Friday, January 20, 2012

Semuanya mahu diumnokan...

Padang di Dataran Temerloh, berhampiran Dewan Tun Razak, dikawal oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Selama ini MPT begitu ‘strict’ tentang politik. Buktinya, jika terdapat poster atau baner program PAS yang tergantung atau dilekatkan di mana dalam kawasan bandar, pekerja-pekerja MPT akan segera menanggalkannya.

Kononnya, MPT tak mahu politik.

Akan tetapi kelmarin, lain pula ceritanya. Umno Temerloh telah menggunakan pada MPT untuk tujuan ceramah politik. Terang-terang dan nyata. Mereka mengambil kesempatan daripada majlis penyerahan baucer RM500 di Dewan Tun Razak pada siangnya.

Sebab itu kebanyakan yang mendengar ialah wanita.

Penceramah undangan ialah N Gobala Krishnan dan Zahid Mat Arip, kedua-duanya sedang mencari makan dengan memburuk-burukkan Anwar. Zulkifli (9/10) yang sepatutnya turut berceramah, tidak hadir dan digantikan dengan seorang Cina.

Dengar cerita, semua sistem peralatan disediakan oleh Jabatan Penerangan. Kanopi hak milik MPT.

Bagi pihak Umno Temerloh diwakili oleh Ketuanya Sharkar, timbalannya Saifuddin dan Exco.

Para pendengar dipunggah dengan empat buah bas, kebanyakannya dari Lanchang. Ada pula yang mendakwa, kakitangan jabatan kerajaan juga dikerahkan atau dipaksa untuk hadir mendengar ceramah maki hamun itu. Ada pula yang membangkitkan, wang ‘upah mendengar’ juga turut diberi bersama beg kertas 1Malaysia.

Secara jujur, ceramah di tengah bandar Temerloh itu didengari lebih kurang 400 ke 500 orang.

Mula saja ceramah, mauduk utamanya ialah menghentam dan membelasah Anwar sesuka hati dan sekehendak perasaan.

Sementara penceramah Cina tadi mengambil kesempatan memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz.

Sudah tentu pada masa itu, pendengar tidak terasa lagi dean harga barang yang melambung setiap hari. Mereka terlupa sebentar isu lembu-kondo RM250 juta. Tidak teringat pula cincin Rosmah RM24 juta. Bahkan pembaziran yang pembinaan jambatan gantung di Kuala Semantan juga lupa.

Pada masa itu adakah yang nak bertanya pasaran ikan patin Temerloh dikuasai patin Pekan? Siapa peduli pasar daging babi di terus menjadi rungutan? Terlupa pula dengan sikap penguatkuasa MPT yang nak menyaman kereta saja kerjanya!

Penganjur berjanji, ceramah seumpama itu akan terus diadakan pada masa akan datang. Maknanya, Umno akan terus perguna (istilah sebenar ceroboh) harta rakyat untuk kepentingan politik. Sementara PAS atau Pakatan, jangan harap untuk diberi ruang.

Begitulah keadaannya demokrasi di Malaysia ini. Di bandar Temerloh iaitu Dun Kuala Semantan, kerusi tersebut dimenangi PAS. Tetapi Adun PAS tidak pernah dipanggil dalam sebarang mesyuarat yang membuat keputusan. Walaupun penduduk Temerloh memilih YB Syed Hamid.

Bukan itu saja, Ahli Majlis (MPT) pula dimonopoli oleh orang Umno termasuk Ketua Umno Cawangan merata ceruk.

Jadi begitulah, Umno boleh menggunakan apa saja kemudahan kerajaan yang mereka mahu. Walaupun jika dikaji, semua harta benda majlis adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai, termasuk orang-orang PAS dan mereka yang bencikan politik.

Ini semua kerana Umno merasakan mereka sudah memiliki segala-galanya akibat terlalu lama berkuasa. Sehinggakan hak rakyat dan kerajaan dirasakan seperti harta benda sendiri yang difaraid daripada ibu bapak nenek moyang mereka!

1 comment:

  1. Sapa Cina yang maki hamun Tuan Guru tu?Tolong bagi tahu.Cilanat punya cina!!!Kau lupa ke kenangan manis bagi orang Melayu tahun 69?

    Pada petugas MPT perlu diingatkan,bila PAS menguasai seluruh negeri Pahang,mereka tak diperlukan lagi..

    Pada orang UMNO yang mengutuk lebih lebih tu,cermin diri dulu..rasanya tak ada calun dari PR yang terlibat dalam penagihan dadah macam ketua pemuda UMNO...yang ada dalam PAS semua yang terbaeeeeek...Tak ada yang penipu macam Putra UMNO...Tak ada yang songlap duit rakyat macam kes NFC beli kondo..Tak ada yang memakai baju kurung mahal berharga RM40k sepasang macam baju Rosmah Mansur Al-Buaya...Tak ada yang perabih duit rakyat macam Pengerusi felda sekarang...Pada yang hadhir pada hari tu,janganlah kerana RM500 maruah boleh tergadai...Bukan besar sangat pun...noreh 4 hari dah dapat sebanyak itu..Lepas ni siap la..kot mana pulak kerajaan nak cilok duit nak cover balik BR1M tu...cangot la kau orang 1Malaysia lepas ni...sekarang pun macam macam cara nak pungut balik.Saham PNB la..buku akaun PTPN la..semua tu duit yang akan terbenam lama.Sempat la kerajaan pusing untuk cilok balik kau orang..ingat dia nak bagi free?Lepas PU 13 ni tengok la harga petrol.diesel naik dan akan mengekorlah barang keperluan harian yang bakal naik..Belanjawan akan datang gaji kakitangan awam naik lagi..mengekor jugak la harga barang keperluan..pernah tengok harga barang yang dah naik,turun balik???PM yang dah naik,turun balik ada kan?
    Hah..LU PIKIRLAH SENDIRI..........

    ReplyDelete