Pakar motivasi ini begitu beriya-iya mengisytiharkan Jalur Tiga pempinannya yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja tiada kaitan dengan politik namun apa yang dapat diperhatikan beliau berdiri di pentas Umno.
Bukan itu saja, malah menurut sumber, ceramahnya juga dianjur dan ditaja oleh rangkaian Umno sebab itu mendapat tempat yang istimewa dan pendengarnya pula diangkut dengan bas seperti program Umno.
Ertinya, menurut pandangannya Umno itu bukanlah politik, mungkin pertubuhan dakwah barangkali atau kelab ronggeng-ronggengan.
Bayangkan, bagaimana mahu memperjuangkan Islam jika zahir pada mulut saja sudah bohong?
Jika Ibrahim Ali yang berkata demikian, orang tidak ambil kisah kerana latar belakangnya. Tetapi apabila Hasan Ali yang berkata begitu, orang akan menerimanya dengans edikit rasa biul!
Tuesday, February 28, 2012
Monday, February 27, 2012
Negeri ini tidak ada polis? Menteri KDN sila letak jawatan!
Sejak akhir-akhir ini kita dengar semakin banyak program anjuran Pakatan Rakyat telah diganggu terutama oleh samseng Umno.
Di Pulau Pinang kita dengar semalam samseng Umno dan sayap mereka Perkasa mengganas dalam program Himpunan Hijau.
Ceramah Pakatan di Kuantan juga diamuk oleh samseng Umno semalam.
Sebelum ini di Shah Alam beberapa kali program bukan Umno diceroboh dengan jayanya, ala samseng tanpa sekatan dan tidak takut-takut.
Di Johor, di Semberong dan Kulai umpamanya, samseng Umno juga berleluasa boleh mengamuk sewenang-wenangnya tanpa halangan. Itu hanya beberapa kes. Kita percaya amukan samseng ini akan terus bermaharajalela, kerana ia seolah-olah mendapat lesen besar!
Orang Umno menumbuk orang sudah menjadi kelaziman sekarang ini.
Apa yang menjadi kerunsingan semua, apakah agensi keselamatan kerajaan sekarang sudah tidak berfungsi? Apakah pihak keselamatan, apabila di atas nama Umno mereka halalkan atau butakan mata?
Berapa juta wang rakyat yang digajikan untuk membiayai pasukan polis demi memelihara keselamatan dan mempertahankan undang-undang, kenapa jenayah samseng politik ini terus-terusan dibiarkan?
Apakah apabila orang Umno yang mengamuk, bermakna tindakan mereka menjadi halal? Apakah warganegara yang sah di negara ini hanya Umno dan konco-konconya?
Kita bukanlah bias atau prejudis, tetapi kebanyakan kes dan insiden yang dilaporkan, mendapati polis seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menghalang keganasan.
Sudahlah kes jenayah semakin hari semakin menggerunkan, samseng politik ini juga diabaikan? Kepada siapa lagi rakyat Malaysia mahu mengadu jika sikap polis sendiri tidak mahu benar-benar menjaga ketenteraman?
Kenapa mahu dibiarkan sehingga masyarakat akhirnya akan memandang rendah kepada institusi polis dan profesionalisme mereka?
Dulu semasa Pak Lah menjadi PM, ada dicadangkan Suruhanjaya pembaikan polis atau IPCMC. Tujuan untuk membaiki perkhidmatan pasukan itu.
Polis berada di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Pak Menteri buat apa dengan kes samseng yang semakin galak ini? Apakah Pak Menteri dibayar gaji dengan wang rakyat hanya untuk membisukan isu-isu samseng Umno ini?
Kita faham, samseng-samseng Umno menjadi “kepanasan” ketika ini kerana dibakar oleh pimpinan mereka sendiri yang saban hari ucapan mereka seolah mahu melancarkan “perang” lagaknya.
Tetapi pemimpin atasan Umno itu mungkin cerdik sedikit dan faham demokrasi kerana ucapan yang berapi-api itu ialah sebagai propaganda menjelang pilihan raya. Tetapi bagaimana dengan Umno akar umbi ini?
Sepatutnya api perkauman dan kepartian inilah yang mesti Pak Menteri ambil tindakan membendung sebelum semakin marak sehingga boleh mengundang bencana. Kita faham Pak Menteri yang jaga polis juga merupakan pemimpin Umno. Tetapi pengasingan tugas dan kuasa mesti jelas. Sebab itu merupakan amanah.
Kita tidak nafikan mungkin pihak kementerian atau polis berusaha juga secara senyap-senyap. Tetapi kenapa semakin hari keadaan semakin membimbangkan? Malaysia mahu dinobatkan sebagai negara maju pada tahun 2020, tetapi bagaimana dengan status ketenteramannya?
Tidakkah Pak Menteri terasa keresahan dan denyut nadi rakyat yang cemas pada ketika ini kerana samseng Umno sangat berkuasa?
Pak Menteri sepatutnya jangan leka sehingga membiarkan undang-undang rimba berleluasa seperti zaman dulu di mana “orang samseng dan kuat menjadi raja”.
Akan tetapi jika Pak Menteri lemah, tidak berupaya dan memandang sebelah mata sahaja dengan gelagat samseng Umno ini, baiklah letak jawatan. Kerana kamu tidak mampu lagi sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negara ini!

