Thursday, June 28, 2018

Apakah 8 Adun PAS akan dapat peruntukan?

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang masih belum bermula lagi, meskipun PRU 14 telahpun 49 hari berlalu.

Jika di peringkat Pusat kerajaan telah bertukar tangan, di Pahang kerajaan negeri masih diterajui BN dengan kerusi yang berkurangan tanpa majoriti dua pertiga. Daripada 42 kerusi, 17 dimenangi PAS (8), Dap (7) dan PKR (2).

Seperti yang diketahui umum, negeri Pahang sebelum ini tidaklah menjana pendapatan dan hasil yang tinggi malah hutang pula dikatakan telah menjangkau dua bilion ringgit. Dengan lain-lain perkataan, Pahang bukanlah sebuah negeri yang kaya. Jika Terengganu dan Kelantan (kedua-duanya dari PAS) baru-baru ini bertemu Perdana Menteri Tun Mahathir untuk menuntut janji manifesto supaya mengembalikan wang royalti petroleum, sebaliknya Pahang tiada hak berbuat demikian.

Lalu bagaimana jangkaan perjalanan kerajaan selepas ini?

Zikir UG yang telah tiada fadilatnya

Oleh ROSLI ABDUL JABAR


Kalimah UG menjadi amalan zikir hari an, sepertinya amalan wajib atau setidaknya sunat muakad oleh pimpinan dan penyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU 14, kini di waktu pascanya zikir itu kian sayup dan ghuyub, tidak lagi jadi amalan, mungkin kini dah jadi bidaah tak ada fadhilatnya.

UG difahamkan maknanya oleh PH pada rakyat ialah PAS nak masuk UMNO, segala dalil dan bukti merapu digunakan untuk sahkan zikirnya adalah soheh. Pakaian Datuk Seri Tuan Guru Presiden sedondon dengan DS Najib, PAS sepentas dengan DS Najib dalam solidariti Rohingya dan macam-macam lagi dalil merapunya.

Tuesday, June 26, 2018

Adun Panching ziarah kanak-kanak paru-paru bernanah

KUANTAN: Nasib adik Muhammad Hisyamuddin berusia tiga  tahun setengah yang menghidap paru-paru bernanah sejak bayi lagi, mendapat perhatian Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahya.

Ustaz Tarmizi bersama Sekretariat Pusat Khidmat  Adun menziarahi Muhammad Hisyamuddin di Taman Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Rangin semalam dengan menyampaikan sedikit bantuan.

Monday, June 25, 2018

61 tahun merdeka, jalan masuk kampung pun masalah

JERANTUT: Bayangkan setelah 61 tahun merdeka, masih ada kampung yang mempunyai masalah jalan raya untuk masuk ke kampung. Ia bukan berlaku di Sarawak atau Sabah malah di negeri Pahang Darul Makmur.

Masalah ini diadukan oleh penduduk dalam lawatan Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin bersama sekretariat Dun berkenaan ke Kampung Batu Balak di sini semalam.

Katanya sehingga kini, anak-anak kampung yang berada di perantauan yang pulang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di Pekan Kuala Tembeling, seterusnya menaiki bot dan mendaki tebing untuk sampai ke rumah ibu bapa mereka setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

“Kita tidak dapat bayangkan dalam sebuah negara merdeka yang pernah diuarkan sebagai negara maju 2020, dalam sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan di daerah yang dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri, masih ada masalah seperti ini.

Saturday, June 23, 2018

Adun PAS temui Husam di kenduri di Temerloh

TEMERLOH: Meskipun berlainan parti politik, ia tidak menghalang Adun Chenor Ustaz Mujiburahman Ishak serta ahli-ahli PAS lain untuk terus menghubung silaturahim dengan hadir ke majlis perkahwinan anak sahabat baiknya yang sebelum ini bekas AJK PAS Kawasan Temerloh Amiruslan Manaf.

Amiruslan yang kini menyeberang ke Pan mengadakan majis pernikahan puterinya Anis Nabila Amiruslan di dewan Sekolah Rendah Cina Khee Chee di sini hari ini.

Lebih mengujakan, beliau Ustaz Mujib juga sempat bertemu dengan Naib Presiden Pan Husam Musa serta rakan-rakan bekas ahli PAS.

