Sunday, September 30, 2018

Mantan Adun Tahan meninggal dunia


Bekas Adun Tahan selama dua penggal  Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, 46, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.30 petang tadi di Sri Lanka.

Difahamkan, beliau berada di sana kerana untuk menjalani rawatan penyakit-penyakit yang dihidapinya.

Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dalam postingnya menulis: "Saya telah dimaklumkan sebentar tadi bahawa Dato' Seri Wan Amizan b. Wan Abdul Razak (Mantan ADUN Tahan) telah meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Sri Lanka. Bagi pihak PAS Dun Tahan, saya mengucapkan takziah kepada keluarganya di atas pemergian beliau.

PRK PD: Para ustaz, cukuplah bagi pelbagai alasan!

Seruan kepada para asatizah!

1.Saya dengan rendah diri menyeru kepada semua ustaz-ustaz dan alim ulama yang cintakan Islam dan risau sangat tentang situasi aqidah serta nasib Islam di tanahair ini agar turun berkempen di PD bagi kemenangan PAS.
 
2.InsyaAllah PAS akan terus istiqomah perjuangkan Islam walau apa badai dan rintangan sekalipun. 

Saturday, September 29, 2018

PRK PD Ibu segala PRK

✳ *PRK PORT DICKSON IBU SEGALA PRK*

1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai 'Ibu Segala PRK', berasaskan kedudukannya yang bakal menentukan pimpinan utama negara. Berdasarkan hakikat tersebut, tidak tepat untuk membandingkan PRK Port Dickson ini dengan PRK-PRK yang berlangsung sebelum ini, seperti Seri Setia dan Sungai Kandis.

2. Selain daripada berbeza dari segi dampaknya terhadap lanskap politik negara, PRK Port Dickson ini diadakan di luar Selangor dan di luar kawasan bandar. Berbanding dengan PRK-PRK sebelum ini, berlaku di kawasan kuat Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, PRK kali ini berlangsung di kawasan campuran bukan sahaja dari segi kaum tetapi juga dari segi kekuatan parti.

Friday, September 28, 2018

Kenapa PAS sertai PRK Port Dickson?

Minda Anak Muda: Kenapa PAS sertai PRK Port Dickson?

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI  

DARI segi logiknya tidak perlu kepada PAS untuk menyertai pilihan raya kecil ini kerana ia adalah satu PRK yang tidak ada keperluan. Kebiasaannya PRK diadakan kerana sebab-sebab yang tertentu seperti kematian wakil rakyat atau kehilangannya yang memerlukan kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat lain untuk mengantikannya. Dalam konteks parlimen Port Dickson, wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU14 lepas masih lagi sihat walafiat dan sangat sesuai untuk mewakili suara rakyat khususnya Angkatan Tentera Malaysia kerana rata-rata penduduk di situ terdiri daripada tentera sama ada yang masih lagi bertugas ataupun yang sudah bersara.

Thursday, September 27, 2018

PRK PD : LT Kol (B) Nazari lawan Anwar

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PORT DICKSON : PAS mengumumkan bekas anggota tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar calon bagi PRK Parlen Port Dickson (PD) bagi menentang Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk PAS PRK Port Dickson di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Naib Presiden, Dato Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyudin Hassan, Pesuruhjaya Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun, dan saf pimpinan sayap pemuda, muslimat serta ulamak.

PAS bertanding di PRK Port Dickson

Oleh  NASRUDIN BIN HASSAN
         Ketua Penerangan PAS Pusat.

PAS telah memutuskan untuk meletak calonnya dalam PRK Port Dickson.

PAS tidak sependapat dengan UMNO dalam hal meletak calon di PD. Ini menunjukkan PAS ada prinsip dan pendirian tersendiri berasaskan perjuangan Islam yang didukung dan PAS tidak terikat dengan pihak lain.

Kerjasama PAS dengan pihak lain termasuk UMNO selama ini adalah atas dasar kerjasama untuk kebaikan dan taqwa.
(وتعاونوا على البر و التقوى)

Wednesday, September 26, 2018

Siapa yang jahil, Dr Zakir atau Dr Mujahid?

Oleh SALMAN ALI

Apabila Dr Mujahid sifatkan dakwah cara Dr Zakir Naik dengan merendahkan agama lain tidak sesuai di Malaysia, saya terfikir akan tiga kemungkinan.