Himpunan Hijau: Pahangfm menipu
Ramai yang begitu terperanjat apabila Radio Malaysia Pahangfm sejak semalam dalam beritanya mengatakan “Himpunan Hijau gagal kerana dihadiri tidak sampai 3,000 orang!”
Ramai juga menyatakan terkejut itu kerana jarak stesen RTM itu dengan kawasan himpunan di padang MPK 4, Kemunting itu hanya sekitar satu kilometer sahaja dari tempat mereka.
Apakah wartawan mereka tidak hadir meninjau sendiri ke lokasi himpunan atau hanya mendapat maklumat daripada pihak Umno? Itukah etika kewartawanan yang mereka pelajari?
Kita percaya, makcik-makcik Umno yang ada di nun jauh di kampung dan di tanah rancangan Felda, akan percaya akan berita ini kerana selama ini berita daripada pihak Umno merupakan “kitab” bagi mereka.
Sesiapa sahaja yang menyertai atau menyaksikan perhimpunan semalam sudah pasti mendapati tidak kurang 15,000 yang hadir. Bahkan saya jangkakan lebih. Bayangkan, tiga suku padang itu dipenuhi manusia. Takkan tiga ribu?
Orang rabun pun boleh nampak himpunan melebihi 15,000 orang!
Memang, Tv3 fokuskan kepada beberapa kerat manusia dalam beritanya. Semua orang tahu itu hanya untuk menipu sedangakan kehadiran sebenar tidak difokuskan. Itupun tidak boleh dibezakan?
Sebenarnya kehadiran belasan ribu ke perhimpunan berkenaan dapat disaksikan dengan jelas dalam pelbagai laman dan facebook. Anak-anak makcik Umno yang percaya dengan propaganda Umno pun boleh dapatkan semua ini.
Gambar yang tertera di atas diambil melalui telefon bimbit dari belakang perhimpunan yang menghadap ke jalan raya.
Apa untungnya menipu dalam penyampaian berita? Tidakkah lama kelamaan akhirnya orang tidak akan mengambil sumber tersebut sebagai sesuatu yang sahih? Tidak risikonya akhir nanti berita yang benar sekalipun hanya akan dianggap tipu oleh masyarakat?
Sekarang saya mengerti mengapa Malaysia yang kononnya akan menjadi negara maju 2020 nanti, duduk di tangga hampir ke 200 dalam indeks kebebasan media!

Sunday, February 26, 2012
Perkembangan terkini Himpunan Hijau di Kuantan
1. Sejak pukul 7 pagi jalan ke arah masjid negeri telah ditutup di Jalan Bukit Ubi dan dan berhampiran balai polis Kuantan. Polis lalu lintas dan berpakaian PGA kelihatan mengawal bandar.
2. Pembantah Lynas kelihatan mulai berduyun-duyun terutama di Jalan Besar, Shell, Esplanade dan sepanjang sungai dengan berpakaian hijau dan hitan 'Stop Lynas Save Malaysia'.
3. Setakat pukul 10 tadi, telah lebih 10,000 berhimpun di Padang MPK 4, Kemunting. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum datang dari arah bandar dan Medan Warisan. Ini bermakna isu bahaya Lynas telah disedari oleh pelbagai kaum. Ini juga bermakna dakyah Umno bahawa himpunan hanya akan jadi momokan tidak berkesan, meleset sama sekali.
(Mungkin lidah rasmi Umno besok akan mengatakan himpunan hanya disertai 100 orang sahaja).
4. Dihebohkan, MCA Kuantan turut hadir membantah Lynas. Meninggalkan Umno dan Adnan Yaakob keseorangan mempertahankan Lynas.
5. Permit perhimpunan diberikan sehingga ke pukul 12. Tetapi tetap masih ghairah. Cukup sukar untuk mampir ke hadapan.
6. Ada yang secara sinis berkata: "Mana Dato Nan? Dulu dia beria-ia kata nak datang juga ke himpunan bersalam dengan pembantah Lynas ini?," katanya sambil disambut derai ketawa oleh yang lain.
Friday, February 24, 2012
Bukti hubungan Malaysia-Israel, penipu punya Umno!
CheHusin CheDarus Micha Harish : "Ianya sesuatu yg menyeronokan lagi istimewa pada saya dalam publikasi Israel-Asia Chamber of Commerce. Tahun ini, kepuasan saya menyerlah dengan fakta yang kita telah membuat kemajuan dalam mewujudkan kehadiran kami dalam pasaran di benua ini (Asia) terutamanya dengan mengkaji dan belajar bekerjasama dengan mereka. Ekspot Israel ke Jepun meningkat lebih 30% dalam tahun2 terdahulu, ekspot ke China meningkat 35%. Jumlah perdagangan kami di lain2 pasaran terkenal seperti Hong Kong, India,Singapore,Thailand & Korea juga telah meningkat dengan baik. Kami juga telah membentuk kewujudan kami dalam pasaran2 di Vietnam, Nepal dan Taiwan. Israel pada tahun 1995, berkeinginan tinggi selaku rakan dalam perniagaan & perdagangan. Proses kedamaian telah menjadi fakta & walaupun kami masih pada peringkat transisi & kelahiran kesengsaraan, keuntungan2 ekonomi telah mengalir masuk. Pengisytiharan umum oleh PM Malaysia & Kementerian Industri & Perdagangan Antarabangsa iaitu negara mereka ingin menjalinkan perhubungan ekonomi dengan Israel sebagai satu mercu kejayaan di dalam pembangunan perdagangan di benua ini. "Israel- entrepreneurs" sedang mengembangkan usaha mereka di Asia. Usaha2 ini adalah sebahagian besar hasil daripada usaha2 yang berterusan & yang tidak kenal penat-lelah sepanjang tahun dalam membentuk perhubungan, membuka jalan dan mengatasi benteng kesukaran bahasa, kebudayaan dan amalan2 perniagaan. Lebih dpd itu, saya sekarang yakin kita boleh menyerlah. Asia adalah sasaran yang paling baik untuk ekspot kami, dan kaya, menarik dengan sumber bahan mentah, komoditi dan peralatan. Segala usaha sangatlah dihargai oleh kerajaan Israel dan oleh mereka yang telah tuan (Kerajaan Malaysia) tunjukkan jalan."
CheHusin CheDarus Maaf En.Harris, done my best to translate this letter. Hrp2 boleh faham. TQ.
Harris Al-Hajj Thanks CheHusin. Saudara tertinggal perkataan Malaysia selepas perkataan PM. Translation sebenar patutnya begini "Pengisytiharan umum oleh PM MALAYSIA & Kementerian Industri & Perdagangan Antarabangsa iaitu negara mereka ingin menjalinkan perhubungan ekonomi dengan Israel sebagai satu mercu kejayaan di dalam pembangunan perdagangan di benua ini."
Harris Al-Hajj Lagi tak mengaku ada hubungan dengan Israel. Penipu besar UMNO ini ....
CheHusin CheDarus Perfect...! Short & sharp. TQ Vmuch En Harris.
CheHusin CheDarus Umno...Umno....!!! Memang dah resmi lidah bercabang...!
Siti Bonda Bolih disamakan dengan biawak ke ular cheHusin? ke dua2 ekor skali