Friday, June 22, 2018

Tuan Ibrahim imamkan solat jenazah aktivis PAS Chenor



MARAN: Hampir tiga ratus hadir solat jenazah akitivis PAS Mohd Ali Sedek, 61 tahun, selepas asar tadi yang diimamkan oleh Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di surau Tuan Guru Mohd Baqi, Lanting dekat sini.

Turut hadir Adun Chenor Ustaz Mujiburrahman Ishak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Hj Md Jusoh Darus, bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Guru Mohd Baqi Othman, Yang Dipertua PAS Maran Hasenan Haron serta pimpinan peringkat negeri, kawasan dan dun.

Thursday, June 21, 2018

Apakah punca segala penyakit?

Dewasa ini penyakit-penyakit yang diderita manusia telah begitu rencam sifatnya. Bayangkan, seakan-akan setiap masa ada sahaja penyakit-penyakit baharu yang menghinggapi manusia meskipun setelah sebahagian besar daripadanya dapat dipulihkan dengan kemajuan sains dan teknologi. Namun penyakit tetap datang dalam bentuknya yang berlainan pula.

Itu sebabnya industri produk perubatan, kajian-kajian serta kembali kepada kaedah tradisional telah menjadi semakin popular bagi menangani penyakit yang sesetengahnya telah dapat dirawat dengan perubatan moden. Perusahaan produk kesihatan dan kecantikan malah menjadikan pengusahanya jutawan dan kaya raya pula.

Masalah penyakit yang datang bertali arus menyerang manusia menyebabkan timbul kecenderungan untuk mengkaji falsafah penyakit itu sendiri. Pelbagai kajian dengan penemuannya yang tersendiri. Di bawah ini pula satu rumusan yang didapati berkaitan penyakit manusia yang begitu menarik sebagai renungan dan panduan kita bersama.

Penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata mata tapi dari mental, fizikal dan pemikiran.

PUNCA SAKIT

Tuesday, June 19, 2018

Dakwaan MB Selangor tak dapat restu berat

Dakwaan Dr Idris, iaitu seorang lagi calon Menteri Besar (MB) Selangor bahawa perisytiharan Amirudin Shari sebagai MB yang baru bagi negeri itu bukan calon pilihan Pakatan Harapan dianggap sebagai suatu yang berat.

Ini bermakna kerajaan Selangor boleh lumpuh jika komponen PH memboikot sebarang keputusan atau tindakan yang diambil MB berkenaan.

Dr Idris mendakwa demikian dalam satu sidang media di rumahnya pagi ini, serentak dengan majlis angkat sumpah pelantikan MB Selangor di istana negeri.

Malah Dr Idris memberitahu, beliau adalah satu-satunya calon pilihan PH yang diangkat nama ke pihak istana.

Sunday, June 17, 2018

Kenapa PAS tidak menang hanya dengan Islamnya?

Oleh ROSLI ABDUL JABAR


Saya membaca satu posting yang tulisnya "selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah".

Namun ini bukannya telahan pertama yang dibaca tetapi ianya adalah untuk kesekian kalinya oleh pembenci-pembenci PAS.

Dia kata cara PAS akan menyebabkan Islam tak menang sampai bila-bila. Dia tak bagitau pulak Islam cara mana yang boleh Islam cepat menang, Islam cara BN ke atau Islam cara PH?

Kalau dikatakan Islam itu tidak menang kerana cara PAS, apakah Islam itu boleh menang dengan sebab cara PH atau cara BN. Sekarang PH menang takde pulak pimpinan isytiharkan bahawa Islam telah menang dan golongan kafir telah kalah.

Apabila Islam kalah sahaja dikatakan hanya silap PAS sahaja. Apakah parti lain tidak dipertanggung jawapkan oleh Allah untuk membawa Islam?, atau memang parti lain tak nak bawa Islam atau langsung tak berniat nak bawa Islam?

Wednesday, June 13, 2018

Malaysia Baharu: Kronism selepas Kleptokrasi?

Selepas 30 hari rejim baru pimpinan Tun Dr Dr Mahathir Mohamed menggantikan yang lama, ‘report card’ beliau belum mencatatkan yang memberangsangkan. Ada saja tindakan-tindakan daripada kerajaan baru ini dikritik kerana jauh daripada yang diharapkan sebagaimana dijanjikan.

Terbaru, satu tulisan mengaitkan Tun M dengan tabiat penyakit lama zamannya iaitu kronisme.

