Tuesday, November 29, 2011

Shahrizat tak kenal tauke NFC, "itu anak siapa bikin?"


Akhbar-akhbar utama hari ini menyiarkan kenyataan Shahrizat bahawa dia tiada kena mengena dengan NFC, syarikat lembu - kondo bernilai RM250 juta yang kontroversi pada masa ini.

Beliau berkata demikian supaya perkara tersebut tidak diulang-ulang lagi oleh perwakilan Umno yang akan menghadiri perhinpunan agung parti itu mulai hari ini.

Untuk mudah tutup cerita, beliau namakan saja itu agenda pembnagkang.

Cara beliau menafikannya itu, seolah-olah beliau tak kenal siapa itu tauke NFC, walhal itu suaminya. Syarikat NFC itu milik keluarga Shahrizat, yang diPengerusi Eksekutifkan oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suaminya.

Tiada kena mengena?

Ada kawan-kawan Cina mengusik: "Kalau dia tadak kenal, itu anak siapa bikin punya?"

1 comment:

  1. Marah betul nampaknye Mami Jarum ni masa perhimpunan hari tu...
    Kalau dah ye tu ngaku je la..rakyat bukan bodoh macam kaki ampu UMNO tu..
    Berundur je la..duduk kat kandang lembu tu perah tetek..dapat gak susu..

    ReplyDelete