Thursday, February 23, 2012
MB Pahang didakwa "pembohong" dan "penakut"
Rata-rata mulai menyatakan MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai "pembohong" dan "penakut" berikutan padang MPK 1 Kuantan yang sepatutnya menjadi tapak program Himpunan Hijau, telah dipagar mulai hari ini.
Jelas mereka, sebelum ini Adnan secara terang-terangan menggalakkan malah mencabar rakyat untuk hadir ke program yang dijadualkan pada 26 Februari ini bermula jam 10 pagi. Tetapi tindakan memagar padang ini tidak langsung menggambarkan kenyataannya sebelum ini.
Sementara itu pihak penganjur perhimpunan tersebut bertekad untuk meneruskan program dan percaya rakyat tetap akan datang dan mara ke lokasi tersebut.
Halangan tersebut dijangka tidak akan diindahkan kerana isu Lynas merupakan "bom jangka" bagi mereka walaupun telah berkali-kali dijamin selamat oleh Umno.

Wednesday, February 22, 2012
Tuesday, February 21, 2012
EGM KPF besok batal
Terkini,sumber daripada KPF memaklumkan,EGM Khas esok telah dibatalkan.EGM tersebut adalah sia sia untuk diteruskan kerana Mahkamah Tinggi Kuantan telah melarang KPF dari membincangkan pelupusan ekuiti KPF sebanyak 51% kepada FGV.
Satu kemenangan kepada peneroka yang sayangkan harta benda Felda dan pengajaran kepada penjoli dan perasuah.
Kini rakyat tahu, siapakah yang harus dibakulsampahkan!
Sementara itu, Mazlan Aliman menghantar perutusan berikut:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia.
Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta Warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, 'berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan(Shamsudin Othman)' dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru harakan Felda.
ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai ADUN Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan Kerajaan.
Menolak penyenaraian FGVH bukan berarti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau meng'antarabangsakan' Felda di peta dunia. Proses penambah baikkan keatas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.
Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Dato' Sabri Ahmad dan Dato' Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Dato' Zulkefly Abd Wahab dan En Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana di asaskan Allahyarham Tun Abd Razak.

10 penduduk fail saman halang operasi Lynas
KUANTAN: Seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu.
Saman difailkan pada Jumaat lalu itu memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan.
Pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd dinamakan sebagai responden.
Pemohon-pemohon pula ialah Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan kerana hilang kepercayaan terhadap agensi berkaitan yang dipertanggungjawabkan kerajaan.
Saman difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui syarikat gumana Kanesalingam & Co.
Dalam afidavit mereka, antara lain pemohon-pemohon membuat pernyataan bersama semua mereka tinggal dalam lingkungan radius 30 batu daripada tapak operasi Loji Lynas Advanced Material Plant
(LAMP) menyebabkan keluarga mereka bakal terjejas secara langsung daripada segi kesihatan apabila melepaskan sebarang sisa radioaktif.
“Tambahan pula, keluarga kami juga berasa sangat risau dan cemas bahawa ikan yang dibeli daripada nelayan tempatan juga sayur-sayuran, buah-buahan, ayam dan daging daripada pasaran tempatan akan dirosakkan oleh sisa radioaktif.
“Oleh itu, dalam apa jua keadaan sekalipun adalah merbahaya untuk kami mengambil mana-mana hasil pemakanan sebaik sahaja Tapak LAMP memulakan operasi. Malah, air yang kami minum juga akan tercemar.
“Sesungguhnya, cara hidup kami secara keseluruhannya akan diprejudis secara serius sekiranya operasi bermula sedangkan kami mempunyai hak yang dilindungi di bawah perlembagaan untuk menikmati persekitaran yang Bersih”.
Afidavit tersebut turut menyatakan Lynas bersedia untuk memulakan operasi dalam tempoh enam minggu dari pengeluaran TOL.
Sedangkan nadir bumi boleh diproses menjadi oksida dalam 10 hari bermulanya operasi. Ini akan mengakibatkan penghasilan sisa radioaktif dengan serta-merta.
“Oleh yang demikian, ia adalah sangat merbahayakan dan terdapat risiko berlakunya penghasilan sisa radioaktif pada minggu menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diselamatkan kepada kami, keluarga kami dan persekitaraan kita.
“Dalam keadaan ini kami memohon satu Perintah seperti yang dipohon dan satu perintah penggantungan yang mempunyai kesan untuk menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga Semakan Kehakiman ini dilupuskan”.
Afidavit tersebut turut disokong afidavit pakar kimia dan sains material Dr Lee Chee Hong.

Monday, February 20, 2012
Najib kena dengar nasihat penceramah Umno ini
Cendekiawan Islam, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan pemimpin negara tidak dapat dijadikan role model kerana gagal manasihatkan isteri sendiri dalam hidup beragama.
Ridhuan Tee tidak merujuk kepada tokoh tetapi di laman sosial orang ramai terus menghalakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana secara jelas gagal membimbing isterinya Rosmah Mansur supaya menutup aurat seperti mana dituntut Islam.
Selain daripada itu Rosmah juga dikaitkan oleh ramai sebagai sangat suka berboros dalam berbelanja yang sudah tentu tidak boleh dijadikan model “wasathiyyah” yang dipopularkan oleh Najib sendiri.
“Cuma kita harap Ridhuan Tee tak buat u-turn seperti Harussani baru-baru ini dalam isu gadai akidah di Thaipusam apabila Najib menemuinya.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
Ayat di atas, ditafsir macam mana pun kepala orang akan terbayang kepada Rosmah.
Tambahnya: “Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional berkata, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Yang ini confirm, Ridhuan tujukan kepada Najib dan Rosmah. Cuma mereka mahu mengaku atau tidak, itu persoalan lain.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.
Memang yang dbualkan ramai isteri pemimpin tak menutup aurat dan bosros berbelanja sakan, tidak ada orang lain!
Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu berlaku.
“Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegak benang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang,” katanya.
Memang menegur isteri kerja susah jika selama ini takutkan isteri. Akan tetapi jika takutkan isteri itu berterusan, itu boleh jatuh hukumnya dayus!

Sunday, February 19, 2012
Anwar anggap isu Israel untuk tutup isu rakyat
TEMERLOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan asakan media pro Umno yang menuduhnya sebagai menyokong Israel ekoran temu bual dengan Asian Wall Street Journal (AWSJ) bulan lalu adalah fitnah dan putar belit.
Sambil menegaskan propaganda dan kontroversi tersebut sengaja direka bagi menutup pelbagai skandal pemimpin Umno yang mulai dipersoalkan rakyat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata, pada masa sama beliau tidak diberi peluang menjawab fitnah itu dalam media yang sama.
“Kenapa tidak disiarkan wawancara penuh itu yang saya sebut sokongan kepada Israel tertakluk kepada syarat tanah Palestin yang dirampas dikembalikan semula, barangkali mereka tak faham perkataan contingent itu.
“Jadi itu bukan bermakna saya sokong Israel, sedangkan menuntut semula hak wilayah Palestin inilah juga yang diperjuang dan dimahukan Hamas. Sebab itu saya sendiri rapat dengan pimpinan Hamas termasuk Khalid Mashaal.
“Oleh itu tuduhan saya penyokong Israel samalah dengan fitnah terdahulu seperti saya agen Amerika, agen China, sokong undang-undang hubungan sejenis dan macam-macam lagi,” katanya.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk tempatan pada majlis Minum Petang Bersama Anwar di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini semalam.
Beliau dalam rangka program turun ke padang sehari di Pahang termasuk berceramah di Kuantan dan berakhir di Parlimen Pekan pada sebelah malamnya.
Turut berucap Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat Suhaimi Said dan Ketua Penerangan PAS Temerloh Suhardiman Mohd Lazim.
Anwar percaya, beliau akan terus menjadi mangsa serangan media Umno sebagai cubaan menutup isu-isu kritikal yang dibicarakan rakyat seperti rasuah, penyalahgunaan wang rakyat seperti skandal NFC, harga barang yang melambung tanpa kawalan dan pengangguran.
“Semua itu Umno dan kerajaan tak mampu jawap lalu cuba ditutup dengan pelbagai isu yang menyerang peribadi supaya fokus rakyat tidak terhala kepada isu-isu tadi.
“Prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan teruk sehingga boleh bankrap jika BN berbelanja mewah dengan berhutang. Sebab itu saya cabar Najib berdebat, tapi beliau tiada respons walaupun ambil kesempatan menghentam PR melalui media mereka,” tambahnya.
“Semua itu Umno dan kerajaan tak mampu jawap lalu cuba ditutup dengan pelbagai isu yang menyerang peribadi,” tambahnya.
Anwar berkata, sekarang ini digemparkan kerajaan sibuk mengagihkan wang tunai RM500 bagi membina persepsi di kalangan rakyat bahawa Umno baik walaupun ia berlaku hanya sekali dalam tempoh 50 tahun, berhampiran pilihan raya dan setelah mereka merasa terdesak mungkin kalah.
“Kita nak tegaskan bahawa PR boleh lakukan lebih baik umpamanya di Selangor bagi anak mula lahir RM200 setiap bulan yang mati diberi RM2,500, pelajar masuk universiti diberi RM1,000, air percuma. Itu baru kerajaan negeri. Di Pahang ada macam itu? Jadi nak sokong Umno buat apa?
“Saya masih mahu tegaskan komitmen PR bahawa jika memerintah Puterajaya akan turunkan harga minyak sebab Malaysia pengeluar utama. Hasil minyak sekarang RM90 bilion dulu masa saya RM30 bilion jadi hasil meningkat tiga kali ganda tetapi pendapatan rakyat tidak meningkat sebanyak itu,” jelasnya.
Mengenai skim baru perkhidmatan awam (SBPA) yang masih menjadi pertikaian, Anwar berkata penjawat tinggi mendapat kenaikan melampau manakala yang berpangkat rendah naiknya sikit menyebabkan berlaku ketidak adilan. Sedangkan PR komited dengan janji gaji minima RM1,100 sebulan.
Kepada jentera PR Anwar mengingatkan, jangkaan beliau pilihan raya umum (PRU) mungkin akan dipercepatkan berdasarkan perkembangan terakhir.
GAMBAR
Anwar menunjukkan gambar beliau bersama pemimpin Hamas, membuktikan beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin

Saturday, February 18, 2012
Umno dah mulakan politik samseng
Sukar dipercayai bahawa politik Umno yang kononnya disebut Najib menuju transformasi tetapi sebenarnya mengundur menghala ke belakang seperti tahun 1950-an.
Yang ditumbuk itu pula bukannya pendatang tanpa izin atau orang kafir, tetapi seorang Ustaz berbangsa Melayu yang banyak mengajar di kawasan sekitar.
Ini terbukti apabila samseng Umno berusia 40-an tergamak menumbuk Ketua Pemuda PAS Temerloh, Muhammad Shukri Shuib kelmarin.
Menurut laporan Harakahdaily, Shukri berkata, insiden itu berlaku di Taman Sri Serinau, Paya Pulai iaitu UPU yang PAS tidak pernah kalah sejak PRU 1990. Shukri ketika itu sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.
Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.
Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.
Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.
"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.
Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.
Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.
"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.
"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.
"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.
Kita percaya samseng kecil Umno ini menggila dan mengganas kerana saban hari dihasut dan diprovokasi oleh pemimpin parti mereka peringkat atasan serta asakan lidah rasmi media mereka.
Selain daripada itu, acap kali juga digantung banner yang amat memalukan umpamanya yang terjadi kepada Dato Seri Anwar dalam program di Bukit Damar, Lanchang semalam.
Betullah kata pepatah kata pepatah Cina bahawa ikan busuk bermula dari kepala.
Jika pemimpin tertinggi Umno sibuk dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembawa fitnah dan maksiat maka ahli Umno yang di bawah tidak apa untuk dilakukan melainkan menunjukkan kekuatannya kepada sesama bangsa sendiri, yang tidak sealiran dengan politik mereka.
Jika seorang keling paria menampal poster ceramah MIC atau apek tua menampal poster MCA, adakah anda fikir samseng "taik kucing" Umno tadi akan bertindak serupa seperti terhadap Ustaz Shukri?
Jawapnya tidak, sebab samseng "taik kucing" Umno itu lebih memuliakan keling paria MIC dan apek MCA itu daripada seorang ustaz berbangsa Melayu!
Kenapa?
Sebab itulah hasil mahsul trend, doktrin dan ajaran yang dimasukkan ke dalam jiwa dan nurani pendokong-pendokong bodoh mereka di peringkat akar umbi selama ini.
Jika pada tahun 1950-an dulu kita pernah dengar tentang Pemuda Tahang Lasak Umno yang kerjanya mengganas dan samseng terhadap PAS.
Kenapa selepas 60 tahun kejahatan dan ugutan samseng Umno masih berulang? Kerana ia memang sengaja disusup masuk. Siapakah penasihat dan perancang yang berada di belakang ini semua?
Semuanya atas nasihat Apco, konsultanm Yahudi yang upahan Umno diupah bagaimana untuk memenangkan parti pembodoh orang Melayu itu!

Wednesday, February 15, 2012
BR1M umpan undi, Muhyiddin penipu!
BACA, FAHAM DAN SEBARKAN. TERIMA KASIH
TPM NAFIKAN, KAMI BUKTIKAN. SIAPA PEMBOHONG ?
Muhyiddin: BR1M bukan muslihat pancing undi PRU - SinarHarian
SEMPORNA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.
"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.
PAS bantu janda, anak tak sekolah
TEMERLOH: Seorang janda yang hidup dalam kesempitan bersama tiga orang anak yang tidak bersekolah, mendapat perhatian Lajnah Kebajikan PAS Pahang.
Norlia Abdul Majid, 30, yang menyewa di Taman Tualang Indah dekat sini, mengakui sejak berpisah dengan suaminya tahun lalu terpaksa mengharung sendiri kehidupan untuk membesarkan anak-anaknya dengan bekerja di warung makan.
“Saya mempunyai tiga orang anak yang berusia daripada setahun hingga 9 tahun. Sepatutnya seorang anak saya belajar dalam darjah dua dan seorang lagi darjah empat.
“Tetapi oleh kerana kesempitan hidup dan kerja di warung yang tidak menentu kadang-kadang buka kadang-kadang tidak, saya tidak mempunyai cukup wang untuk menyekolahkan mereka.
“Pendapatan yang ada hanya mampu untuk makan minum dan bayar sewa rumah,” katanya sayu ketika ditemui di rumahnya.
Norlia berkata, beliau berasal dari Felda Keratong 2, Rompin dan datang ke sini tahun lalu untuk mencari pekerjaan setelah diceraikan suaminya yang juga anak peneroka.
Tambahnya, anaknya Ahmad Al-Afan Taufik Sunardi dan Umi Al-Fizana Sunardi sepatutnya masing-masing bersekolah dalam darjah empat dan dua.
Sementara itu Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, berkata beliau mendapat tahu peri hal kesempitan keluarga Norlia melalui laporan PAS Cawangan Tualang.
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh menjelaskan, sebaik mendapat maklumat beliau terus mengikhtiarkan bantuan kepada keluarga berkenaan melalui siri ‘PAS Turun Padang’.
“Kita akan cuba mengikhtiarkan supaya dua orang anak Norlia akan bersekolah seperti kanak-kanak lain, segala dokumen dan perbelanjaan untuk itu akan kita usahakan.
“Anak-anak tidak sepatutnya menjadi mangsa perceraian ibu bapa mereka,” katanya yang turut diiringi Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Temerloh Shohaimi Latiff.
Beliau menambah, sepanjang memegang lajnah kebajikan beliau mengakui menemui ramai orang yang daif dan susah serta amat memerlukan bantuan untuk hidup namun kadang-kadang tidak sampai ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam pada itu sesiapa yang ingin memastikan kisah Norlia boleh menghubungi beliau di talian: 019 9010667.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan kepada mereka yang memerlukan, boleh memasukkan wang ke akaun Prihatin Rakyat: 556057203711 (Maybank Islamic) atau menelefon Hassanuddin di talian 012 6115768.
CAPTION:
Hassanuddin menyampaikan sumbnagan kepada Norlia dan anak-nak, diperhatikan Shohaimi

Monday, February 13, 2012
Sejadah rukuk dan sujud, kekayaan Tuhan
Meskipun pelbagai reaksi dirimbulkan berkaitan deretan sejadah yang seolah-olah rukuk dan sujud menghadap kiblat, namun tidak dapat dinafikan itulah kekayaan Allah SWT. Subhanallah!
Kejadian berlaku di Madrasah Darul Hijrah Paya Pasir, Maran, Pahang. Ia ditubuhkan oleh mantan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Alwi Abdul Hamid dan kini dipimpin pula oleh balunya mantan Ketua Muslimat PAS Pusat / Pahang Ustazah Azizah Khatib Mat.
Kejadian berlaku di surau lama (berusia hampir 70 tahun) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
Kejadian yang menggemparkan itu turut mendapat liputan media.
Seorang pelajar, Filza, bercerita begini, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
“Umi (Kak Zah) meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.
“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.
Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Sunday, February 12, 2012
Hari ini genap 63 tahun Hassan Al-Banna dibunuh
Pada hari ini, 12 Februari, genaplah 63 tahun pengasas gerakan Islam terunggul (selepas kejatuhan Khilafah Usmaniyyah Turki) Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna mati syahid dibunuh rejim zalim kerajaan Mesir pada 1949.
Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
Selepas lebih 60 tahun pemergiannya, kini Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada Mac 1928 di bandar Ismailiyyah, sudah boleh tersenyum bangga apabila “pusaka berharga” peninggalan Hasan Al-Banna telah berjaya menguasai kerusi terbesar dalam parlimen Mesir.
Bagaimanapun untuk menyampai ke tahap itu bukanlah anggota Ikhwan melalui jalan yang mudah melainkan terpaksa menempuh onak dan gelombang besar sehingga bergadai nyawa.
Latar belakang keluarga
Bapanya, Syeikh Ahmad al-Banna merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar yang menulis serta menyumbang kepada penulisan kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam. Bapa beliau juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.
Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesir menawarkannya peluang yang lebih luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.
Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, sebuah bandar yang terletak di Zon Terusan Suez.
Penubuhan Ikhwanul Muslimin
Pada Mac 1928, Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, beliau melaksanakan matlamatnya dengan memberi kelas malam kepada keluarga anak muridnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang pada masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya.
Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama.
Beliau sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya seperti kem ketenteraan British, kemudahan awam yang dimiliki oleh kepentingan luar dan tempat tinggal mewah milik pekerja syarikat Terusan Suez yang bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir.
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.
Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu, Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan.
Hassan An-Banna syahid ditembak
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Saturday, February 11, 2012
NFC: Shahrizat akan dipaksa letak jawatan
Kepimpinan tertinggi Umno dipercayai sedang berusaha memaksa Ketua Wanitanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meletak jawatan berikutan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan paksaan itu akan dibuat dalam masa terdekat.
Sumber dalaman Umno yang memberitahu laman FMT, kepimpinan tertinggi parti itu termasuk Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan isu skandal tersebut makin buruk jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu enggan melepas jawatan dan bakal mengheret pemimpin lain jatuh menjelang persiapan pilihan raya.
Isu paksa letak jawatan itu kemungkinan akan dibangkitkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang di mana sesetengah ahli menyuarakan hasrat tidak puas hati mereka dengan Ketua Wanita itu dan meminta beliau untuk berundur.
"Shahrizat akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Mereka akan membuat dia berbuat demikian dan beliau tidak mempunyai pilihan lain," tambah sumber dalaman Umno.
Mereka yang mungkin terpalit ekoran skandal projek tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri pertanian semasa itu dan anggota majlis tertinggi Noh Omar selaku menteri pertanian kini.
Sebelum ini beberapa pihak telah menuntut sebuah suruhanjaya diraja siasatan untuk menyiasat sama ada Muhyiddin, yang merupakan menteri pertanian pada masa projek itu ditubuhkan, telah memainkan peranan dalam meluluskan pinjaman mudah kerajaan RM250.
"Jika Shahrizat tidak berhenti, Muhyiddin dan Noh akan turut diheret dan mereka tidak mungkin akan biarkan ini berlaku. Bukan sahaja mereka akan terjejas, Umno secara umum akan rosak, "kata seorang lagi pegawai parti.
Shahrizat telah berkali-kali dikaitkan dengan NFCorp kerana peranan suaminya sebagai pengerusi syarikat dan anak-anak mereka selaku pengarah.
Skandal NFC mula didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang menanggap skim projek penjanaan lembu bernilai RM250 juta wang rakyat itu dilabelkan sebagai "kucar-kacir".
Pembongkaran seterusnya dibongkar oleh pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, telah mendakwa bahawa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan harta serta perbelanjaan yang tidak berkaitan kepada lembu pertanian oleh Shahrizat dan keluarganya.
Mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dianggap masih berpengaruh dan bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz, secara terang meminta Shahrizat meletak jawatan.
Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn yang paling baru turut membayangkan agar Shahrizat patut meletakkan jawatan beliau.
Selain itu Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Raden dan Ketua Bahagian Umno Cheras Syed Ali sejak awal-awal lagi mahukan Shahrizat berundur.

Friday, February 10, 2012
Harussani kata Najib syirik
Najib ‘gadai akidah’ hadir Thaipusam - Harussani
Syed Mu’az Syed Putra, TMI, 10 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Thursday, February 9, 2012
Dr Maszlee kepada Hasan Ali: Berdakwahlah kepada mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran tanpa bayaran
Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali
Assalamualaykom w.b.t.
YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.
Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.
Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.
Akhir kata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.
Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM

Politik Malaysia sudah sampai ke peringkat membunuh?
Politik Malaysia pada hari ini sudah sampai ke peringkat berbunuhan.
Demikian menurut Exco PAS Pusat Mazlan Aliman berikutan insiden cubaan bunuh terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Hj Dzulkefly Ahmad serta ahli keluarganya minggu lalu.
Sungguh mengejutkan, dua letupan besar disusuli kebakaran kereta BMW miliknya. Kebakaran kemudiannya merebak ke ruang tamu rumah. Beberapa penemuan oleh forensik Bomba menggambarkan unsur jenayah terancang terhadap seluruh ahli keluarga Hj Dzulkefly.
Meskipun kita mengalu-alukan tindakan pihak polis yang menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes ini; isu keselamatan pemimpin politik dan orang awam semakin diperkatakan.
Insiden lain yang menggambarkan sudah merebaknya politik samseng ialah seperti berikut:
1. Gangguan oleh pemuda bermotosikal dalam ceramah Hj Mohd Sabu di Labis yang menyebabkan seorang petugas Unit Amal cedera di baling objek keras.
2. Gangguan oleh kumpulan tertentu dalam ceramah Hj Mohd Sabu di Muar dan Seremban yang hampir mencetuskan pergaduhan.
3. Letupan bom semasa himpunan di Mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan 2012.
4. Kekacauan dalam ceramah pimpinan Pakatan Rakyat di Jln Kebun, Shah Alam pada 21 Jan 2012 yang mengakibatkan kecederaan orang awam
Siapa yang mengajar politik ganas ini?
CAPTION:
Gambar 1: Beginilah teruknya kereta BMW yang telah diletakkan bom.
2: Kebakaran akibat letupan merebak hingga ke dalam rumah.