Umum masih mengingati, pada Perhimpunan Agung Umno terakhir sebelum dipecat, Anwar semasa merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti pernah mengungkit tentang korupsi, kronisme, nepotisme (KKN) yang secara sinikalnya dituju kepada Dr Mahathir. Dr Mahathir pula dalam ucapan balasnya menganggap sindiran itu ditujukan kepadanya dan berkata cubaan membandingkan beliau dengan pentadbiran Soeharto di Indonesia yang dijatuhkan hasil gelombang reformasi rakyat ketika itu. 

Berikut disiarkan satu tulisan yang mengaitkan Tun M dengan kronisme


Kronism adik kembar Kleptokrasi yang tiada penghujungnya

Ada masanya Allah uji kita diberi kuasa dan berada di atas. Kini apabila tayar bergolek dan kita berada di bawah, tiada lagi kuasa dan pengaruh maka yang bersama-sama kita ketika senang dahulu semakin hari semakin meninggalkan kita.

Tuesday, June 12, 2018

Ucapan selamat pulang perantau dari Adun Jengka

*SELAMAT PULANG PERANTAU*
Buat anak-anak di perantauan yang pulang beraya di kampung halaman, saya mendoakan semoga anda semua selamat dalam perjalanan.

Ingat!!! Kita nak jumpa ibu bapa dan sanak saudara, berhati-hati sepanjang perjalanan pulang kerana mereka menunggu-menunggu kepulangan kita semua. Justeru, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati. Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk, berehatlah sekejap. Jangan lupa bersedekah sebelum memulakan perjalanan serta berdoa agar Allah menjaga dan merahmati perjalanan kita sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Dikesempatan ini, saya bagi pihak Adun Jengka dan PAS Kawasan Kuala Krau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

‎تقبل الله منا ومنكم
‎وكل عام وأنتم بخير

Salam Hormat Dari Saya,
*_YB. Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz_*
(ADUN Jengka / YDP PAS Kuala Krau)

Ma'thurat sughro


 Beberapa orang sahabat bertanya kepada saya jika sekiranya boleh diletakkan
di sini zikir dan doa Al-Ma'thurat yang telah disusun oleh Assyahid Imam Hassan
Al-Banna.
Zikir tersebut biasanya diwiridkan dalam majlis-majlis haraki.
Bukan bermaksud mereka tidak menghafalnya, namun ia sebagai
rujukan dan panduan semata-mata.
Maka dengan demikian, di sini saya tempelkan wirid Al-Ma'thurat sughro yang
saya petik dari laman Alaurad 


اَعُوذُ باِ الله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ
 

 
 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ 
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ 
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ 
غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
 
  

Bangkit bersama selamatkan Markas PAS Seksyen 18

Dengan rasa penuh tanggungjawab, PAS Cawangan Seksyen18 Shah Alam mengajak ahli, penyokong dan semua untuk membantu kami untuk membeli Markas ini agar ia tidak dijual kepada orang lain. 

Harga yang ditawarkan RM 600,000.00. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang diberikan kelebihan berganda dalam amalan bersedekah, kami merayu semua untuk membantu KEMPEN SELAMATKAN MARKAS PAS SEK 18. 

Setiap ringgit yang disumbangkan amat besar untuk perjuangan Islam khususnya di bumi Shah Alam ini. Untuk satu lot 3’ x 3’ bernilai RM 500.00 atau apa jua amoun yang diinfaqkan.
Hubungi;
Hj Abdul Halim - 019 2883000
Hj Zabidi - ‭012 215 8487‬
Syed Faizal - ‭016 625 4086‬
Kamarul - ‭019 227 0026‬
Puan Zaiton - ‭013 331 5811
Hushaini - 019 367 7494
Hj Ruslan - 016 253 3228
Akaun BIMB 1223 4010 0008 68
PAS Cawangan Sek 18

Monday, June 11, 2018

18 lokasi panas dikenal pasti kerap berlaku kemalangan

KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 18 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan dibeberapa lebuh raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Lebuh Raya yang dikenal pasti dalam Ops Raya 2018 termasuk Lebuh Raya Utara- Selatan, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Pantai Timur II (LPT II).

Ketua Pengarah JBPM, Mohamad Hamdan Wahid berkata, seramai 10 pegawai dan anggota daripada unit FRT/LFRT dan EMRS ditempatkan di setiap lokasi.

“Langkah itu diambil bagi membolehkan pihak bomba bertindak cepat di lokasi kejadian sekiranya berlaku sebarang kecemasan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sunday, June 10, 2018

PAS kehilangan seorang amilin istiqamah


BANDAR JENGKA: PAS Kuala Krau kehilangan seorang pekerja parti yang sangat komited dengan tugasan jamaah apabila Nunkhairi Mohd, 63, kembali  ke rahmatullah kira-kira jam 2.15 petang semalam (Ahad) dipercayai akibat komplikasi diabetis dan asma.

Mesra dengan panggilan Kak Ani, almarhumah merupakan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau juga isteri kepada Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Haji Nazri Hussin atau Pak Syeikh.

Saturday, June 9, 2018

Pemuda lapor polis isu penghinaan kepada Agong

Dewan Pemuda PAS Pahang akan membuat satu laporan polis ke atas beberapa individu yang dikenal pasti mengeluarkan kenyataan dan ucapan yang berbaur penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) baru-baru ini menerusi media sosial.

Ketua Penerangan DPPNP menerusi kenyataan medianya menyeru kepada semua Ketua Pemuda/ Ketua Penerangan DPPK turut hadir hari ini (Sabtu) jam 11 pagi di IPD Kuantan.

Satu sidang media bersama wartawan media akan diadakan selepas selesai laporan polis dilakukan.

Sehubungan itu semua ahli PAS khususnya pemuda dijemput hadir untuk menunjukkan solidariti kita kepada YDPA Agong. Detail seperti berikut:

PAS tidak boleh membiarkan tunjang negara yang telah begitu lama dibina dan dipupuk boleh dimusnahkan begitu sahaja oleh kelompok liberal yang secara sewenang-wenang mempertikaikannya secara terbuka.

PAS berpendapat kumpulan yang bermain dengan api itu mesti dibendung melalui siasatan di bawah Akta Hasutan.

Friday, June 8, 2018

Tun M ada jawatan, Anwar ada kuasa: Siapa akan menang?

Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan kembali ke parlimen dalam masa yang terdekat ini (beberapa bulan lagi) mungkin disambut riang oleh sesetengah orang, akan tetapi tidak mustahil mencemaskan yang lain.

Ertinya apa? Ertinya Anwar akan segera mengambil tampuk pemerintahan negara ini daripada Tun Dr Mahathir Mohamed dalam tempoh terdekat. Jika ini benar-benar terjadi, maka ia tidaklah lagi mengikut perancangan asal.

Keadaan begini pernah terjadi sekitar tahun 1998 di mana Anwar hanya selangkah lagi ke kerusi tertinggi itu, apabila berlaku krisis beliau dengan Tun M yang berakhir dengan beliau sendiri dihumban daripada kabinet dan Umno dan seterusnya ke lokap.

Thursday, June 7, 2018

Adun Tahan janji tangani masalah air

JERANTUT: Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin berjanji untuk mengetegahkan masalah bekalan air paip penduduk Kampung Besul di sini, yang sering terputus kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip) dengan kadar segera.

Zakhwan yang juga Ketua Penerangan PAS Jerantut, berkata demikian sewaktu bertemu dan mendengar aduan daripada beberapa orang penduduk di kampung berkenaan yang terbabit tengahari semalam (Rabu).

“Penduduk telah menghadapi masalah terputus sejak lebih daripada tiga tahun yang lalu dan segala usaha menanganinya nampaknya belum berkesan.

“Mereka yang terbabit tinggal di kawasan yang agak tinggi. Menurut mereka, kebiasaannya kalau air paip ada pun hanya pada waktu tengah malam tetapi keluarnya sedikit pula,” ujarnya.

Wednesday, June 6, 2018

Perang Ahzab melakar sejarah

Oleh: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Perang Ahzab adalah mercu tanda pertembungan diantara iman dan kufur dizaman ar Rasul SAW. Peristiwa ini akan dikenang sehingga kiamat oleh orang-orang beriman setiap kali kita menyambut hariraya, tanpa jemu kita akan terus menyebut peristiwa ini.

Peristiwa ini berlaku kerana kebencian dan permusuhan golongan yahudi yg tidak senang dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yg berpengkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yg tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yg dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yg terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yg lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Tentera Musyrikin begitu berang apabila mereka terhalang oleh parit dan kubu kerana taktik ini tidak pernah digunakan di Semenanjung Arab. Mereka telah melancarkan serangan anak panah bertubi-tubi daripada luar kota Madinah manakala beberapa panglima mereka telah berjaya menyusup masuk di sebelah parit, iaitu Ikrimah bin Abu Jahal dan Amru bin Abdul Wud.

Pusat judi simpang Jengka 14 tutup!

BANDAR JENGKA: Setelah digempur dan diberi amaran, akhirnya pusat judi di simpang Jengka 14 yang selama ini menjadi destinasi remaja tempatan, telahpun ditutup operasinya.

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman AlHafiz dalam facebooknya menyebut, pemilik premis berkenaan bahkan membuat tawaran untuk menjual kedai berkenaan.

“Alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak pusat judi simpang Jengka 14 telahpun ditutup operasinya. Bahkan tauke judi (tersebut) telahpun mengiklankan untuk menjual premis judi dan perabut dengan harga 100k++.

“Pihak Adun Jengka telah dimaklumkan perkara ini oleh Ketua Polis Balai Daerah Jengka ketika kunjungan beliau ke pejabat Adun baru baru ini.

Tuesday, June 5, 2018

Siapa kata PKR akan pakat dengan Umno, PAS?

Entah mainan saraf siapa, tiba-tiba ada yang mengatakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) PKR akan bekerjasama atau bergabung dengan Umno dan PAS bagi meminggirkan Bersatu dan Dap.

Semua ini sebagai salah satu telahan-telahan politik selepas berakhirnya PRU 14. PAS sendiri tidak melayan mainan saraf ini. Namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menafikan dakwaan bahawa beliau dan PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan Islam.

Monday, June 4, 2018

Berat sangatkah kemahuan Agong?

Oleh ROSLAN SMS

Isu perlantikkan Peguam Negara yang baru menggambarkan tidak lancarnya pentadbiran kerajaan baru bawah PH.

PM seakan mahu mengeruhkan suasana apabila menyatakan yang kerajaan tetap akan lantik peguam Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baru. Sudah tertutup dan tiada lagikah pintu rudingan dan tolak ansur?

Sementara itu Majlis Raja-raja dijangka mengadakan persidangan berhubung isu ini esok.

Apakah masalah sebenarnya?

Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagaimana PM dan kerajaan punya tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Timbalan Presiden, Adun Jengka ziarah mangsa kemalangan

BANDAR JENGKA: Empat wakil rakyat PAS menziarahi mangsa kemalangan di Unit Forensik Hospital Jengka, di sini, tengah hari tadi.

Mereka ialah, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Hamid; Adun Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Latif dan Adun Air Putih, Cikgu Abdul Razak Ibrahim.

Menyampaikan ucapan takziah buat keluarga, Tuan Ibrahim turut berkata, PAS membantu meringankan beban keluarga nahas dengan menyelesaikan pembayaran bil hospital dan menyediakan van jenazah.

Adun PAS Tahan lawat sekeluarga malang

JERANTUT:  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hanya itulah perumpamaan yang sesuai kepada pasangan Ahmad Zainudin dan Puan Siti Nor Zurain di Perumahan Banjir Kuala Teh.

Anak ketiga pasangan ini iaitu Adik Siti Nurjannah Humaira, 7 bulan, menghidapi penyakit Sindrom Vacterl yang menyebabkan jantung berlubang, masalah paru-paru kronik, saiz tulang rusuk dan tulang belakang tidak sekata, tiada tulang paha kanan, tulang paha kiri terlalu pendek, kaki bengkok, jari tangan tidak normal dan sumbing lelangit sejak lahir.

Lebih menyedihkan apabila bayi berkenaan terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas selain minum susu khas yang diberi melalui tiub.

Dalam lawatan Adun Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin di rumahnya ibu bayi terbabit, Siti Nur Zurain Fatima Ab Razak, 30, berkata, sebaik Siti Nur Jannah dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, bayinya telah ditempatkan di ‘neonatal intensive care unit’ (NICU) selama empat bulan sebelum dipindahkan ke wad biasa selama dua bulan.

1MDB: Tubuh RCI segera, henti berpolitik

KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya segera menubuhkan satu badan siasatan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau seumpamanya bagi menyiasat kes penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1MDB.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, penubuhan badan itu penting bagi membolehkan skandal terbabit dapat disiasat secara telus dan tidak terus-terusan dijadikan modal politik.

