik Uighur China sebagai         “pusat latihan dan vokasional” bagi masyarakat Uighur di Xinjiang lebih memalukan. Sedangkan realitinya adalah pusat tahanan dan penindasan kepada etnik tersebut. Sehinggakan rata-rata mengkritik anak mantan Mursyidul Am PAS ini.

Lebih buruk lagi, unjuran beliau puak transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebelum itu lagi memalukan. Malah umat Islam rasa terhina dengan seolah-olah satu pengiktirafan kepada kumpulan yang sepatutnya dinasihatkan supaya bertaubat itu.

Umum masih ingat lagi, bagaimana Mujahid menjelaskan konsep “Hifzuddin” atau   “memelihara agama” ini ialah dengan menjaga semua agama di negara ini. Dengan kata lain, agama penyembah berhala dan pihak yang menyengutukan Allah itu turut dipelihara! Begitukah? Keliru habis umat Islam, bukan setakat non-muslim sahaja yang terkeliru.

Bukan setakat itu, rakan sementeri Mujahid iaitu Khalid Samad juga pada satu perhimpunan Amanah pernah membayangkan nabi pun mungkir janji, bagi menghalalkan tindakan tidak memenuhi janji manisfesto yang dihamburkan sebelum PRU 14 yang lalu.

Itu satu hal, pada hal yang lain pula Mujahid juga patut sedar dengan Mat Sabu selaku bosnya yang dalam satu sidang antarabangsa berkata “we can’t fight them...”  berkaitan keupayaan pasukan tentera Malaysia.

Sepatutnya inilah yang Mujahid lebih aula untuk menegur kerana jelas menjejaskan imej anggota tentera negara serta rakyat negara ini.

Janganlah bak kata pepatah, menegur calar orang bagai terlupa pekung sendiri!

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment