Thursday, November 17, 2011

Pelajar OKU dapat 4 A UPSR

Muhammad Syakib Arsalan (gambar kanan) hanya seorang kanak-kanak dalam Darjah 6 yang menderita sakit mascular distrophy.
Doktor pakar HKL memberitahu nama ppenuh penyakit tersebut ialah Congenital Fibertype Dispropotion Off Myopathy.

Oleh kerana kecacatan fizikalnya, dia tidak mampu untuk mengikuti kelas tuisyen sebagaimana rakan-rakannya yang lain, selain daripada apa yang hanya diikutinya dalam kelas biasa.

Di sekolah juga dia tidak berupaya untuk aktif kerana mudah jatuh jika terlanggar oleh pelajar lain.

Barangkali keputusan UPSR hari ini memberikan sedikit hiburan kepadanya apabila diumumkan mendapat 4 A 1 B.

Tahniah abah ucapkan, hanya kita yang memahami kegembiraan sesama kita. Abah tidak punyai apa untuk diberikan melainkan berkongsi kegembiraan yang tidak difahami oleh orang lain ini...


2 comments:

  1. As Salam....Tahnioh3 berbanyok buat adik Syakib juga tahnioh buat orgtua adik yang berjaya membimbing didalam kesabaran dan ketabahan sehingga adik Syakib beroleh kejayaan cemerlang pekse UPSR tahun ni.Moga Allah SWT berikan kemudahan untuk menempatkan adik Syakib di sekolah2 pilihan nanti.Tiada istilah merendah diri untuk beroleh kejayaan sama seperti kawan2 yang sihat fizikalnya namun SYUKUR kepada Allah SWT krn kurniakan akal dan nurani buat adik Syakib yang masih dianugerahkan kesempurnaan seperti org lain yang sempurna fizikalnya.Teruskan perjuangan adik Syakib yek.Pakcik doakan beroleh kejayaan selanjutnya khusus buat adik Syakib sampai kemenara ganding 1 hari endoknye nanti!!!Alfun tahnioh buat Aboh dan Umi adik Syakib juga.Anok koi tahun depan UPSR.Sehat lahir batin takat ni...Setidak2nye peritiwa ini menjadi rangsangan yang positif buat koi & anok2 koi sekeloge diatas kelebihan IQ & EQ yang dimiliki oleh adik Syakib ini.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Syakib!!!Semoga Syakib lebih berjaya dimasa akan datang.
    Bila ada masa nanti kita ajak abah minum diRestoren diBangunan PAS Temerloh.Syakib suka makan pau kan...?
    Kami doakan semoga Syakib sehat dan akan lebih berjaya dimasa akan datang.
    Tahniah sekali lagi Syakib!!!!!

    ReplyDelete