Samada Dr Mujahid jahil tentang konsep dakwah pada Nabi, 

Ataupun beliau sengaja mencalitkan kejahilan kepada diri sendiri buat menagih sokongan orang bukan Islam 

Ataupun beliau berasa prinsip dakwah yang ditekankan oleh kesemua setiap seorang dari pada Nabi, Bahkan kesemua ayat-ayat Alquran tentang dakwah sudah tidak sesuai di Malaysia.

Ada peliwat disuruh tutup tahfiznya, ada peliwat dijulang partinya

Heboh isu seorang yang dituduh meliwat pelajar-pelajar tahfiz begitu dihangatkan sehingga pihak kerajaan dan agen-agennya begitu beria-ia menyalahkan dan mengarahkan pusat tahfiz ditutup serta-merta.

Perbuatan meliwat sememangnya terkutuk dan sepatutnya beliaulah yang bersalah kenapa dilibatkan pusat-pusat tahfiz seolah-olah sebagai pusat jenayah?

Tuesday, September 25, 2018

“Memang jasadnya miskin tapi berjiwa jutawan”

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Hanya kerana RM20 untuk disedekahkan membeli ayam Walimah Perdana Dun Tanjung Lumpur, dia sanggup menunggu saya didepan rumah. Dia menghidap lelah dan kencing manis, dah berusia 70an, datang kerumah saya bermotorsikal hampir 3 kilometer dari juga rumahnya. Dulu-dulu saya selalu ke rumahnya mengambil buah jambu.

Agak lama juga tidak bertemunya. Keluar dari rumah semalam untuk ziarah kawasan, nampak dia menunggu sambil duduk atas motorsikal. Terkejut saya dibuatnya. Selepas bersalam dia memeluk saya, "lama tak jumpa Ustaz". "Kenapa tak panggil saya, dok kat luar jer", tanya saya "takpelah Ustaz, bukan nak lama pun, kejap jer, nak balik dah ni, nak cucuk ubat pulak", katanya.

Monday, September 24, 2018

Langkah PD Anwar tidak perlu – Nasrudin Tantawi

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menganggap Langkah PD yang membawa kepada PRK Port Dickson bagi membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen seterusnya menjadi Perdana Menteri ke 8, sebagai tidak perlu.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Temerloh, dalam tulisan terbarunya memberi alasan bahawa kedudukan kewangan negara sebagaimana didakwa dan pembaziran wang rakyat adalah bagi merasionalkan pendapatnya.

Friday, September 21, 2018

Masih guna air sungai selepas 61 tahun merdeka



Seperti yang dinyatakan dahulu, Dun Tahan yang diwakili Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin merupakan kawasan terbesar dan paling ulu di Pahang.

Mengelilingi dalam Dun sahaja membolehkan kita melakukan Solat Qasar dan jamak kerana jaraknya yang jauh merangkumi Ulu Tembeling dan Taman Negara.

Semalam (20 September) Ustaz Zakhwan berangkat lagi bagi meninjau kawasan paling terasing ‘puncak air leleh’ yang diwakilinya.

Rupa-rupanya dah 5 kali PKR paksa kosong kerusi!

Fakta penyandang kerusi Yang Berhormat yang dipaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh tertentu, rupa-rupanya telah lima kali berlangsung. Terbaharu ialah ‘Langkah Port Dickson’ di mana Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan bertanding.

Perkara ini dingat dan diulang kembali oleh seorang penulis maya iaitu Hanisya Abdul Hamid yang dulunya merupakan aktivis PKR.

Thursday, September 20, 2018

Veteran PAS tertua meninggal dunia

Ahli PAS antara yang tertua di Temerloh, Osman bin Awang Janai, 93 tahun kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.05 awal pagi tadi dipercayai sakit tua.

Terkenal dengan panggilan Pakteh Seman tinggal di Kampung Paya Luas (belakang Hoshas), aktif bersama PAS sekitar tahun 1970-an terutama semasa di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Ishak Abdullah hingga 90-an.

Wednesday, September 19, 2018

Biar hanya pimpinan tertinggi bercakap soal dasar parti

Saranan Ustaz Zuridan Mohd Daud yang mewakili negeri Pahang ketika membahaskan Ucapan dasar Presiden dalam muktamar yang baru berlalu, patut benar-benar dihayati ahli-ahli PAS terutama pimpinannya.

