Saturday, June 19, 2010

‘Gerbang Pahang’ stesen bas Pekeliling perlu dinaiktaraf segera

PAS Pahang menggesa pihak berwajib khasnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menaikkan taraf Hentian Bas Pekeliling yang merupakan salah satu mercu tanda utama atau ‘gerbang ke negeri Pahang’.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal juga menggesa kerajaan negeri Pahang memainkan peranan supaya program menaikkan taraf hentian tersebut dapat disegerakan demi keselesaan rakyat di samping merangsang kedatangan pelancong ke negeri Pahang.

Dalam kenyataan medianya kepada Selamatkan Pahang, Roslan berkata, PAS Negeri Pahang amat dukacita dengan keadaan fizikal Hentian Pekeliling di Kuala Lumpur yang masih dalam keadaan daif setelah pelbagai komen dibuat antaranya seperti disiarkan sebuah akhbar harian pada April 2009.

“Tinjauan PAS Pahang mendapati hentian tersebut masih tidak banyak berubah sejak sekian lama dan jauh ketinggalan berbanding dengan stesen bas lain di ibu negara walhal kedudukannya amat strategik sebagai hab kepada perjalanan bas ekspres dan teksi khususnya ke Pantai Timur dan Pahang Barat. Malah di situ juga terdapat stesen monorel dan stesen transit aliran ringan (LRT) Titiwangsa.

“Pihak DBKL pernah membuat kenyataan untuk menaikkan taraf stesen berkenaan mamun setelah lebih sepuluh tahun kenyataan tersebut dibuat, tiada sebarang kemajuan diperlihatkan. Pengguna kenderaan awam ke Pahang terpaksa berhadapan dengan suasana tidak selesa, tidak selamat dan berbahaya terutama apabila hujan atau pada waktu malam.

“Keadaan hentian tersebut membayangkan seolah-olah rakyat Pahang tidak dihargai atau tidak dialu-alukan ke Lembah Klang, atau mungkin juga seolah-olahnya pelancong tidak dialu-alukan ke negeri Pahang!,” menurut kenyataan berkenaan.

Gambar:
1. Keserabutan “Gerbang Pahang” yang berterusan, kurang memikat pelancong ke Pahang

2. Pandangan seperti ini sudah berlarutan sejak 40 tahun dulu, tanpa perubahan

3. Roslan


3 comments:

  1. saya cadangkan projek itu ditangguhkan sehingga pr mengambil alih putrajaya nanti, kalau puak yg ada ni buat kerja banyak masaalah pertama kontrak diberi secara runding terus atas dasar keselamatan dan kepakaran
    kedua harga akan menjadi berkali ganda tinggi sebab ramai nak patuk..
    ketiga tak sempat pakai dah runtuh..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn Mi...

    Tapi andaikata belum ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti, jgn pulok tangguh projek...

    ReplyDelete
  3. LENGANG JE, TAK SERABUT PUN.

    ReplyDelete