Langkah Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof menegur
Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa supaya lebih berhati-hati
mengeluarkan kenyataan berkaitan agama agar tidak disalah tafsir, adalah tepat
(lihat Sinar Harian hari ini).
Ini kerana bukan sekali, malah telah berkali-kali Ahli
Parlimen Parit Buntar itu mengeluarkan kenyataan yang berbaur kekeliruan dan
kontroversi sehingga meresahkan umat Islam.