Antara lain beliau yang juga Adun Damak itu, menyarankan agar kenyataan yang berhubung kait dengan dasar, pendekatan dan strategi parti mestilah diucapkan oleh pimpinan tertinggi sahaja supaya ianya tidak mengelirukan ahli-ahli bawahan.

Selepas Mustapa Anifah pula keluar Umno

Bagaikan satu trend, kini bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Utusan Online, surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Mustapa Mohamed dijangka sertai Bersatu turuti sifunya

Ahli Parlimen Jeli Tan Sri Mustapa Mohamed yang mengisytiharkan keluar daripada Umno semalam dijangka akan menyertai PBBM atau Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir dan juga Tan Sri Muhyidin Yasin.

Ini berdasarkan pandangan Dato Wira Othman Abdul Mantan Ahli Parlimen Pendang yang mendakwa sebagai rakat yang amat akrab dengan Mustapa yang terkenal dengan panggilan Tok Pa di Kelantan,

Tuesday, September 18, 2018

Tan Sri Mustapa keluar Umno

*KENYATAAN MEDIA: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO*

1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.

Hasil desakan akhirnya Speed 99 henti jual arak

Pasar Raya Speedmart 99 yang baru dibuka di Taman Temerloh Jaya akhirnya akur dengan desakan orang ramai dan bantahan jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya yang tidak mahu penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam itu diteruskan.

Sebelum ini, laman ini turut menyiarkan cerita penjualan arak di sebuah kedai Serbanika di Temerloh Jaya di mana taman perumahan tersebut merupakan kawasan perumahan terbesar berhampiran bandar Temerloh dan lebih 95 peratus merupakan penghuni Melayu dan Islam.

Wartawan Metro meninggal dunia.

Wartawan sambilan Harian Metro di Kuantan, Shahrul Nizam Mohamad, 37 ditemui meninggal dunia di hadapan rumahnya di Indera Mahkota di sini, petang semalam.

Mayat mangsa ditemui terbaring oleh jiran kira-kira jam 6.30 petang sebelum menghubungi polis.

Mangsa yang mesra dengan panggilan Joni meninggal dunia dipercayai akibat serangan asma.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia empat dan dua tahun.

Jenazah mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).  SH

Joni bersama anak kecilnya


Saturday, September 15, 2018

10 arahan dari Presiden PAS

*TINDAKAN BERSAMA (SEPULUH ARAHAN)*

*Pertama*, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-Dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema "ISLAM MEMIMPIN”, seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.

*Kedua*, Pentarbiahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan. Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.  

Istana Terengganu pula mangsa fitnah Sarawak Report

*KENYATAAN MEDIA*
*DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA*
*15 September 2018 | 5 Muharam 1440*

*"FITNAH SULTANAH: GESA TINDAKAN TERHADAP SARAWAK REPORT"*

1. Kebebasan bersuara telah diseleweng secara ekstrem dan kotor oleh _The Sarawak Report_ yang kekal menjadikan fitnah sebagai karya utama dan siaran di media itu. Fitnah terbaharu mengaitkan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menjadi satu lagi propaganda jahat terhadap Institusi DiRaja.

Friday, September 14, 2018

Gangguan bekalan air dibKuantan Rabu ini

Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Kuantan Rabu, 19;harbulan September bermula lapan pagi 12 tengah malam.

Ini disebabkan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran  sistem elektrik di Rumah Pam Kobat. Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan terlibat adalah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah,  Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan dan kawasan sekitarnya. 

Sepatutnya Mazlan, bukan Khor - Generasi

Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) menyifatkan pelantikan Datuk Khor Chin Poey sebagai Pengerusi Felda Technoplant (FTP) mengejutkan warga Felda selaku estet Melayu terbesar itu.

Pengerusi NGO yang memperjuangkan hal ehwal Felda dan peneroka itu, Ustaz Roslan Md Esa berkata, ini kerana sebelum ini terdapat NGO yang juga proksi kepada PH lebih cenderung untuk memansuhkan Felda Technoplant namun sebaliknya, kerajaan PH telah melantik pengerusi baharu yang bukan dari kalangan orang Melayu.

Thursday, September 13, 2018

Dari Muktamar Pemuda PAS: Ucapan perasmian Timbalan Presiden

PAS melahirkan rasa dukacitanya berkaitan tindakan kabinet kerajaan Pakatan Harapan yang mengkritik hukuman  sebat terhadap pasangan lesbian oleh Mahkamah Syariah Terengganu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya kerajaan menyokong tindakan yang ada kerana ia adalah satu pelaksanaan kepada undang-undang yang sedia termaktub.

Pencemaran buat Lata Meraung kini sepi pengunjung


Pusat perkelahan dan rekreasi terkenal Lata Meraung di Jerantut dahulunya menjadi sebutan ramai kerana keindahan panorama sekitarnya, kejernihan airnya serta keheningan suasananya yang begitu mengasyikkan.

Terjunan airnya  yang menerjah batu batan serta bunyi cengkerik dan unggas liar sebagai melodi alam pula umpama menggamit dan menyambut para pengunjung ke destinasi kurang lebih 16 kilometer dari bandar Jerantut itu untuk berpesta dan mandi manda. Ia menjadi tumpuan pengunjung sejak ia dibuka pada tahun 1991.

Airnya yang dingin pula membuatkan seolah olah mereka yang bertandang dari seluruh negara tidak puas-puas  bertumpu dan bercanda terutama pada setiap hari cuti persekolahan.

Wednesday, September 12, 2018

Demi jimat wang rakyat, apa kata Anwar jangan bertanding?

Setelah berminggu-minggu spekulasi berlegar, akhirnya hari ini diketahui Presiden (menang tanpa bertanding) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.

Ia diumumkan sendiri oleh ahli sendiri, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persediaan untuk beliau menjadi perdana menteri.

Perjanjian yang dimeterikan PH sebelum PRU yang lalu ialah Tun Mahathir akan mengetuai kerajaan selama dua tahun dan selepas itu jawatan berkenaan akan diserahkan kepada Anwar.

Dato' Faisal meninggal dunia

Bekas Adun Beserah Dato' Haji Faisal Haji Abdullah, 71, kembali kerahmatullah awal hari ini.

Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid Medan Tok Sira, Kuantan untuk dimandikan, kafan dan Solat jenazah kira-kira jam 10 pagi tadi, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Hutan Setali.

Turut berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Saturday, September 8, 2018

Bina Rumah Makmur dialu-alukan

Usaha Kerajaan Pahang untuk membina Rumah Makmur sebanyak 4,000 buah rumah dalam tempoh lima tahun bagi golongan rakyat Pahang yang berpendapatan rendah dan sederhana memang sepatutnya dipuji dan disokong kerana memiliki rumah sendiri merupakan impian dan cita-cita semua orang khususnya pasangan yang telah  berumahtangga. Ini disebabkan keperluan tempat kediaman ini sama pentingnya selepas keperluan makan dan pakai.

Kerajaan Pakatan Harapan Semakin Melampaui Batas

Antara asas tertubuhnya Negara Malaysia ini ialah prinsip Federalisme iaitu persekutuan yang menggabung kesemua 13 Negeri dan Wilayah.

Perlembagaan Malaysia yang merupakan dokumen perundangan tertinggi negara ini dengan terang lagi jelas menyatakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi tiga senarai perundangan iaitu;
Senarai I—Senarai Persekutuan
Senarai II—Senarai Negeri
Senarai III—Senarai Bersama
Bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara, kedua-dua belah pihak iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab melaksanakan bidang kuasa masing-masing dan tidak melampaui had bidang kuasa yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan.

Thursday, September 6, 2018

Ikut jejak Terengganu kes sebat lesbian: PAS Pahang sokong Pengarah Jaip

Ekoran daripada tindakan Jabatan Agama Islam Terengganu yang telah melaksanakan hukuman sebat di hadapan ramai ke atas pesalah pasangan lesbian baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai polemik, namun ianya juga mendapat pandangan yang positif di kalangan masyarakat termasuk yang bukan Islam.

PAS Pahang menyokong sepenuhnya kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Muhamad Noor Abdul Rani yang membayangkan untuk mengikuti tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu dan mengharapkan ianya dapat menjadi kenyataan dan disegerakan.

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada ketika ini didapati semakin bertambah dan berani. Ini adalah senario yang sangat membimbangkan dan ini juga bukti bahawa hukuman yang dikenakan keatas mereka selama ini kurang memberi kesan malah perlu kepada perubahan hukuman yang lebih berkesan.

Wednesday, September 5, 2018

Warga emas sebatang kara terharu dapat rumah

“Terima kasihlah kerana tolong bina rumah saya YB (Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak)...hanya Tuhan sahajalah yang dapat membalas...”

Demikian luah seorang warga emas yang tinggal sebatang kara di sebuah pondok sangat daif dan hampir reput di Kampung Kandis, seberang Chenor, Maran ketika ditemubual.

