Monday, June 7, 2010

Setem kenang-kenangan gambar dua tuan guru

TEMERLOH: PAS Pahang mengeluarkan setem kenang-kenangan bergambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengumpul dana parti.

Menurut Setiausaha Kerja (SUK) PAS Pahang, Fairuz Hisham Nordin setem tersebut akan mula dijual pada Muktamar Agung PAS di Putik, Kelantan mul;ai minggu ini.

“Setem bernilai 30 sen itu akan dijual pada harga RM20 bagi tiap-tiap sekeping besar (20 setem) bagi tujuan mengumpul dana PAS Pahang.

“Pelancaran dana melalui jualan setem akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sendiri semasa perasmian pameran pada 9 Jun di muktamar di Kota Bharu nanti,” ujarnya.

Menurut Fairuz setem tersebut boleh juga didapati dengan menghubungi di talian: 09-2965143.

2 comments:

  1. membeli sambil menderma tapi yang terbaik derma saja tak payah beli..

    ReplyDelete
  2. tu mmglah yg paling baik...

    Tapi takper lah...

    ReplyDelete