Sunday, June 3, 2018

Muktamar tahun ini di Terengganu

Muktamar tahun ini di Terengganu

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan Muktamar PAS Pusat akan diadakan pada 13-16 September 2018 ini bersamaan 3-6 Muharram 1440H. 

Muktamar Dewan-dewan bermula pada 13-14 September manakala Muktamar Pusat ialah pada 15-16 September 2018.

Tempat-tempat Muktamar, 
PAS Pusat: Stadium Tertutup Gong Badak
DUPP: Permai Hotel
DMPM: Taman Tamadun Islam
DPPM: Stadium Tertutup Negeri

Sehubungan dengan itu Muktamar Dewan-Dewan Negeri hendaklah diadakan sebelum 15 Ogos 2018. 

PAS baru sahaja menguasai Terengganu pada PRU lepas selepas kali terakhir pada PRU 10 (1999-2014).

Muktamar pertama selepas PRU14 dan PAS bertanding bersendirian tahun ini, menyaksikan tidak ada pemilihan dan merupakan medan muhasabah terbaik termasuk menentukan hala tuju serta masa depan PAS.

Saturday, June 2, 2018

Alangkah baiknya jika politik Terengganu dijadikan model

Kerajaan Terengganu bertukar tangan pada PRU 14 daripada BN kepada PAS kira-kira tiga minggu yang lalu. Alangkah bijaknya rakyat Terengganu memilih kepimpinan untuk masa depan mereka. Alangkah pandainya mereka menilai dan memilih demi untuk kebaikan dan kesinambungan mereka dan generasi akan datang.

Namun tidak seperti negeri-negeri lain atau di peringkat pusat sendiri, peralihan kerajaan begitu tenang sekali dan tiada langsung sebarang kekusutan. Rakyat Terengganu seolah-oleh begitu matang setelah membuat satu perubahan besar dalam sejarah.

Terdapat satu tulisan di media sosial yang amat menarik dan membuka minda yang menghimbau senario yang terjadi di negeri ulek mayang itu. Admin ambilnya untuk dimuatkan di sini sebagai satu bacaan. Berikut disiarkan:

POLITIK ANEH DI TERENGGANU

Sama ada tuan tuan suka atau tidak, sepanjang tiga minggu pertama pemerintahan kerajaan-kerajaan baru di Malaysia, kita cukup susah mendengar perkara perkara selain positif tentang apa yang berlaku di Terengganu.

Iklim politik negeri saya ini cukup sejuk dan menenangkan. Terengganu adalah negeri terawal membentuk kerajaan dengan MB dan barisan exco mengangkat sumpah dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman kemenangan rasmi. Tiada ayam laga yang bertarung dan pergelutan kuasa juga tidak berlaku. Berbeza dengan kerajaan Pusat. Aneh

Beberapa hari selepas tu, bekas Menteri Besar DS Ahmad Razif pula melakukan serah tugas rasmi kepada Dr Samsuri. Serah tugas perjawatan ini sangat susah dilihat bila melibatkan parti yang berlainan. Ia kemudian menjadi contoh ikutan menteri menteri di peringkat Pusat. Aneh

Faktor penenang seterusnya berlaku apabila Dr Samsuri menyantuni lawatan Pengerusi PH negeri iaitu YM Raja Bahrin. Membawa bersama komitmen bagi membantu memulihkan projek projek gajah putih di negeri ini. Raja Bahrin ialah antara arkitek terawal di negeri Terengganu, ketika arkitek masih dikenali sebagai 'Master Builder". Aneh.

Kebiasaannya dahulu, pertukaran MB walaupun melibatkan parti yang sama akan menyebabkan pertukaran pegawai pegawai tinggi kerajaan. Sebahagiannya di "sejuk bekukan". Hal ini tidak berlaku kali ini. Pentadbiran berjalan seperti biasa dengan suasana politik kasih sayang yang diterapkan oleh kerajaan baru. Malahan kerajaan negeri tidak langsung mencurigai kesetiaan pegawai2 kerajaan walaupun berbeza pendirian politik. Berbeza dengan kerajaan Pusat apabila PM sendiri mengeluarkan kenyataan sidang media menuntut kesetiaan pegawai kerajaan. Seolah olah ramai pegawai kerajaan ini adalah pengkhianat negara. Aneh.