“Alhamdulillah...terima kasih...sekarang masa saya untuk bekerja”

Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, menyambut kemenangannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan penuh kesyukuran.

Katanya, petisyen Pilihanraya DUN Tahan yang dikemukan oleh bekas calon BN Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak,  ditolak oleh mahkamah dengan kos RM10,000 kepada setiap Responden.

“Saya dengan rasa penuh kesyukuran mengucapkan jutaan terima kasih buat barisan peguam yang diketuai oleh Tuan Mohd Harris Abdullah dan pasukannya, para pimpinan PAS Negeri Pahang YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, YB Andansura Rabu, Ustaz Yohanis Ahmad dan semua ahli-ahli PAS serta para penyokong yang siang malam mendoakan saya dan PAS sejak dari mula proses perbicaraan hingga ke hari ini.

Dun Tahan kekal milik PAS

Beliau kini berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar perbicaraan terhadap petisyen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang difailkan oleh calon BN yang juga bekas Adun Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak bagi kerusi berkenaan.

Petisyen berkenaan dibuat bantahan awal oleh Adun Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin di Mahkamah Temerloh melalui peguam Mohd Harris Abdullah serta rakan-rakannya.

Tuesday, September 4, 2018

YB turun gotong royong rumah mangsa ribut di Chenor

Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak hari ini turun ke  RPSB Bukit Kening di sini bagi menyertai gotong royong membaiki atap rumah Puan Rohayah binti Dullah, 55 tahun, yang terlibat dilanda ribut baru-baru ini.

Rohayah merupakan seorang ibu tunggal yang tidak bekerja dan pendapatannya hanya bergantung kepada bantuan bulanan JKM sejumlah RM 200.00 sebulan.

Monday, September 3, 2018

Adun Jengka rasmi pejabat baharu Agensi Etika Takaful

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim pada Ahad telah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan pejabat baru Etiqa Takaful dan Insurance di Bandar Tun Razak Jengka, iaitu bersebelahan dengan klinik Dr Suhaizat.

Isteimewanya syarikat Etiqa ini bukan hanya fokus kepada aktiviti perniagaan sahaja, malah bertanggungjawab juga mengadakan pelbagai bentuk program kebajikan.

Sunday, September 2, 2018

Adun Chenor, Luit turun bantu mangsa ribut

Ribut serta angin kencang yang melanda negeri Pahang ketika ini sejak sebulan lalu sungguh menggerunkan kerana akibatnya merosakkan harta benda terutamanya kediaman penduduk.

Malapetaka ini menjadi ujian kepada Adun-Adun PAS baru beberapa bulan mengangkat sumpah bagi menangani masalah.

Antara yang terlibat ialah Dun Tahan di Jerantut, Dun Beserah di Indera Mahkota, Dun Luit dan Jengka di Maran serta Dun Chenor juga di daerah yang sama.

Dun Chenor antara yang banyak menghadapi musibah ini. Semalam Adunnya Ustaz Mujibur Rahman Ishak menziarahi rumah Puan Jamilah Mat Bakar, 74 tahun, di Kampung Nyak, Seberang Chenor yang dilanda taufan baru-baru ini sehingga memusnahkan hampir 100 peratus bumbung rumah serta strukturnya.

Saturday, September 1, 2018

Merdeka: Peranan ulamak disembunyi

PERANAN ULAMA DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN TANAHAIR YANG DISEPIKAN SEJARAH

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Euforia gembira dan keghairahan menyambut kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos separuh hambar , kibaran bendera oleh rakyat sangat dingin walaupun berlaku perubahan kerajaan pada PRU yang lepas. Jauh berbeda dengan semangat patriotik rakyat negara lain dalam menyambut tanggal penting kemerdekaan tanahair mereka. Kesilapan paling besar regim pemerintah ialah tidak meluruskan sejarah perjuangan kemerdekaan. Hanya kelompok nasionalis kanan yang dibesarkan sumbangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dengan menafikan peranan Islamis dan para alim ulama.  

Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Antaranya gerakan perlawanan menentang penjajah yang berlaku di Kelantan oleh Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) pada tahun1915, juga kebangkitan ulama dalam menentang penjajah Barat di Terengganu pada1928 yang di pimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong beserta gerakan Sarekat Islam Terengganu yang mengibar bendera Khilafah Uthmaniah.