Saturday, February 11, 2012

NFC: Shahrizat akan dipaksa letak jawatan

Kepimpinan tertinggi Umno dipercayai sedang berusaha memaksa Ketua Wanitanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meletak jawatan berikutan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan paksaan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sumber dalaman Umno yang memberitahu laman FMT, kepimpinan tertinggi parti itu termasuk Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan isu skandal tersebut makin buruk jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu enggan melepas jawatan dan bakal mengheret pemimpin lain jatuh menjelang persiapan pilihan raya.

Isu paksa letak jawatan itu kemungkinan akan dibangkitkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang di mana sesetengah ahli menyuarakan hasrat tidak puas hati mereka dengan Ketua Wanita itu dan meminta beliau untuk berundur.

"Shahrizat akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Mereka akan membuat dia berbuat demikian dan beliau tidak mempunyai pilihan lain," tambah sumber dalaman Umno.

Mereka yang mungkin terpalit ekoran skandal projek tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri pertanian semasa itu dan anggota majlis tertinggi Noh Omar selaku menteri pertanian kini.

Sebelum ini beberapa pihak telah menuntut sebuah suruhanjaya diraja siasatan untuk menyiasat sama ada Muhyiddin, yang merupakan menteri pertanian pada masa projek itu ditubuhkan, telah memainkan peranan dalam meluluskan pinjaman mudah kerajaan RM250.

"Jika Shahrizat tidak berhenti, Muhyiddin dan Noh akan turut diheret dan mereka tidak mungkin akan biarkan ini berlaku. Bukan sahaja mereka akan terjejas, Umno secara umum akan rosak, "kata seorang lagi pegawai parti.

Shahrizat telah berkali-kali dikaitkan dengan NFCorp kerana peranan suaminya sebagai pengerusi syarikat dan anak-anak mereka selaku pengarah.

Skandal NFC mula didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang menanggap skim projek penjanaan lembu bernilai RM250 juta wang rakyat itu dilabelkan sebagai "kucar-kacir".

Pembongkaran seterusnya dibongkar oleh pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, telah mendakwa bahawa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan harta serta perbelanjaan yang tidak berkaitan kepada lembu pertanian oleh Shahrizat dan keluarganya.

Mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dianggap masih berpengaruh dan bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz, secara terang meminta Shahrizat meletak jawatan.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn yang paling baru turut membayangkan agar Shahrizat patut meletakkan jawatan beliau.

Selain itu Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Raden dan Ketua Bahagian Umno Cheras Syed Ali sejak awal-awal lagi mahukan Shahrizat berundur.


4 comments:

  1. berundur je la zat...
    lain keje orang suruh buat,lain kerja yang engkau buat!
    patutnya jaga kebajikan rakyat,kau pergi jaga lembu.kan ke pandir namanya tu???
    orang suruh beli lembu,kau pergi beli kondo...
    tak tengok ke berita di tv?daging lembu dan kambing impot dari australia boleh diklasifikasikan sebagai bangkai?haiwan itu diseksa terlebih dahulu..
    sampai bila rakyat malaysia ni nak dihidangkan dengan bangkai?
    rm250j banyak tu!!!kalau jujur perlaksanaannya mau penuh ladang ternakan tu..
    tak payah la kau nak melenting lenting zat...kalau tak tembelang telur tu masakan busuk sekampong...?
    blah la..kalau dah nak jadi cawboy sangat,letak jawatan!ada duit beli tanah ternaklah lembu dan kambing sendiri..
    rakyat pun dah meluat dengan kerenah kau ni...tak kan dapat kau tegakan benang yang basah tu!!!wanita umno baghal je yang sokong kau sekarang...

    ReplyDelete
  2. Kak Ijat ada pegang rahsia besar.
    Berani ke kabinet nak tendang dia?
    Sanggup ke selepas ini Kak Jat roadshow mcm Hasan Ali dedahkan projek 'NFC' menteri lain pulak?
    Aku rasa kak jat takkan berani disingkir.
    sebab?
    sebab dia masih simpan rahsia besar, yang kalau didedah byk pihak yang kan terlondeh seluar masing2 nanti

    ReplyDelete
  3. mmmm dalam berita nampak wanita umno kedah pandang hambar je pada kak ijat kau ni...
    agaknya sesekali pandang macam lembu je tengah mengemboh kat atas pentas tu..
    kekadang terfikir jugak..nape la bangang sangat wanita umno ni..sokong la bagai nak rak,dapat daging orang tu yang makan dulu padahal pada penyokong jangankan tulang silap silap dapat tahi lembu je..eee bangang...bangang.
    rm250j!!!!kalau betul betul buat sistem feedlot dalam tempoh 5 tahun malaysia tak perlu lagi impot lembu dari luar.kita tengok je la ketelusan pehak berwajib pulak..sita dan jual kondo tu,kembalikan wang itu kepada nfc balik kerana itu wang rakyat.
    kak ijat kau ni pun dah sendawa,kalau telan gak lagi nanti muntah pulak..eloklah berenti..tak payah nak lelong ayat membantu rakyat miskin dan macam macam lagi dah.sebelum orang halau elok pergi dulu..nanti tak manis.....

    ReplyDelete
  4. cerita shahrizat dah keluar.bila pulak kes anuar pertahankan israel nak keluar dalam bloq ni?kalau cerita bab anuar kat sini nanti dikatakan lari tajuk lak...
    tolong siarkan cerita anuar pulak..

    ReplyDelete