Lantikan lantikan politik oleh kerajaan lama tidak dipecat seperti yang berlaku di Pusat. Tugas berjalan seperti biasa dengan sebahagiannya mengalami perubahan skop tugasan. Aneh.

Pentadbiran baru langsung tidak menghentam kerajaan lama. Kesalahan kerajaan lama bukan sedikit dan ia menjadi rahsia umum rakyat. Hutang kerajaan negeri melebihi RM 500 juta atau yang ketiga tertinggi selepas Pahang dan Kedah. Tetapi pentadbiran baru langsung tidak bercakap mengenai hutang tinggalan BN. Malahan meneruskan pelaksanaan manifesto manifesto dalam keadaan kekangan kewangan yang tidak berada pada tahap sepatutnya. Setakat 3 minggu pertama, sekurang kurangnya 4 daripada 20 manifesto telah dilaksanakan dengan komitmen pelaksanaan 1 manifesto setiap minggu. Kerajaan negeri langsung tidak menggunakan alasan kewangan yang tenat atau "menambah nambah" jumlah hutang semata mata untuk mengelak melaksanakan janji pilihanraya. Aneh.

Kebiasaannya dahulu apabila berlaku pertukaran MB walaupun daripada parti yang sama, projek MB sebelumnya akan rosak dan terabai. Tuan tuan boleh lihat apabila DS Ahmad Said menjadi MB pada 2008, Projek Taman Ilmu yang menjadi pet project DS Idris Jusoh terabai dan menjadi gajah putih. Apabila DS Razif menjadi MB pada 2014, maka pet project DS Ahmad pula terbengkalai seperti Zoo Kemaman dan Pulau Bebas Cukai Kenyir. Sekarang, walaupun parti pemerintah telah bertukar, pentadbiran baru berusaha menyelamatkan semua projek projek ini tanpa langsung mengeluarkan kenyataan menyalahkan pentadbiran lama. Lawatan2 rasmi ke projek projek sakit dan menyakitkan hati ini berlaku dan perancangan membetulkannya dibuat tanpa menjajanya kepada umum. Tiada usaha mengambil political mileage  dari isu ini. Aneh.

Di saat logo logo 1 Malaysia yang menjadi prinsip kerajaan Ds Najib ditanggalkan dengan tergesa gesa di pejabat kerajaan persekutuan, perkara sebaliknya berlaku di Terengganu. Logo TTB (Transformasi Terengganu Baharu) cetusan politik kerajaan lama masih lagi tersergam di sebahagian besar pejabat agensi kerajaan negeri. Pentadbiran lama tidak mengupah kontraktor atau kren bagi membuang logo logo ini ke tong sampah. Aneh.

Di saat kerajaan pusat membatalkan projek projek mega yang telah dirancang oleh kerajaan BN sehingga ke tahap sanggup membayar pampasan ratusan juta ringgit, hal sebaliknya berlaku di Terengganu. Saya bagi satu contoh. Saya terlibat dalam perancangan satu projek mega di negeri ini. Apabila kerajaan negeri bertukar, kami merasakan ia adalah satu penamat memandangkan projek tersebut adalah salah satu modal pilihanraya BN Terengganu. Peliknya apabila perjumpaan dengan MB baru berlaku, beliau sangat berminat untuk meneruskan projek ini dan prosedur untuk menjayakan projek ini lebih mudah dengan kerajaan baru berbanding birokrasi kerajaan lama. Aneh.

Kebiasaannya ahli politik akan banyak bercakap dari bekerja. Tuan tuan boleh lihat bagaimana kerajaan persekutuan mengadakan sidang media hampir setiap hari. Sebahagiannya macam tak ada faedah melainkan buat modal "bergaduh mulut" dengan parti pembangkang (BN).Berbeza pentadbiran negeri Terengganu, lawatan MB pun kadang kadang disenyapkan supaya gambaran masalah sebenar diperoleh. Bila dah tahu punca, senyap senyap pula balik ke pejabat selesaikan masalah tanpa membuat kenyataan media menyalahkan si A atau si B. Aneh

Politik yang menenangkan sememangnya aneh di negara ini.

Friday, June 1, 2018

Mencari Lailatul Qadar

Menjelang ke 10 malam terakhir Ramadhan ini, tiada yang dinanti-nantikan oleh umat Islam semua melainkan Lailatul Qadr ataupun malam alQadr.

ALLAH سبحانه وتعالى  berfirman,

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥
“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5).