Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang kali Pertama sesi
2019-2021 pada Sabtu menyaksikan pelantikan beberapa muka baharu bagi mendepani
perjuangan mendatang. Dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Pesuruhjaya yang
baru dilantik, YB Haji Rosli bin Abdul Jabar, memutuskan Timbalan Pesuruhjaya Zon
Tengah diamanahkan kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri pada sesi lalu, Hasenan Haron
menggantikan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Md Jusoh Darus.
Tempat Hasenan yang mesra dengan panggilan Cikgu Nan,
digantikan dengan timbalannya Hamdan Abdullah.
Manakala Setiausaha Perhubungan yang telah berkhidmat
pada beberapa sesi, Roslan Zainal digantikan dengan Ketua Penerangan sebelum
ini Hassanuddin Salim.
Tempat Hassanuddin digantikan oleh YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya
yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar..
PAS Pahang juga mendapat Bendahari Perhubungan yang
baharu dijawat oleh YB Ustaz Shahril Azman Abd Halim menggantikan Musaniff
Abdul Rahman.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perhubungan juga
menyaksikan kemunculan beberapa muka baharu yang diyakini mampu membawa cabaran
lebih besar khususnya menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15 akan datang.
Berikut adalah senarai penuh pasukan yang akan disertai
Yang Dipertua dan Setiausaha kawasan-kawasan:
Jawatankuasa Harian Negeri
1. Pesuruhjaya: YB Haji Rosli bin Abdul Jabar
2. Timbalan Pesuruhjaya - Zon Timur: YB Haji Andansura
bin Rabu
3. Timbalan Pesuruhjaya - Zon Tengah: Tuan Haji Hasenan
bin Haron
4. Timbalan Pesuruhjaya - Zon Barat: Ustaz Yohanis bin
Ahmad
5. Setiausaha Perhubungan: Encik Hassanuddin bin Salim
6. Ketua Dewan Ulamak: YB Ustaz Zuridan bin Mohd Daud
7. Ketua Dewan Pemuda: YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad
Badarddin
8. Ketua Dewan Muslimat: Puan Hajah Salamiah binti Mohd
Nor
9. Bendahari Perhubungan: YB Ustaz Shahril Azman bin
Abd Halim Al-Hafiz
10. Ketua Penerangan: YB Ustaz Mohd Tarmizi bin Yahaya
11. Pengarah Pilihan Raya: Tuan Haji Hamdan bin
Abdullah
3 Orang Penolong Setiausaha
1. YB Sofian bin Abdul Jalil
2. Encik Mohd Notfi bin Ibrahim
3. Encik Mutacohirri bin Ludin
7 Orang AJK Tambahan
1. Ustaz Mohd Hazmi bin Dibok
2. Puan Rohaya binti Razali
3. YB Ustaz Mujibur Rahman bin Ishak
4. Cikgu Wan Mahadir bin Wan Mahmud
5. Encik Musaniff bin Ab. Rahman
6. Ustaz Kamal bin Ashaari
7. Akan dilantik kemudian
No comments:
Post a Comment