Tuesday, February 7, 2012
Parlimen bubar minggu depan?
Betulkah parlimen akan dibubarkan minggu depan untuk diadakah pilihan raya umum?
Itulah yang diutarakan oleh Naib Presiden PAS Haji Husam Musa dalam laman facebooknya.
PAS Pahang bagaimana? Dah bersedia, atau masih sejuk lagi kerana jentera belum dipanaskan?
Dalam saat terdesak begini kerana ketiadaan media arus perdana, apa pelan tindakan yang seharusnya dilakukan segera?
Bukankah ini PRU terakhir, dan jika PR tidak menang kali ini keadaan selepas itu akan bertambar sukar?
Apakah rakyat sedar mereka sedang diberi jilatan gula-gula?
Apakah manifesto dan tawaran PR sudah sampai ke setiap cuping telinga rakyat?
Hasan Ali: Keluar saja PAS, terus menipu
Entah apakah yang ada dalam pemikiran bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr. Hasan Ali, ketika berucap sambil menipu di hadapan para bloger Umno di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam.
Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Bila pula PR mahu jadikan Malaysia ini republik?
Beliau menambah, niat mereka (PR) untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.
“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik.
"Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya.
Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu.
Demikian kenyataannya dipetik daripada akhbar Sinar Harian.
Mengigaukah agaknya bekas pakar motivasi itu?
Sedangkan dalam Konvensyen PR, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.
Diulang sekali lagi, memperjuangkan bahasa Melayu, agama Islam dan mempertahankan raja-raja Melayu disepakati bersama oleh parti-parti PR disepakati secara bertulis!
Kalau tak silap, Hasan juga hadir pada majlis tersebut!
Kenapa Hasan sanggup menipu demi untuk dapat simpati setelah ditendang daripada PAS atas keceluparan dan main kotornya? Kenapalah sanggup merendahkan diri sendiri demi untuk mendapat ihsan Umno?
Di dewan berkenaan berlangsung program himpunan bloger-bloger Umno seluruh Pahang dengan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Di kesempatan itulah juga Umno memanggil Hasan untuk berceramah dengan tajuk ‘Bicara Ummah’.
Jika dulu untuk berceramah di Pahang Hasan mungkin berhadapan dengan kepungan FRU atau dapat ceramahpun, dalam markas-markas sahaja.
Semalam, Hasan ditatang sebagai ‘wira Umno’. Dan nada ceramahnya sudah bertukar menjadi Umno tulen. Bahkan, lebih Umno daripada Umno!
Lalu dengan bangganya Hasan menempelak pucuk pimpinan PAS atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.
Perjuangan Islam yang mana telah ditinggalkan PAS?
Tipunya, PAS yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.
Mengapalah punya munafiknya sikap Dr Hasan, beliau menang di Dun Gombak Setia itu atas tiket apa? Siapa pengundinya?
Hasan juga berkata akan menubuhkan Jati untuk memperjuangkan Islam. Eloklah, penipu jadi pejuang Islam. Boleh buat ceramah motivasi banyak-banyak, boleh dapat duit!
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri (berhutang)”.

Monday, February 6, 2012
Anak aktivis PAS Temerloh meninggal kemalangan
Anak Ketua Cawangan PAS Kampung Bangau Tanjung Temerloh, Khalid, meninggal dunia pagi ini setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 117 Lebuh Raya Pantai Timur dekat Lanchang.
Menurut sumber, Nazir, 22, dikatakan baru pulang dari Kuala Lumpur bersama tiga orang sahabatnya dalam sebuah kereta, kira-kira jam 6 pagi, terlibat dalam kemalangan kerana kereta yang dipandu kawannya terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan.
Dua daripada mereka tercampak lalu dirempuh lori mengakibatkan beliau yang duduk di depan, bersama seorang lagi rakannya meninggal dunia.
Dua rakannya yang lain pula mengalami cedera ringan.
Solat jenazah disempurnakan di masjid Bangau Tanjong selepas Solat Zuhur tadi diimamkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi. Pengkebumian pula di tanah perkuburan sebelah masjid.
Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Khalid dan berdoa agar arwah mendapat lindungan rahmat Allah.
Al-Fatihah.

Friday, February 3, 2012
Ahli Parlimen Temerloh temui Ahli Parlimen Pakatan
Pertemuan tidak dirancang, tetapi dengan izin Allah dua Ahli Parlimen Pakatan Dr Dzulkefley Ahmad dan Tony Pua terserempak dengan Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah di lobi Hotel Seri Malaysia Temerloh kelmarin.
Dr Dzul dan Tony sebelum itu menjadi panel forum bertajuk ‘Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat’ di dewan hotel berkenaan. Pertemuan berlaku secara tidak disengajakan ketika beredar untuk makan malam bersama kepimpinan PAS Temerloh antaranya Haji Jusoh Darus dan YB Syed Hamid.
Sementara Saifuddin yang diiringi kepimpinan Umno Temerloh, hadir meraikan dua guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat Davina Chen dan Christina yang akan mengajar secara sukarela di SMK Bukit Damar dan SMK Lanchang.
Pertemuan berjalan selama kira-kira 20 minit dalam keadaan penuh mesra dan penuh gurau senda.
Pada satu ketika, Saifuddin pernah dihebohkan antara yang akan menyeberang ke arah Pakatan sekiranya terjadi 'pertukaran kerajaan 16 September'.
Pada ketika ini pula, Saifuddin dikatakan mendapat bantahan yang kuat daripada pihak ekstremis Umno yang menganggap banyak pendapat dan ucapannya menyebelahi Pakatan.

