Friday, February 3, 2012

Ahli Parlimen Temerloh temui Ahli Parlimen Pakatan

Pertemuan tidak dirancang, tetapi dengan izin Allah dua Ahli Parlimen Pakatan Dr Dzulkefley Ahmad dan Tony Pua terserempak dengan Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah di lobi Hotel Seri Malaysia Temerloh kelmarin.

Dr Dzul dan Tony sebelum itu menjadi panel forum bertajuk ‘Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat’ di dewan hotel berkenaan. Pertemuan berlaku secara tidak disengajakan ketika beredar untuk makan malam bersama kepimpinan PAS Temerloh antaranya Haji Jusoh Darus dan YB Syed Hamid.
Sementara Saifuddin yang diiringi kepimpinan Umno Temerloh, hadir meraikan dua guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat Davina Chen dan Christina yang akan mengajar secara sukarela di SMK Bukit Damar dan SMK Lanchang.

Pertemuan berjalan selama kira-kira 20 minit dalam keadaan penuh mesra dan penuh gurau senda.

Pada satu ketika, Saifuddin pernah dihebohkan antara yang akan menyeberang ke arah Pakatan sekiranya terjadi 'pertukaran kerajaan 16 September'.

Pada ketika ini pula, Saifuddin dikatakan mendapat bantahan yang kuat daripada pihak ekstremis Umno yang menganggap banyak pendapat dan ucapannya menyebelahi Pakatan.


1 comment:

  1. Jumpa tak sengaja and tak dirancang boleh2 sahaja namun untuk berbaik dengan benih dan uri jahat yang satu rahim dan sepungkor dengan BN jangan2 nok mencoba ya....Wak Din tu naik atas tiket undi haram...jika haram caranya maka akan haram segala2nya...walaupun pelbagai tanggapan baik bermunculan dari mulut yang simpati kepada Wak Din tu...Jika sdh tahu BN tu parti suka menipu dan menghalalkan segala cara untuk menang kenapa Wak Din ni nok tompang sama dengan puak Munafik yang sudah nyata lagi bersuluh kebobrokan dan kebejatan UMNOPORNO@HAPRAK!!!Be End Wak Din.

    ReplyDelete