Wednesday, July 3, 2019

Sisi positif, negatif had umur mengundi turun ke 18 tahun.

Oleh ALANG IBNU SHUKRIMUN 

Dengan mentaliti anak muda hari ini, tentunya ia satu cabaran besar bagi menentang hegemoni PH.

Tetapi percayalah, teras kekuatan Islam sejak zaman berzaman juga adalah anak muda. Lebih muda dari 18 tahun. Ali Abi Talib, Mus'ab bin Umayr, Zubair bin al-Awwam, Anas bin Malik, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abdullah bin Mas'ud Aisyah binti Abu Bakar . Mereka semua bersama Islam sebelum mencapai umur 18. Bahkan ada yang belum baligh ketika menerima hidayah!



Daripada banyak sisi negatif, perlu juga dilihat sisi positif. Usia muda adalah peringkat manusia memiliki tahap kecerdasan akal paling tinggi. Mereka juga masih belum punya apa-apa kepentingan dalam setiap perkiraan.

InsyaAllah sekiranya orang muda diberi kesedaran yang sepatutnya, mereka lebih mudah menerima kebenaran berbanding orang tua yang sudah punya pendirian, ego dan kepentingan tersendiri.

Pandu mereka dengan ilmu yang betul. Bukan sekadar mengajak mereka kepada hiburan dan permainan sahaja. Mustahil mereka akan sokong kita kerana semua itu, kerana mereka boleh dapat yang lebih lagi di tempat lain.

Jangan lawan hedonisme dengan hedonisme. Jangan lawan hedonisme dengan pop-Islamisme. Lawanlah dengan cara sunnah yang sebenar.

Tunjukkan mereka cara berfikir dengan baik. Tidak perlu terlalu mengongkong. Bebaskan akal mereka dari kongkongan ideologi yang sesat. Akhirnya biarkan akal mereka sendiri yang tentukan mereka mahu bersama siapa.

Apa yang penting, sentiasa optimis walaupun zahirnya negatif. Terima cabaran dengan penuh berani. Dengan kuasa tuhan, tiada yang mustahil.

(Alang Ibn Shukrimun)
3 Julai 2019
30 Syawal 1440


No comments:

Post a Comment