Thursday, February 2, 2012
Bodohnya Kerajaan BN Pahang, setuju terima sisa radioaktif Lynas
Kenyataan Media
2hb Februari 2012
Segala syarat yang di kenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi.
Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali.
1. Syarat meminta Lynas bertanggungjawab keatas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah samasekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. Norman Moore juga telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia.
'Basel Convention' satu garis panduan PBB, yang menggariskan syarat di mana bahan radioaktif mesti di pulangkan ke negara asal juga tidak boleh dikuatkuasakan didalam hal ini kerana syarat Basel Convention ini hanya untuk bahan radioaktif dan tidak meliputi bahan SISA radioaktif.
2. Syarat yang mengatakan bahawa Lynas diberi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan
Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toxic dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab.
Keputusan ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini.
3. Sekiranya dakwaan berita NYT berkenaan syarikat AkzoNobel membatalkan perjanjian menjadi pembekal resin kepada LAMP atas sebab spesifikasi yang tidak menurut syarat dibuktikan benar, dan keretakan yang telah dilaporkan kemudian nanti mengakibatkan kebocoran di kolam RSF dalam masa 10 bulan kehadapan, maka AELB dan Kerajaan Barisan Nasional lah yang akan bertanggungjawab di atas malapetaka yang bakal timbul kelak.
4. Satu Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF,
5. Juga satu Kerajaan yang bertanggungjawab, akan menyiasat secara rapi apakah asas disebalik aduan yang dilaporkan oleh NYT ini dengan membuat kajian teliti keatas kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata.
6. Warga Kuantan berhak untuk dilindungi daripada malapetaka pencemaran yang bakal berlaku. AELB serta pihak Kerajaan Pahang mampu melakukan yang terbaik sekiranya mereka mempunyai kesungguhan politik untuk berbuat demikian.
Hjh. Fuziah bte. Salleh
Ahli Parlimen Kawasan Kuantan

Kita: Parti paling sekejap di dunia!
Pecah rekod.
Tubuh parti politik suka-suka macam main pondok-pondok. Inilah akibatnya, Sekejap ada sekejap tidak ada, macam biskut.
Selepas PRU ini, dijangkakan banyak lagi NGO (yang ditubuhkan oleh kaki kencing) akan dibubarkan. Maklum lah ketika itu, nak makan pun payah.
Sekarang memanglah, glamour. hari-hari media arus perdana kongkongan Umno cari hingga ke pintu tandas nak siarkan maki hamun dan hentam kromo yang bukan label parti itu.

Wednesday, February 1, 2012
Habitat Umno masyarakat tanpa maklumat
TEMERLOH: Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat.
Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu, Mokhtar menambah masyarakat yang jahil dan tidak bermaklumat lazimnya sukar untuk melakukan perubahan.
“Habitat Umno ialah masyarakat yang jahil dan di situlah biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat.
“Maknanya Umno-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan kita, dalam masyarakat bermaklumat PAS berkembang subur.
“Ini terbukti perjuangan PAS sekarang mudah diterima di bandar-bandar yang terdedah dengan maklumat darpada media baru berbanding di luar bandar yang hanya bergantung media tradisional yang terkongkong,” jelasnya.
Mokhtar menambah, dakwah Islam juga perlukan kepada masyarakat bermaklumat ini terbukti perkembangan di Eropah 3,000 orang sehari menganut Islam, berbeza dengan negara yang disekat maklumat umpamanya di China.
“Sebab itu cabaran untuk kita memperjuangkan Islam mesti mahukan masyarakat yang ada bermaklumat. Jadi cabaran kepada jentera penerangan PAS ialah mewujudkan saluran alternatif maklumat jika mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang.
“Bagaimanapun pengamal media baru PAS mesti berdisiplin membawa berita yang benar. Kita tidak boleh mengikut rentak musuh yang menggunakan saluran untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan,” ujarnya.
Serentak dengan itu beliau mahu PAS meneroka saluran baru melalui media baru selain daripada medium tradisional dipertingkat bagi merancakkan saluran sedia ada.
Kira-kira 200 daripada seluruh hadir mengikuti konvensyen sehari suntuk itu.
Sementara itu pembentang kertas kerja, Pengarah Jabatan ICT Pusat Suhaimi Embong berkata di malaysia ada 12 juta pengguna laman sosial facebook iaitu di tempat ke 17 tertinggi di dunia dengan 60% pengguna merupakan golongan muda.
Tambahnya, dalam konteks media baru semua orang sudah boleh menjadi agen penerangan dan maklumat iaitu melalui blog, laman web, facebook dan IPTV.
“Saya cadangkan ditubuhkan skuad gabungan tenaga untuk mobilisasi media baru secara berpasukan bermula pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Bahan mestilah boleh dipertanggungjawabkan kerana dengan adanya media baru ini boleh tersebar dengan cepat dan luas. Bagaimanapun di kampung yang tiada ases internet, boleh diadakan wayang pacak sebagai alternatif,” katanya.
Seorang lagi pembentang kertas kerja, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, berkata pilihan raya umum (PRU) ke 13 bukan saja getir tetapi juga sukar dan kritikal kepada PAS.
Tambahnya, oleh yang demikian cabaran kita ialah menyalurkan maklumat dan berjaya mengubah persepsi orang Melayu kerana politik adalah persepsi.
CAPTION:
2. Ustaz Mokhtar melancarkan konvensyen dengan dengan mengklik tayangan slaid
4. Suhaimi.
5. Lutfi.

Subscribe to:
Posts (Atom)